Thursday, December 29, 2011

Bulatan Gumbira Kami pun Osem gak!



Salam..
'Bulatan Gumbira Kami'


dah tengok video kat atas??? 'Bulatan Gumbira Kami' untuk contest video osem 2011..
bila tengok video ni, tetibe terasa sangat rindu ngan time usrah kat matrik dulu. sumpah!!
first hidup jauh dari mak abah, sampai nun jauh ke penang..(padahal umah tok kat kedah 20 minit perjalanan je kot..cetts!!)
aku x sedih langsung dapat matrik jauh2,lagi aku suka ada ar..dah lama simpan niat nak dok asrama..
lepas pmr nak p mrsm macam kakak,tapi mak x bagi~~ fine,frust menonggeng~~
so, time matrik aku langsung x touching2 nangis saat family nak balik dari anta aku p matrik.x tipu ok!!
heee,dah2,semua tue citer lama..
so, first time gak aku kenal apakah itu usrah. bersama akhwat2 yang datang dari seluruh semenanjung.
sangat best! tiap2 minggu ada perjumpaan. dok dalam bulatan. kak murobbi 
baca mana2 ayatdari Al Quran pas tue bincangkan makna sebaliknya macam video ni..
kak murobbi bukan ar dari kalangan student matrik tapi pelajar U 
yang sudi meluangkan masa untuk membimbing dan berkongsi ilmu ngan kitorang 
disamping sibuk ngan study & assignment. ada yang bakal cikgu matematik 
macam kak murobbi aku, ada yang bakal doktor pun sanggup turun. MasyaAllah! 
akhwat2 yang lain pun bukan calang2 orang..maklum ar kebanyakan dorang 
dari skola agama,time bincang tentang pe2 tajuk, memang aku x mampu ar nak 
menambah pe2 kerana kecetekan ilmu~~
first time gak berkawan ngan akhwat2 yang bertudung labuh. dulu slalu pikir yang 
mereka yang bertudung labuh ni berkawan ngan orang yang bertudung labuh je 
aka TLC (tudung labuh club) x layan ar orang biasa2 ni. tapi sesungguhnya, silap! 
mereka sangat baik. otak gila2 gak macam aku,leh gurau2,gelak2 tapi ada batasannya.
kadang2 wat usrah kat tepi tasik,ada skali wat kat penang.naik feri pas tue 
naik bus lalu kat batu feringgi. aku rindu saat tue. ada yang muntah naik bus.hee.. 
2 ari 1 malam. best!makan ramai2 dalam dulang, suap-menyuap.penuh ngan pengisian. 
kena plak malam tue aku kena jadi tukang bagi ceramah. ketaq seluruh badan nak 
bagi ceramah kat depan mereka2 yang sedia maklum pro tentang hal2 agama ni.
nasib baik ramai yang membantu.hee sesungguhnya aku malu ngan kecetekan ilmu ku~~
slalu gak tidoq ramai2 kat bilik study pas tue qiammulail bersama2. lepas solat 
subuh beriadah plak. memang sihat!!
bila nak exam,study ramai2. bahagi soalan pas tue discuss.
aku memang tabik spring kat akhwat2ku..
mereka bukan saja tinggi ilmu bab agama, bah kan sangat terer dalam subjek 
yang lain. skali lagi aku malu ngan kecetekan ilmuku~~
hasilnya,alhamdulillah,ramai yang berjaya dalam exam. : )
dan skarang ni,masing2 dalam perjalanan mencapai cita2. ada yang kat oversea. 
sesungguhnya, aku sangat bersyukur aku dipilih Allah tuk masuk dalam usrah 
ni coz bukan semua dapat merasai keindahan ber'usrah'..
usrah ni gak bawak banyak perubahan kat diri aku,baik dari segi dalaman mahupun segi luaran.. : )


miss u all so much100X!!
osem + rock kan bulatan gumbira kami!!

teruja aku pada kata2 Imam Ghazali:
"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya 
di dalam doanya"..
Ukhwah fillah abadan abada : )

Sunday, December 25, 2011

Sejuk macam winter

Salam..
Happy holiday kat semua..ari ni christmas kan
boring??
yup,aku boring skang..
nak kata x da keje,projek ada 2 lagi yang x siap heehhe
skang ni musim sejuk menyelubungi bumi tempat aku berpijak
dah macam musim winter..dari minggu lepas sampai ar la ni
kalo kat oversea,salji yang turun, tapi kat sini 'salji yang x beku' yang turun-->hujan
hujan sepanjang ari,sampai kadang2 tue x percaya dah petang coz cuaca mendung 
macam waktu pagi..
tiba2 jadi penyegan nak mandi..(penyegan tue maksudnya malas)
sejuk~~~
kat umah pun sarung sweater..
terasa betul2 macam kat oversea..(perasan!)
hampa dah try taip 'let it snow' kat google??
try ar,sumpah cool!! 
walaupun Malaysia ni impossible nak salji, at least kita leh merasai salji
melalui screen laptop kita...huish,sedih gila bunyi~~
tengah mengumpul mood nak siapkan projek + study..next week dah study week
nasib baik ada en Domo kat meja study ni..
walaupun mulut en Domo x pernah tertutup, tapi saya sayang en Domo
coz sudi teman saya study..heee
waktu mendung + sejuk +sedap tidoq ni memang la menguji keimanan nak study
asyik nak menguap je kan..kalo nak menguap meh baca hadith ni dulu


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, 'menguap adalah dari
setan. Kerana itu, apabila salah seorang dari kalian menguap, tutuplah serapat mungkin kerana ketika salah
seorang dari kalian berkata 'huah'(pada saat menguap), setan akan menertawakannya".


dari kecik lagi,kita diajar supaya tutup mulut time menguap,nanti setan masuk..oleh itu, tutup ar mulut 
anda serapatnya dan tanpa mengeluarkan apa2 bunyi dan nampak sopan disitu : )



Sunday, December 18, 2011

there's a rainbow always after the rain

Salam..
yo! sashiburi...
semalam kuar ronda-ronda-lepas-tekanan (^^)
fly to japan sat..
usha2 sushi and set makanan orang jepun..
oishi desune...






~Daruma~





Domo!!!! sebagai kenangan melawat Jepun^^
cik sumiju panggil Dome..huhu

******************************************
----perjuangan belum selesai---
ku minta matahari
Allah bagi hujan
ku menangis kehampaan
rupa-rupanya
Allah nak bagi pelangi

Yosh!!! skit je lagi..


selesaikan perjuangan yang belum selesai ^^

Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan 10/12/11

Salam
tanggal 10/12/2011 berlakunya gerhana bulan..
aku antara yang menyaksikan live dari tingkap bilik cik iino..
Subhanallah!!!!
gerhana bulan start kul 7.30 malam (bulan baru nak masuk penumbra)
aku bersama cik sumiju sama2 menyemak kat bilik cik iino
tunggu punya tunggu,dalam kul 8 lebih or 9 baru nak jadi gerhana..
nak amek gamba,kamera handphone je pun yang ada~~




ihsan dari facebook..

bila gerhana dah jadi sedekit demi sedikit, bulan sediit demi sedikit naik..
pastu x nampak dah : (
so, pe lagi, p tengok live streaming gerhana dari jepun (siap crop lagi^^)
dah nak abis gerhana baru teringat nak print screen~~
Rikubetsu_ginga^^ 


time ni gerhana dah hampir berakhir..
bulan dah nak kuar dari penumbra

time gerhana ni,ada baiknya kita melakukan solat sunat gerhana supaya minta dijauhkan
dari sebarang kecelakaan dan musibah ^^

wassalam..

Friday, December 9, 2011

oh masalah,saya punya Allah : )

Salam..
dah lama rasanya x update blog~~
coz sangat x100 busy skang sampai ar abis minggu depan~~
rasa macam nak 'pasrah' pun ada..tapi ape2 pun kena kuat semangat!! yosh!!
nak mencapai 'kebahagiaan' pada ari jumaat minggu depan terasa sangat mencabar laluannya
dipenuhi dengan ranjau berduri....ahh..mintak nyawa..mintak nyawa~~~
ari2 ku diabiskan sepenuhnya kat lab..
balik umah tido je..terasa hidup x da life~~
dan2 time ni semua lecturer nak bagi project..
kena plak nak kena present dalam waktu yang sama..
kelam kabut gak ar hidup skang ni..
makan pun x ikut masa dah..
imunisasi badan pun dah menurun..mula2 selesema,dah ok, batuk plak





masa nak 'lagha' pun dah kurang..heee.. ye ar,dah ari2 dok ngadap project : {
dugaan terbesaq aku alami ialah tetibe,dengan izin Allah charger bateri laptop rosak..
haish..tu yang aku lemah semangat+nak menangis T_T..(tapi aku yakin ada hikmahnya)




sehari sebelum tu sihat walafiat je..tup2 semalam nak guna x leh..
ditambah plak ngan bateri laptop yang ditakdirkan semakin lemah akhir2 ni
dengan  power bateri aku yang lemah tu,p google harga bateri..bajet2!!!
RM159..nah..amek ang!!! tapi x pe..duit kat akaun Alhamdulillah ada lagi..
seharian di lab,terpaksa tumpang charger Cik Ana Dragon coz sama brand..
esoknya,abis klas je terus p beli charger baru ngan cik Miraie..
Alhamdulillah..RM115 je harganya.. : )
satu je cara yang perlu dilakukan ketika meghadapi dugaan..SABAR




'Tidak ada kesusahan(atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; 
dan sesiapa yang beriman kepada Allah,Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang 
telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu".
--Surah At-Tagaabun, ayat 11


"Tidaklah seorang muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
--Hadis Rasulullah SAW



Jangan pernah mengatakan, Oh Allah, saya mempunyai masalah
Selalu katakan, Oh masalah, saya mempunyai ALLAH : )



Wassalam..



















Saturday, November 26, 2011

Mr.Right & Salam Maal Hijrah

salam
skang ni lagu Alif Satar popular sungguh dan diputarkan di corong2 radio
aku x ingat tajuk dia pe, google sat na..
.....................................................................
haa!! dapat dah..'lelaki seperti aku'
ramai yang minat lagu ni..oh baby baby..
ohhh..please..
bagi aku, lagu ni seakan-akan menggambarkan pompuan tu desperate gila~~
dah kata ramai lagi lelaki yang hebat dari dia,
ramai lagi lelaki yang seksi dari dia,
ramai lagi lelaki yang tampan dari dia..
so, wat pe nak sedu sedan..ye dak??


tapi, pikir2 ar balik dengan sebaik mungkin..
semua ciri2 yang disebut kat atas bukan ar ciri2 yang utama
yang perlu ada kat seorang lelaki untuk dikira hensem dan dikejar para wanita..
tapi ciri2 yang dibawah inilah yang seharusnya ada..dan patut dikejar oleh para wanita


baru berbaloi nak kejar..
kalo frust menonggeng x dapat pun x sia2 menangis.. 
hope my mr.right is a person like this ^^


kalo dulu lelaki seksi tu didefinasikan lelaki yang mempunyai badan yang tegap+muscle ketul2
tapi skang, dah terbalik, lelaki seksi,didefinasikan lelaki yang mempunyai perut yang buncit..
seksi itu buncit...buncit itu seksi : )
x tau tang mana yang seksi tu..yang pasti perut..
harap maaf pada sesiapa yang kipas-susah-mati lagu ni..
ni hanyalah luahan aku sendiri, x da kena mengena ngan sesiapa
salam Maal Hijrah kepada umat Islam di seluruh dunia : )
semoga kita buka buku baru dengan penuh keazaman..InsyaAllah

wassalam..^^


Monday, November 14, 2011

aku cuba

Salam
aku suka blog walking..
usha2 blog orang lain..
rasa seronok baca blog orang lain coz citer yang dipost syok : )
coz pengisian citer mereka memang bagus..
tetibe terasa nak jadi macam mereka..
setiap citer yang dipost penuh ngan pengisian dan x sia2..
terselit gak ngan sedikit dakwah yang disampaikan dengan bersahaja
haih..terasa malu plak..bila nak dibandingkan blog aku ngan mereka
terkesan ngan komen anonymous kat salah 1 post aku tadi..
komen yang membina..^^
trimas ya!
komen anda telah membangkitkan kembali semangat nak 
tulis blog yang penuh ngan pengisian tapi sempoi..hehe
mampukah??


akan ku cuba!! err..mampukah?? ~~


InsyaAllah..aku cuba..
mungkin akan terselit gak ke-merepek-kan yang x dapat dijamin 
ketidakhadiran-nya dalam post2 aku nanti..*sigh
pe2 pun..aku akan cuba..
sekali lagi trimas ya anonymous!! 
trimas kerana sudi singgah dan baca blog yang x seberapa ni..: ) 

Friday, November 4, 2011

Aidiladha ^^




Salam
di kesempatan ini..
sebelum pulang ke umah petang ni..
dengan hati yang berbunga-bunga..
aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha : )
kepada seluruh umat islam di dunia..
kalo tahun lepas 'berkorban' dok kat U coz ada exam..
tahun ni Alhamdulillah berpeluang pulang menyambut Aidiladha bersama family ^^
dapat solat raya sama2..^^
Wassalam..

Wednesday, November 2, 2011

melangkah ke alam kedewasaan

Salam..
ari ni aku dapat 2 berita gembira  ^^
bila bukak fb tadi tiba2 ternampak salah sorang kawan
skolah dulu..lelaki..
post gamba2 pernikahan dia..
waaaahhhh!!!! serius aku terkejut..dah kawin rupanya pak cik ni : )
peh! ingat lagi muka2 innocent sekupang time skolah dulu~~
dia dah masuk alam rumah tangga..
dah penuh dah iman..kan nikah tu separuh dari iman..ye dak..ustaz dalam ceramah slalu kata 
berita kedua..kat fb gak..
sorang lagi kawan time skolah rendah dulu..perempuan..
dia dah mengandung 27 weeks..Alhamdulillah!!
bakal ibu..InsyaAllah..
Mashaallah..kawan aku ni dah lama advance dari aku..haha
dia pun still study lagi..kawin muda la katakan..
mungkin inilah kelebihan kawin awal..
dapat anak time muda belia lagi..hehe
dapat elak maksiat gak..hurmm..



jangan ditanya bilakah pula aku nak melangkah ke alam seperti mereka~~
umur baru masuk 20-an..muka sememeh lagi..
banyak lagi ilmu kena blaja..
banyak lagi skill harus dikuasai & dipertajamkan..
kerana bukan mudah nak melayari bahtera perkahwinan tanpa ilmu yang cukup..ececeh
sebab tu banyak kes perceraian berlaku la ni..
mintak dijauhkan...
jangan ar dok risau kalo x da calon lagi ka apa ka..relax..chill ar weyh..
jodoh tu Allah dah tentukan..InsyaAllah..
tgk cam aku..relax single mingle lagii..*wink2..
tapak masjid x dak lagi..cam mana nak bina masjid?? hehe
so, just cool, relax, chill k..


alolo..comey nyer~~~

p/s: ni kalo citer kat mak ni mau kena kuliah cari jodoh kang..





Sunday, October 30, 2011

tahniah buat jang2 sekalian




salam..
tahniah buat skuad rusa--> Negeri Sembilan
atas kejayaan menjulang piala malaysia buat kali ke-3...
rasa rugi plak x tengok malam semalam..
ye ar.umah sewa mana ada tv~~ nak turun kat kafe malas plak..time2 hujan skang ni..
mak call pagi tadi..mak kata best perlawanan semalam..
mak den pun minat bola..: )
haish..lagi ar terasa 'kerugian' tue meningkat..
walaupun aku ni bukan ar penyokong penyu mahupun penyokong rusa..
tapi aku layan je negeri mana yang  main..
buat rusa--> tahniah jang..cayalah ko jang!
buat penyu--> jangan putus asa..next piala malaysia bulih try lagi..


wassalam..

Saturday, October 29, 2011

T.O.M.O.D.A.C.H.I

Salam..




"A good friend is hard to find, hard to lose, and impossible to forget..."


"True friendship is like sound health; the value of it is seldom known until it be lost." 








"Friendship is what gets you through the bad times and helps you enjoy the good times" 






"A real friend is not one who only entertain you, but one who cares about you, one who will be there when you cry" 










"True friends are never apart, maybe in distance, but not in heart" 



"Friends are the most important ingredient in this recipe of life." 





"A friend will strengthen you with her prayers, bless you with her love, and encourage you with her hope."





"Friendship is like banana split,there are a lot of things on it, but still taste great.."


"Friendship: a building contract you sign with laughter and break with tears." 


p/s: "Without friends no one would choose to live, though he had all other goods." 
- Artistotle

















Wednesday, October 19, 2011

Selamat Hari Tua Sahabatku..

Salam..
ari ni adalah ari lahir cik miraie..
selaku sahabat merangkap housemate..
cik penulis, cik iino, cik sumiju, cik ana dragon dan cik adah(join skali)
telah meyediakan kejutan wat cik miraie..malam semalam..
nak wat time bawa kek, tetibe kek tu terjatuh..ala2 macam dramatik sket ar
tapi disebabkan kami semua dilahirkan tanpa bakat berlakon..
so, lakonan tu keras macam kayu ..hehehe
tapi cik miraie memang terkejut beruk bile bukak kotak kek tetibe ada kasut die..
hehehe..walaupun lakonan hancuss..tapi plan B berjaya dengan jayanya..


nah..hadiah merangkap menu utama malam tadi..
--> kek blueberry..my faveret~~~
sedap!!! kek blueberry, berkrimkan aiskrim..









bertambah umur setiap tahun..
bermakna semakin dekat kita ngan kematian..
semoga umur yang dikurniakan x disia-siakan..
semoga bertambah amalan & pahala..
stay cute sokmo.. : )

wassalam..

Thursday, October 13, 2011

Domino's time!!

Salam..
kemaruk nak makan domino akhirnya tercapai malam ni..
perkhidmatan penghantaran/ delivery memang terbaiikkk!!!
27 minit je dah sampai depan pintu umah..
RM55 je untuk 1 large & 2 regular pizza..offer untuk delivery je..
offer ni dapat kat peti surat umah sewa minggu lepas..
murah ar..berbaloi untuk 5 orang makan..
layan + usha pizza jom..


baru sampai..panas2 lagi!!!

1 large BBQ pizza..yum!

regular meat mania..yum2x!!

regular chicken aloha..yum3X!!!

woooaaaahhhh

uish..gebu2nya pizzas..

tarik kot cheese die..ala2 macam dalam iklan tue..

i got the biggest one!!! hahaha(gelak jahat)

eehh??? abis dah...

amacam..kecuq ayaq liuq dak???? heheehe
Alhamdulillah... kenyang...
cik sumiju, cik iino, cik ana dragon, cik miraie, cik penulis..tersenyum lebar sampai ke
kening dek kekenyangan...
sekali lagi..Alhamdulillah... : )

Sunday, October 9, 2011

La tahzan



Salam
kadang2 kita tengok orang lain especially kawan kita 
yang berjaya dapat pe yang dia nak, kita pasti akan rasa jealous..
x banyak pun sket ar kan..
tapi kita tetap akan ucapkan tahniah kat dia..
tapi kadang2 terasa macam kita hipokrit plak..dalam ati jealous kat dia..
tapi kita tetap senyum..ati rasa pedih
tiba2 terasa diri ni macam dipinggirkan..
dipinggirkan dari rahmat Allah..
Nauzubillah..
tapi try pikir balik..kalo bukan disebabkan rahmat Allah..
kita x kan dapat jalani kehidupan ni dengan gembira..
kita xkan berada di tempat kita berada skang
banyak sebenarnya rahmat dan rezeki yang Allah bagi kat kita..
bahkan mungkin kadang2 Allah lebihkan kita berbanding kawan kita..
tapi disebabkan 1 benda yang x dapat kita miliki, kita bersangka buruk kat Allah..
sedangkan, dah banyak benda kita miliki..tapi kita x pernah bersyukur..
mungkin sekarang adalah rezeki kawan kita..
esok lusa rezeki kita plak..kan??
Allah dah sediakan pe yang terbaik wat kita skang dan masa depan..
kita hanya perlu berusaha, doa dan bersabar..
x semestinya pe yang kita suka adalah yang terbaik wat kita..
Allah maha mengetahui..
bukankah...
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..'
surah al-baqarah (2:286)
la tahzan..dan bersabar lah.. : )
Allah sentiasa bersama orang2 yang bersabar..
Wassalam..