Monday, June 23, 2014

Part 7:Mari selongkar...sunnah Rasulullah

Assalammualaikum wbt,
Maaf, part 7 ni tergendala agak lama =.=!
baru perasan dah lama part ni terperap dalam draft.
Moga, sama2 kita dapat mengamalkan sunnah Rasulullah. Senyum.

                                                ***

Sunnah Memberi Salam

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda :
 “Manusia yang terdekat dengan Allah S.W.T ialah mereka yang memulakan memberi salam.” (Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w pernah ditanya apakah amakan yang terbaik dalam Islam.
Baginda bersabda :
“Memberi makan kepada yang lapar dan memberi salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak kamu kenali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Imran Ibn Hussain meriwayatkan dari hadith yang disusun oleh Abu Daud
dan At Tirmidzi:
Pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu mengucapkan kepadanya ‘Assalaamu’alaikum’. Salamnya dijawab dan ia pun duduk, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sepuluh’. Sebentar kemudian, datang pula lelaki lain kepadanya lalu mengucapkan, ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaah’. Rasulullah SAW menjawab salamnya itu sementara ia duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Dua puluh’. Akhirnya, datang seorang lelaki sambil mengucapkan ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh’, lalu Rasullullah SAW menjawab salamnya, maka ia pun duduk. Rasulullah SAW bersabda: ‘Tiga puluh kebajikan (pahala). (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan
salam, dan diberkati Allah SWT.Senyum.Aman.

p/s: Kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas.

Dikesempatan ini (sementara rajin mengupdate blog) elok lah
rasanya saya mengucapkan Ahlan wasahlan ya Ramadan!
Semoga dapat menjalani ibadah puasa minggu depan dengan bersungguh2 
& kutip pahala yang berganda2..InshaAllah.

Monday, March 31, 2014

Malas, sila pi jauh jauh!

Assalammualaikum wbt,

Pernahkah anda rasa malas nak hadirkan diri ke kelas? kelas masa study dulu ke,
kelas masakan ke, kelas jahitan ke dan sewaktu dengannya.
op kos pernah! Tipu ar sapa yang kata x pernah timbul hatta sekelumit
perasaan malas nak ke kelas walaupun anda dicop sebagai pelajar paling
skema tahap gaban.eh.
Alhamdulillah, dah hampir 4 bulan aku join kelas tajwid dan hampir 3 bulan ke kelas
bahasa arab. Kedua dua kelas ni bukan ar asing bagi aku sebab dulu dah belajar
ketika sekolah rendah.err,lama juga tinggal. Bahasa arab tu semestinya sudah
banyak aku lupa hehe. Tapi tajwid x pernah lupa sebab selalu dok mengaji Al Quran
cuma bila tanya nama hukum err..lupa.*sambil garu kepala haha.
Makanya, sekarang ni adalah sesi ulangkaji. Kadangkala rasa malas sangat menebal,
mata ni rasa berat je nak buka, badan tetiba jadi lesu. Nampak tak permainan
syaitan di situ? haih~ Tapi aku dah jumpa penawarnya. Bila baca je hadith ni,
rasa malas tu terus lari laju laju menghilangkan diri. Agak hiperbola di sini.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

"Tidaklah suatu kaum itu berkumpul dalam sebuah rumah Allah di mana mereka membaca Kitab Allah dan belajar bersama antara mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan menyebutkan namanya di hadapanpara makhluk yang ada disisiNya"(Sahih Bukhari)

Hilang tak perasaan malas tu bila nak buka baca Al Quran?
Hilang tak perasaan malas tu bila nak ke masjid untuk bertadarus?
Hilang tak perasaan malas tu bila nak ke kelas tajwid+mengaji?
Hilang kannnn..dah kata dah. *Senyum sambil buat tanda 'peace'

Nama anda akan disebut Allah di hadapan para makhluk di hadapanNya.walauweh.
Ala2, nama anda disebut oleh bos dihadapan Ceo dan barisan tertinggi syarikat
untuk direkemen naik pangkat. op kos bangga kan? hihi

Satu lagi ayat yang menaikkan semangat nak menguasai pelbagai ilmu ni adalah
ayat dari tokoh Islam terkemuka yang menguasai pelbagai cabang ilmu, Ibnu Sina;
"waktu muda adalah waktu yang sangat singkat untuk menguasai            pelbagai cabang ilmu"
No wonder Ibnu Sina dapat menguasai pelbagai ilmu dalam usia yang muda.
Maka, gunakan waktu muda ni untuk belajar sebanyak mana ilmu dan amalkan.
InshaAllah.

Wassalam.Aman. 

MH370 Mesir529

Assalammualaikum wbt,

-MH370 Mesir529-

Mohon diberi kekuatan kepada semua keluarga mangsa dan krew kapal terbang MH370
serta keluarga mangsa 529 ahli Ikhwanul Muslimin atas ketidakadilan yang menimpa
mereka. Musibah pertama, MH370 yang mengejutkan dunia terutama rakyat Malaysia
dan rakyat China. Hilang pada 8 mac lalu dan sampai ke saat ini masih x tau apa yang
berlaku sebenarnya ke atas MH370. Sesungguhnya, daripadaNya kita datang kepadaNya
kita kembali. Semoga pencarian kotak hitam dipermudahkan prosesnya. Yakin setiap
yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Hilang sesuatu yang kita sayang, pasti Allah
akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. InshaAllah. Senyum. Musibah kedua,
Mesir 529 orang ahli Ikhwanul Muslimin yang menyokong Dr Morsi dihukum mati
oleh so-called kerajaan Mesir. Dengar berita terbaru 2 orang lagi dihukum mati gak.
Allah..Allah.
Musibah kedua ni lebih meruntun hati aku, terkejut. baru je lepas PM umumkan
MH370 berakhir di Lautan Hindi, pastu buka fb, terbaca plak berita tentang
Mesir ni..speechless. Aku yakin mereka berada si pihak yang benar. Wajah2 mereka
yang dihukum mati tu langsung x sedih malah tersenyum gembira macam baru terlepas
hukuman mati. Mantap! Aku cuba letakkan diri aku kat tempat mereka, mau terjelepuk
kat lantai macam kain buruk kot kalo dijatuhi hukuman mati. Pengsan~
Dan hari ni, update terbaru tentang perhimpunan membantah hukuman mati di Mesir,
ada yang pecah kepala, terburai perut sampai terkeluar usus..syahid. Terasa diri
sangat useless. Sungguh. Dah lama terpikir tentang keadaan umat Islam di seluruh
dunia yang tertindas, ethnic cleansing, macam2 lagi, tapi x da apa yang aku mampu
tolong. Doa. yup, doa je yang mampu aku lakukan. Sesungguhnya, doa itu senjata
umat Islam. Aku tau aku x seberani mereka lagi untuk berjuang di tengah2 peperangan
dan bersedia untuk mati, tapi aku berharap 1 hari nanti aku mampu jadi seperti mereka
dan syahid di jalanNya. InshaAllah.

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) 
pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup 
(secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki
~Surah Ali 'Imran ayat 169
Wassalam. Aman.
 

Saturday, January 18, 2014

Part 6: Mari selongkar...sunnah Rasulullah

Assalammualaikum wbt,

saya yakin ramai yang diluar sana nun tau akan sunnah Rasulullah yang 1 ni.
Solat Dhuha. untuk murah rezeki. senyum sampai telinga.

                                                  *****

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku."
 [al-zariyat: 56]
Allah S.W.T. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya.
Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah
Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai
tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.
Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia,
Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga
pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar
penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang
dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada
saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira
jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat
di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan
sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w.
menjelaskan:
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas
sinarnya."
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat
tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang.
[Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi]
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat
itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga
sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah
Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan
perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini
hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah
hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

Kelebihan
Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t..
Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.
Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri.
Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan
amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat
dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.
Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
"Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah.
Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan
tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar
adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."

 [HR : Muslim]
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan
lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru,
dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah,
simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini adalah :
1)      Sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna.
Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.

2)      Sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat
(baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga
lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.

3)      Pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya
dalam bentuk yang konsisten.

Hal ini diterangkan oleh Aishah:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya.
Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka." 

[HR : Muslim]
Bilangan rakaat
Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja
dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat
sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat
(dilakukan secara dua kali salam).
Ini bersandarkan hadis Aishah menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak
empat rakaat.
Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud:
"Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani." 
[HR: Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih]
Ada riwayat lain menyatakan solat Dhuha berjumlah enam rakaat (tiga kali salam)
seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. [HR: Imam al-Tabarani]
Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak."
[HR : al-Tirmizi]
Ayuh, marilah sama-sama kita tunaikan solat sunat Dhuha  yang sangat di tuntut dalam agama kita ini, mudah-mudahan amal yang buat berterusan ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya.


Wassalam.Aman.
p/s: Kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas

Part 5: Mari selongkar...sunnah Rasulullah

Assalammualaikum wbt,
selamat bercuti panjang minggu ni dengan girangnya. hehe. ditambah pula
hari isnin depan 20 januari cuti ganti bagi ulangtahun keputeraan Sultan Kedah
Heaven.
mari teruskan sunnah Rasulullah yang seterusnya. yukk!

                                                   *****

Adab Adab Terhadap Makanan: Larangan Mencela Makanan


"Nabi Muhammad S.A.W Tidak Pernah Mencela Makanan, Apabila Baginda Suka, Baginda Makan Makanan Itu Dan Apabila Baginda Tidak Suka Baginda Meninggalkannya."
(H.R. BUKHARI & MUSLIM)

Penerangan Hadis

Imam Al-Nawawi berkata :
Inilah adab terhadap makanan yang dianjurkan oleh Islam. Antara perkataan yang sering diucapkan terhadap makanan  yang tidak disukai seperti ‘masin, tawar,masam dan sebagainya’. Sekiranya kita tidak suka makanan tersebut adalah lebih baik kita meninggalkan makanan tersebut dan tidak mencela makanan  itu. Tetapi hadis ini tidak termasuk dengan keadaan dimana Rasulullah tidak memakan dhab.

Ibnu Hajar pula berkata :

Hadis membawa maksud makanan yang mubah(harus), adapun jika makanan yang haram maka baginda akan mencela dan melarang untuk makan makanan tersebut.


Menjilat Sisa Makanan Dijari Sebelum Dicuci Dan Dibersihkan

"Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W Pernah Bersabda “Apabila Salah Seorang Dari Kamu Selesai Makan, Maka Janganlah Kamu Membasuh Tangan Sebelum Kamu Jilat Jari-Jari Sendiri Atau Menyuruh Orang Lain(Daripada Kalangan Orang Kamu Cintai Dan Tidak Merasa Jijik Dengan Kamu)Untuk Menjilat Jari Tersebut."
(H.R.BUKHARI,MUSLIM & IBNU MAJAH)

"Daripada Ka’ab Bin Mas’ud, Rasulullah S.A.W Makan Menggunakan Tiga Jari, Lalu Baginda Menjilat Jari-Jarinya Sebelum Membersihkannya."
 (H.R.MUSLIM & ABU DAWUD)

Penerangan Hadis:

Al-Hafiz Ibnu Hajar Rahimahullah menyebutkan dalam kitab Fathul Baari
“Hadis ini membantah orang-orang yang tidak suka menjilat jari dengan alasan dikatakan perbuatan ini jijik.tetapi maksud jijik yang sebenar ialah selepas kita jilat jari-jari tersebut kemudian sambung semula makan dengan jari yang telah terkena air liur tadi. dengan perbuatan ini sudah tentu akan meyebabkan orang lain berasa jijik”

Ibnu ‘utsaimin juga menjelaskan dalam kitab Syarah Riyadhus Salihin

“ Dalam hadis ini terkandung beberapa kebaikkan berdasarkan kajian ahli-ahli perubatan iaitu ketika makan, dihujung-hujung jari akan mengeluarkan zat-zat yang sangat membantu dalam proses pencernaan makanan. ini bermakna, dengan menjilat jari-jari selepas makan,kita akan memperolehi dua faedah. pertama, faedah syar’i iaitu kerana mengikuti sunah rasulullah s.a.w. kedua, faedah daripada aspek kesihatan iaitu dengan adanya zat-zat pada jari yang dapat membantu proses pencernaan”

Wassalam.Aman. 
p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas.

Wednesday, January 15, 2014

Part 4: Mari selongkar...sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum wbt,

mohon masih berkemampuan nak mencerna dan meng-otak(brain)
sunnah Rasulullah yang seterusnya. ohoiii~

                                                      *****

Makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW

Makan Timun Bersama Tamar

“Daripada Abdullah Bin Jaafar (R.A), Meriwayatkan Bahawa: Rasulullah s.a.w 
Pernah Makan Timun Bersama Tamar” H.R. Muslim.

Menurut Abu Isa al-Tirmizi: Ianya hadith hasan lagi sahih lagi gharib. Ketahuilah
bahawa makan timun dengan buah kurma masak itu samalah seperti makan roti
dengan timun, dengan makan timun dengan kurma masak, ianya dapat menghilangkan
dahaga, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya
tidak mudah busuk dan rosak. Sifat timun yang tawar akan menjadi enak apabila
dimakan bersama tamar yang manis.

Dan mengapakah Nabi memakannya sekali bersama timun dan kurma?
Ia adalah disebabkan kedua-duanya bersifat saling berlawanan, timun itu bersifat
sejuk dingin, manakala kurma itu bersifat panas dan kering oleh sebab itu timbangan
suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas.
Oleh itu jika ingin memakan benda sejuk seperti timun hendaklah memakan sesuatu
benda yang panas seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya kerana ianya dapat
menyeimbangkan kembali suhu badan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith,
Nabi memakannya bersama untuk tujuan tersebut.


Makan Tembikai Kasturi Dengan Tamar Yang Baru Masak

Daripada Anas bin Malik (r.a), meriwayatkan bahawa:
”aku melihat Rasulullah s.a.w mencampurkan tembikai kasturi dengan 
tamar yang baru masak”.

Adapun sebahagian Ulama’ berselisih pendapat berkenaan tembikai kasturi, ada
yang menyatakan bahawa tembikai biasa. Adapun tembikai biasa bersifat manis,
maka tembikai kasturi sedikit tawar, maka baginda akan memakannya dengan tamar
bagi menambahkan kemanisan pada makanan tersebut.

Kesimpulannya, mencampurkan makanan mengikut kesesuaian adalah daripada
sunah Rasulullah s.a.w. Mencampuri makanan bagi tujuan kesihatan, dan
menambahkan kelazatan adalah tidak dilarang, namun, sekiranya percampuran itu
akan menghasilkan mudarat pada tubuh badan dan akal fikiran, adalah haram.
Mencampurkan makanan yang haram walaupun sedikit juga haram, seperti
memasak dengan mencampurkan arak(wine), walaupun tidak memabukkan,
tetapi jelas bahawa arak itu adalah haram, maka ia tetap haram. Wallahualam.

Wassalam.Aman.

p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas
**masih pesanan yang sama~nyaaann~

Tuesday, January 14, 2014

Part 3:Mari selongkar...sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum wbt,

jom teruskan selongkar sunnah sunnah Rasulullah SAW dan cuba amalkan
dalam kehidupan seharian. InshaAllah, lama2 jadi habits ye dak? hehe

                                                       *****

Kesukaan Rasulullah Bersiwak


1.    Dari Ibnu ‘Umar r.a., dia berkata maksudnya:

“ Tidaklah Rasulullah s.a.w. tidur melainkan siwak ada di samping beliau. Manakala bangun tidur, beliau terus bersiwak ”.
 ( HR. Ahmad & Al- Bukhari )

2.      Dari Abu Hurairah s.a.w., dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“ Andaikata tidak memberatkan ummatku, pasti akuk akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak pada setiap kali hendak mengerjakan solat ”.
( HR Al-Bukhari & Muslim )

3.      Dari ‘Aisyah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“ Siwak itu pembersih mulut dan mendatangkan redha Allah ”
 ( HR Al-Bukhari & Ahmad & An-Nasa-i)        
         
Keterangan :
Al-“allamah ash-Shan’ani menyebutkan dalam Subulus Salaam bahawa
dalam kitab al-Badrul Muniir menyatakan : Ada lebih dari seratus hadith yang menyebutkan
tentang siwak. Namun, sungguh menghairankan, Sunnah Nabi s.a.w. yang banyak tersebut
dilalaikan oleh kebanyakkan orang.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghidupkan sunah-sunnah Rasulullah s.a.w. yang
mana Rasulullah s.a.w. amat menjaga kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi.


Cara Duduk Rasulullah s.a.w


Dari Qailah binti Makhramah, dia menceritakan bahawa dia melihat Rasulullah
di dalam masjid. Rasulullah sedang duduk merapatkan kedua-dua paha beliau ke
perut beliau. Lalu Qailah berkata,

” Apabila aku melihat Rasulullah  duduk dengan begitu khusyuk, aku menjadi gementar.”
(HR. At-Tirmidzi. Hadis hasan)

Penjelasan:

Ulama-ulama berselisih pendapat mengenai cara duduk nabi Muhammad saw.
Diantara cara duduk nabi keadaan begini di ketahui ramai  di mana punggong akan
berada di lantai sedangkan lutut diangkat serta di dakap ke dada. Keadaan duduk
sebegini adalah perkara yang agak janggal didalam masyarakat melayu kerana
menganggap duduk sebegini yang diistilahkan seperti duduk orang kalah judi.
Perkara ini berbeza dengan amalan nabi SAW ketika di masjid menurut hadith diatas.
Duduk seperti ini biasa dilakukan oleh nabi SAW ketika berada di masjid
dan majlis-majlis keraian.

Wassalam.Aman.

p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni.Trimas.