Thursday, December 29, 2011

Bulatan Gumbira Kami pun Osem gak!



Salam..
'Bulatan Gumbira Kami'


dah tengok video kat atas??? 'Bulatan Gumbira Kami' untuk contest video osem 2011..
bila tengok video ni, tetibe terasa sangat rindu ngan time usrah kat matrik dulu. sumpah!!
first hidup jauh dari mak abah, sampai nun jauh ke penang..(padahal umah tok kat kedah 20 minit perjalanan je kot..cetts!!)
aku x sedih langsung dapat matrik jauh2,lagi aku suka ada ar..dah lama simpan niat nak dok asrama..
lepas pmr nak p mrsm macam kakak,tapi mak x bagi~~ fine,frust menonggeng~~
so, time matrik aku langsung x touching2 nangis saat family nak balik dari anta aku p matrik.x tipu ok!!
heee,dah2,semua tue citer lama..
so, first time gak aku kenal apakah itu usrah. bersama akhwat2 yang datang dari seluruh semenanjung.
sangat best! tiap2 minggu ada perjumpaan. dok dalam bulatan. kak murobbi 
baca mana2 ayatdari Al Quran pas tue bincangkan makna sebaliknya macam video ni..
kak murobbi bukan ar dari kalangan student matrik tapi pelajar U 
yang sudi meluangkan masa untuk membimbing dan berkongsi ilmu ngan kitorang 
disamping sibuk ngan study & assignment. ada yang bakal cikgu matematik 
macam kak murobbi aku, ada yang bakal doktor pun sanggup turun. MasyaAllah! 
akhwat2 yang lain pun bukan calang2 orang..maklum ar kebanyakan dorang 
dari skola agama,time bincang tentang pe2 tajuk, memang aku x mampu ar nak 
menambah pe2 kerana kecetekan ilmu~~
first time gak berkawan ngan akhwat2 yang bertudung labuh. dulu slalu pikir yang 
mereka yang bertudung labuh ni berkawan ngan orang yang bertudung labuh je 
aka TLC (tudung labuh club) x layan ar orang biasa2 ni. tapi sesungguhnya, silap! 
mereka sangat baik. otak gila2 gak macam aku,leh gurau2,gelak2 tapi ada batasannya.
kadang2 wat usrah kat tepi tasik,ada skali wat kat penang.naik feri pas tue 
naik bus lalu kat batu feringgi. aku rindu saat tue. ada yang muntah naik bus.hee.. 
2 ari 1 malam. best!makan ramai2 dalam dulang, suap-menyuap.penuh ngan pengisian. 
kena plak malam tue aku kena jadi tukang bagi ceramah. ketaq seluruh badan nak 
bagi ceramah kat depan mereka2 yang sedia maklum pro tentang hal2 agama ni.
nasib baik ramai yang membantu.hee sesungguhnya aku malu ngan kecetekan ilmu ku~~
slalu gak tidoq ramai2 kat bilik study pas tue qiammulail bersama2. lepas solat 
subuh beriadah plak. memang sihat!!
bila nak exam,study ramai2. bahagi soalan pas tue discuss.
aku memang tabik spring kat akhwat2ku..
mereka bukan saja tinggi ilmu bab agama, bah kan sangat terer dalam subjek 
yang lain. skali lagi aku malu ngan kecetekan ilmuku~~
hasilnya,alhamdulillah,ramai yang berjaya dalam exam. : )
dan skarang ni,masing2 dalam perjalanan mencapai cita2. ada yang kat oversea. 
sesungguhnya, aku sangat bersyukur aku dipilih Allah tuk masuk dalam usrah 
ni coz bukan semua dapat merasai keindahan ber'usrah'..
usrah ni gak bawak banyak perubahan kat diri aku,baik dari segi dalaman mahupun segi luaran.. : )


miss u all so much100X!!
osem + rock kan bulatan gumbira kami!!

teruja aku pada kata2 Imam Ghazali:
"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya 
di dalam doanya"..
Ukhwah fillah abadan abada : )

Sunday, December 25, 2011

Sejuk macam winter

Salam..
Happy holiday kat semua..ari ni christmas kan
boring??
yup,aku boring skang..
nak kata x da keje,projek ada 2 lagi yang x siap heehhe
skang ni musim sejuk menyelubungi bumi tempat aku berpijak
dah macam musim winter..dari minggu lepas sampai ar la ni
kalo kat oversea,salji yang turun, tapi kat sini 'salji yang x beku' yang turun-->hujan
hujan sepanjang ari,sampai kadang2 tue x percaya dah petang coz cuaca mendung 
macam waktu pagi..
tiba2 jadi penyegan nak mandi..(penyegan tue maksudnya malas)
sejuk~~~
kat umah pun sarung sweater..
terasa betul2 macam kat oversea..(perasan!)
hampa dah try taip 'let it snow' kat google??
try ar,sumpah cool!! 
walaupun Malaysia ni impossible nak salji, at least kita leh merasai salji
melalui screen laptop kita...huish,sedih gila bunyi~~
tengah mengumpul mood nak siapkan projek + study..next week dah study week
nasib baik ada en Domo kat meja study ni..
walaupun mulut en Domo x pernah tertutup, tapi saya sayang en Domo
coz sudi teman saya study..heee
waktu mendung + sejuk +sedap tidoq ni memang la menguji keimanan nak study
asyik nak menguap je kan..kalo nak menguap meh baca hadith ni dulu


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, 'menguap adalah dari
setan. Kerana itu, apabila salah seorang dari kalian menguap, tutuplah serapat mungkin kerana ketika salah
seorang dari kalian berkata 'huah'(pada saat menguap), setan akan menertawakannya".


dari kecik lagi,kita diajar supaya tutup mulut time menguap,nanti setan masuk..oleh itu, tutup ar mulut 
anda serapatnya dan tanpa mengeluarkan apa2 bunyi dan nampak sopan disitu : )



Sunday, December 18, 2011

there's a rainbow always after the rain

Salam..
yo! sashiburi...
semalam kuar ronda-ronda-lepas-tekanan (^^)
fly to japan sat..
usha2 sushi and set makanan orang jepun..
oishi desune...






~Daruma~





Domo!!!! sebagai kenangan melawat Jepun^^
cik sumiju panggil Dome..huhu

******************************************
----perjuangan belum selesai---
ku minta matahari
Allah bagi hujan
ku menangis kehampaan
rupa-rupanya
Allah nak bagi pelangi

Yosh!!! skit je lagi..


selesaikan perjuangan yang belum selesai ^^

Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan 10/12/11

Salam
tanggal 10/12/2011 berlakunya gerhana bulan..
aku antara yang menyaksikan live dari tingkap bilik cik iino..
Subhanallah!!!!
gerhana bulan start kul 7.30 malam (bulan baru nak masuk penumbra)
aku bersama cik sumiju sama2 menyemak kat bilik cik iino
tunggu punya tunggu,dalam kul 8 lebih or 9 baru nak jadi gerhana..
nak amek gamba,kamera handphone je pun yang ada~~




ihsan dari facebook..

bila gerhana dah jadi sedekit demi sedikit, bulan sediit demi sedikit naik..
pastu x nampak dah : (
so, pe lagi, p tengok live streaming gerhana dari jepun (siap crop lagi^^)
dah nak abis gerhana baru teringat nak print screen~~
Rikubetsu_ginga^^ 


time ni gerhana dah hampir berakhir..
bulan dah nak kuar dari penumbra

time gerhana ni,ada baiknya kita melakukan solat sunat gerhana supaya minta dijauhkan
dari sebarang kecelakaan dan musibah ^^

wassalam..

Friday, December 9, 2011

oh masalah,saya punya Allah : )

Salam..
dah lama rasanya x update blog~~
coz sangat x100 busy skang sampai ar abis minggu depan~~
rasa macam nak 'pasrah' pun ada..tapi ape2 pun kena kuat semangat!! yosh!!
nak mencapai 'kebahagiaan' pada ari jumaat minggu depan terasa sangat mencabar laluannya
dipenuhi dengan ranjau berduri....ahh..mintak nyawa..mintak nyawa~~~
ari2 ku diabiskan sepenuhnya kat lab..
balik umah tido je..terasa hidup x da life~~
dan2 time ni semua lecturer nak bagi project..
kena plak nak kena present dalam waktu yang sama..
kelam kabut gak ar hidup skang ni..
makan pun x ikut masa dah..
imunisasi badan pun dah menurun..mula2 selesema,dah ok, batuk plak





masa nak 'lagha' pun dah kurang..heee.. ye ar,dah ari2 dok ngadap project : {
dugaan terbesaq aku alami ialah tetibe,dengan izin Allah charger bateri laptop rosak..
haish..tu yang aku lemah semangat+nak menangis T_T..(tapi aku yakin ada hikmahnya)




sehari sebelum tu sihat walafiat je..tup2 semalam nak guna x leh..
ditambah plak ngan bateri laptop yang ditakdirkan semakin lemah akhir2 ni
dengan  power bateri aku yang lemah tu,p google harga bateri..bajet2!!!
RM159..nah..amek ang!!! tapi x pe..duit kat akaun Alhamdulillah ada lagi..
seharian di lab,terpaksa tumpang charger Cik Ana Dragon coz sama brand..
esoknya,abis klas je terus p beli charger baru ngan cik Miraie..
Alhamdulillah..RM115 je harganya.. : )
satu je cara yang perlu dilakukan ketika meghadapi dugaan..SABAR




'Tidak ada kesusahan(atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; 
dan sesiapa yang beriman kepada Allah,Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang 
telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu".
--Surah At-Tagaabun, ayat 11


"Tidaklah seorang muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
--Hadis Rasulullah SAW



Jangan pernah mengatakan, Oh Allah, saya mempunyai masalah
Selalu katakan, Oh masalah, saya mempunyai ALLAH : )



Wassalam..