Monday, August 26, 2013

Sad But True

Assalammualaikum wbt,

Last week..
'Linkin Park and Metallica are coming to Malaysia u know!'
'ohyeah, i knew it already laa.'

buka radio ni, putar lagu Linkin Park
buka radio tu, putar lagu Metallica.
bukan x layan, favourite band ni! * eh, ehem. tipu ar kalo kata aku x layan..ada ar
beberapa lagu Linkin Park aku hafal. ada ar 2-3 lagu Metallica aku layan.*mata pandang kot lain.
well, sebelum layan sila check lirik dia dulu. takot ada yang menyimpang. *pesanan ikhlas~ohoi
minat2 aku pun x da ar sampai sanggup nak berhimpit sakan kat concert depa. Al maklum ar tahun 2013 adalah tahun melawat Malaysia. so, concert 2 top bands ni adalah langkah untuk tarik perhatian foreigner untuk datang berbondong bondong ke Malaysia. tapi bila tengok penonton2 especially orang Malaysia (Islam plak tu) layan concert sambil angkat tangan buat simbol 'rock' tu, sakit plak mata memandang. kalo angkat tangan buat simbol 'R4BIA' tu lagi bagus. ye dak?
tatkala rakyat Mesir berjihad sambil julang simbol 'R4BIA'..kat sini plak berkonsert sambil julang simbol 'rock'. kurang sensitiviti atau x amek kisah atau x da rasa bersalah hatta sebesar kuman kah bila terkenangkan nasib rakyat Mesir, nasib kanak2 yang x bersalah dibunuh tanpa belas kasihan? *sedikit emosi disini. ehem.

bila semua ni (keadaan di Mesir) akan berakhir? aku pun x tau..
doakan terbaik buat mereka. Doa adalah senjata umat Islam.


put ur hands up for R4BIA!



Wassalam. Aman. R4BIA.

Sunday, August 25, 2013

Grenade

Assalammualaikum wbt,



terjumpa bekas besi yang tertulis 'Grenade Hand. Coloured Smoke. Yellow'.
Grenade kott weyhh.. ni sah abah punya barang. abah dulukan askar Tanah Melayu.
x kan tok punya plak..kot2 tok dulu join pakatan sukarelawan
askar Tanah Melayu.~eheh

p/s:
tetibe otak melayang kat Mesir. kalo bekas besi Grenade ni still ada 'isi',
leh aku post kat Mesir. Allah sentiasa bersama mereka yang bersabar.

Wassalam. Aman. R4BIA.

Tuesday, August 20, 2013

Somnium

Assalammualaikum wbt
salam 13 Syawal

Beliau ada kamera. Aku pun ada
Beliau suka p kembara merata dunia. itu merupakan impian aku
Beliau jadikan kamera sebagai medium dakwah. Beliau memberi aku inspirasi
Dengan niat  tersebut, beliau dah sampai ke Gaza. suatu tempat yang ingin sekali aku jejaki.
Siapakah beliau?
beliau adalah Pn. Shahrina (line internet x berkompromi, oleh itu, x mampu untuk meng-google)
aktivis kemanusiaan yang aku kenali ketika menonton siaran Nona di tv3
bermula dengan mengambil gambar sekitar Kaabah dan Mekah ketika menjalani ibadah
di sana kemudian, sedikit demi sedikit, rezeki untuk kembara ke luar negara semakin
bertambah dengan dapat tajaan dan sebagainya. Beliau namakan kembara beliau
sebagai kembara muslimah yakni, kembara sambil ditemani dengan mahram iaitu
bapa beliau sendiri sambil mengambil gambar atas nama dakwah.
dengan niat murni beliau juga, beliau bertemu jodoh dengan seorang pemuda Palestin
yang 15 tahun muda dari beliau. ~ohlalala~
seperti firman Allah SWT

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah
 membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.' [Muhammad, 47:7]
p/s:
 boleh usha2 facebook beliau:
[Lensa Kembara Muslimah]
 

Wednesday, August 14, 2013

Panggilan kejayaan


Assalammualaikum wbt,
salam 7 Syawal


terjumpa dengan gambar [diatas] ni ketika bermuka buku semalam. rasa macam kena 
tembak dengan bazooka je.eheh~ Alhamdulillah, x pernah lagi x menyahut panggilan 
untuk berjaya tu tapi kekadang terlewat sedikit nak menyahut huhu..agaknya, 
sebab tu ar x berjaya hidup ni kadang2~hantuk kepala kat dinding muhasabah diri. 
Dush2 *sound effect hantuk kepala kat dinding~

Azan:
Allahu Akbar (recited 4 times)
Ash-hadu al La ilaha illallah (recited 2 times)
Ash-hadu anna Muhammadar rasoolullah (recited 2 times)
Hayya’ala-salaah (recited 2 times)
Hayya’alal-falaah (recited 2 times)
Allahu Akbar (recited 2 times)
La ilaha illallah (recited once)
----------------------------------------------------------------------------------------------------
“God is great” (recited 4 times)
"I bear witness that there is none worthy of being worshipped except Allah(God)”(recited 2 times)
"I bear witness that Muhammad is the Apostle of Allah(God)." (recited 2 times)
"Come to prayer." (recited 2 times)
"Come to Success." (recited 2 times)
“God is great” (recited 2 times)
"There is no other object of worship except Allah(God)." (recited once)


Wassalam.Aman.

Wednesday, August 7, 2013

Ramadan's Random #5

Assalammualaikum wbt,
salam 29 Ramadan 2013 ; 30 Ramadan 1434


'(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.' (surah al Insyirah: 5, 6)


'I screw u'
'U die'

boleh aku katakan sebagai 'penaik semangat'? eheh~
2 perkataan yang slalu digunakan oleh manager~

memang ar, mana2 company aku p, masuk je system development ofis
bunyi air cond dan bunyi keyboard typing je dengar
semua orang begitu fokus, istiqamah dan tawaduknya buat keje~ohoiii
semuanya senior sofware engineer mehh..yang dah bertahun2 lamanya bekerja. expert!
as the 'grand prize winner',iye2 HR executive tu goreng
hanya aku, Cik Adila dan Bro Beh je yang ditempatkan kat ofis lain, x skali ngan SE
apprentice lain ~
dan paling menikam jantung adalah, aku di-assign-kan bawah java platform team.~yada yada!
di mana satu ketika dahulu adalah 'killer subject' yang buat semua student x tentu arah
di ajar oleh 'killer lecturer' dan diberi projek tahap master punya student
memang semua jadi zombie hidup-segan-mati-x-mau~~

tapi, kalo takut,sampai bila pun x kan berjaya. kena cuba. yosh!
maybe masa study dlu overwhelmed ngan rasa takut kat lecturer ohoi~
tapi kat sini semua senior sangat friendly kot haha..bezanya keadaan sebenar di industri
so, masa ni ar kena guna untuk refresh dan kuasai balik skill dan knowledge.
bak kata pak cik Steve Jobs:

'the only way to do great work is to love what you do. if haven't found it yet, don't settle.
as with all matters of the heart, you'll know when you find it.'

~oh lallala. tepuk dada tanya ko minat ke x? eh.

dan..hari terakhir Ramadan ni, aku masih tercongok kat ofis. google hangouts asyik pop out
je, mesej dari Cik Adila tanya camne nak mintak halfday tapi manager dah cuti.
walaupun dok sebelah2 pun still hangouts~ohoiii.

dan..29 Ramadan 1434 yakni hari terakhir Ramadan..rasa sedih. dengar lagu raya pun
x rasa pe2. entah. x sangka esok dah raya sebenarnya. banyak kali cakap kat diri
sendiri 'esok raya', dan respon 'eh, raya esok? biaq betoii!'~ huh.
Alhamdulillah, goals yang aku tetapkan di awal Ramadan dulu, boleh kata tercapai gak ar hehe
Al-Mulk dan beberapa surah lain dah kembali menghuni kepala otak ni. al-Mathurat pun
dah kembali dijadikan amalan, tapi kadang2 tewas dengan En. Malas~~
In shaa Allah akan diteruskan selepas ni. semoga istiqamah wahai hati. wahaiiii~
banyak lagi benda nak kena polish. one by one ey. apa yang penting? istiiiqamahhh*wonder pet

dikesempatan ini (ayat skema x ingat) saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat seluruh umat Islam di dunia walau terpisah dengan sempadan, benua dan lautan, baik gembira, berduka mahupun di lapangan jihad, semoga semuanya merasa kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga kerana Allah swt. semoga apa jua amalan diterima Allah. jangan membazir dan ingatlah saudara kita yang kesusahan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Happy Eid al-Fitr to all.



Wassalam.Aman.

Sunday, August 4, 2013

Ramadan's Random #4

Assalammualaikum  wbt,
salam 26 Ramadan.

dalam hari2 terakhir Ramadan ni, aku melawan arus. kenapa? kalo orang lain, time ni adalah waktu2 genting untuk pulang bertemu ibu bapa dan adik beradik. tapi aku plak, pergi meninggalkan keluarga, bermusafir dan menetap di tempat lain sebelum bertemu semula di pagi raya.~ewaahh, macam drama sedih menusuk kalbu plak ek? hehe. Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadan murah. Time to pursue my career. tapi part yang agak sentap tu, kena masuk 1 ogos, which means, lagi seminggu je lagi nak syawal. lagi sentap bila bulan pertama x leh nak apply cuti coz cuti x generate lagi. tapi, Alhamdulillah, tahun ni raya jatuh ari khamis, maka boleh ar 'berfoya2' sampai ahad. cukup ar 4 hari raya, sedangkan raya yang sebenarnya hanya sehari je iaitu pada 1 Syawal. eheh~ kena simpan cuti untuk bergumbira di hari konvo. *gelak keji.

Ramadan kali ni memang aku rasa lost sket time bilangan hari nak raya. tengok2 je dah kurang seminggu je nak raya. kalo time blaja dulu, memang update slalu coz asyik membilang hari nak balik cuti kat umah~hoho. mungkin Ramadan kali aku free dari kena mengadap projek, kuliah dan lab..so, aku dapat fokus lebih kat Ramadan. terasa Ramadan kali ni lebih terisi. baru aku sedar banyak benda yang aku x amalkan pada Ramadan yang lepas2~kelam.

tahun ni Allah bagi aku topup balik sedikit demi sedikit in shaa Allah di Ramadan akan datang kalo dipanjangkan umur. bila bermusafir hari tu, tetibe tersedar yang aku bermusafir dalam bulan Ramadan, so, kita digalakkan berdoa banyak2 sebanyak yang mungkin coz doa orang yang bermusafir antara doa yang x kan ditolak oleh Allah. tambah2 lagi bulan Ramadan..doa orang yang berpuasa pun antara doa yang x kan ditolak oleh Allah. yaa..semestinya aku pulun doa banyak2 wahaha~ tetibe teringat kat kakak yang dok kat double seat sebelah single seat aku yang baca mini tafsir berwarna hijau muda. sweet sangat~
akhir2 Ramadan ni, aku diuji dengan beberapa masalah terutama masalah transport. al maklum ar, aku ni x da kenderaan sendiri. so, terpaksa mintak jasa baik Kak Faiza aka roomate umah sewa tolong hantarkan ke tempat keje. Alhamdulillah, entah kenapa hati ni sangat tenang walaupun bila pikir tentang masalah ni leh gak buat aku x tido malam~ kena kuat bersabar dan yakin Allah akan tunjukkan penyelesaian dalam semua masalah ni. harap2 dapat pelepasan dari pihak atasan(mak & abah) untuk beli kereta hohoii~

" (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram" (surah Ar-Ra'd: 28)

Wassalam. Aman.