Saturday, June 23, 2012

just not farewell yet

Assalammualaikum wbt,

just not farewell yet..

just..
no more lectures,
no more labs,
no more assignments,
no more packed schedules,
no more rushed to the classes,
no more a mountain notes to read,
no more to stare at the clothes rack, which clothes to wear today,
no more freeze to death like at antartika,
no more 'berdendang' with gangs like this world is ours,
and the most important thing is
no more examsssssss!!
.
.
.
but still got a project to be done = (

gonna miss all those 'golden' days..hee
yeah..umm..yeah like..ermm..
got 2 months to 'enjoy' and live as a student..
after this no more~~

just not farewell yet..




Wednesday, June 20, 2012

Masih dalam perjuangan

Assalammualaikum wbt,

masih dalam mood 'perang'---> exam
paper second last petang ni insyaAllah = )
orang lain dah abis exam, kitorang masih berjuang dengan sepenuh ati & jiwa
teringat time sembang ngan kawan course lain ari tu:

A: ko dah paper ke berapa ni?
B: ni paper second last (muka gumbira riak)
A: Apa??? kitorang baru paper yang second (masih senyum,cover sket)
* nampak x perbezaan yang banyak disitu

ramai kawan2 U lain telah buat status gumbira di fb..
kerana mereka dah berjaya menamatkan pengajian di U setelah bertungkus lumus
berjuang bertahun2 di menara gading
tinggal nak naik pentas konvo amek scroll je..
leh sambung tengok Euro kat umah. eh.
senior skola dulu pun dah selamat mendarat di Malaysia
setelah bertahun2 berjuang menuntut ilmu di negara orang..
sepupu aku plak sedang berjuang praktikal (latihan industri) di negara orang..
dan aku.. masih berjuang disini..
berusaha menghabiskan perjuangan yang belum selesai
insyaAllah lepas ni praktikal plak..
kali ni adalah exam terakhir di U
lepas ni x da dah..sedih ar plak = (
oleh itu, kena ar berusaha sampai ke titisan peluh yang terakhir!
walaupun dalam exam hall lebih sejuk berbanding kat antartika..
usaha + doa + tawakal
insyaAllah berjaya = )
yosh!!







Thursday, June 14, 2012

corpus hermeticum

Assalammualaikum wbt,

taufan besaq setiap tahun dah mai menyerang~~
huh, harus persiapkan diri dengan segala kelengkapan yang ada
sama anda bersedia, anda akan pass, x bersedia anda out!
aku baru terasa aura taufan exam minggu ni..sedar2 je sabtu ni dah
start exam. bagi paper yang aku amek ar ye. orang lain dah lama start ari
isnin lagi. nak wat camne, projek baru abis present ari rabu kelmarin~~
pagi2 lepas subuh dah sumbat otak dengan ilmu falsafah.
anda pernah dengar corpus hermeticum atau nama lain al-muthallah bil hikmah? [baca:hermes
first time baca macam corpus luteum je bunyi hee. first paper adalah FST(falsafah sains & teknologi)
paper ni bukan paper teras, tapi wajib amek macam paper hubungan etnik.
semua orangwajib amek. x masalah nak faham dan hafal especially student Islam
coz banyak kaitan dengan Islam, Al-Quran, Hadith.
dapat plak pensyarah yang sangat berfalsafah. klas beliau memang best. ada je
peribahasa & kata2 falsafah yang jarang digunakan kedengaran kat dalam klas beliau:

'membujur lalu melingtang patah' (trademark beliau hee)
'kekuatan adalah kebenaran'
'matlamat menghalalkan cara'
..banyak lagi

so, aku pagi2 dah berfalsafah. hidup mesti berfalsafah baru ada tujuan dan pedoman
selamat bergelumang dengan buku, dan selamat maju jaya kepada mereka yang sedang
berperang di medan 'peperangan'. USAHA + DOA + TAWAKAL.
tetapkan sasaran, cekalkan iman, cari falsafah dalam hidup anda..

bak kata beliau dalam 'wasiat' nya kepada student2nya ari tu:

~JAGA DIRI, HIASI PERIBADI..~
Hidup mesti berfalsafah:-)



Friday, June 1, 2012

hanya orang gila yang tiada masalah

Assalamualaikum wbt,

dalam fasa masa yang boleh dikatakan kritikal
tapi alhamdulillah masih terkawal, masih boleh lepak sembang kencang ngan
kengkawan, masih boleh main game dengan riang ria, masih boleh makan minum
dengan nikmatnya, tido cukup lena walaupun waktu tido dah dicatu waktunya,
mandi pun masih terasa basahnya..
Alhamdulillah.. = )

setiap orang pasti akan mengalami pelbagai masalah. x kisah ar masalah sendiri,
masalah dengan orang lain, masalah kecik, masalah besaq, hatta masalah negara
sekalipun, setiap insan yang bernyawa pasti akan diuji..

'Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada
Kami lah kamu semua akan dikembalikan' [21:35]

[kredit]

teringat time matrik dulu, ada sorang kawan pernah cakap kat aku : 
'x pernah nampak kau macam ada masalah..'
secara automatik senyuman 'riak' terukir dibibir.wahahahaha. 
mungkin muka aku ni time biasa dengan time ada masalah sama je kot, 
sampai orang leh kata macam tu~~
tipulah kalo aku x da masalah..manusia yang x da masalah dalam dunia orang gila je!
Alhamdulillah, setakat ni, semua masalah kecik mahupun besaq, aku masih mampu
laluinya dengan bergaya walaupun hakikatnya tidaklah bergaya mana.


'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan :"Kami telah beriman",
sedang mereka tidak diuji lagi?' [29:2]
'Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya 
Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta' [29:3]

kalo anda sangka perjalanan di dunia ini mudah tanpa sebarang masalah, 180 peratus
salah! eh,saya x marah cuma menegaskan. Allah x ciptakan bumi dan manusia
dengan sia2. manusia diciptakan untuk menjadi khalifah. so, of kos ar, beban dan
masalahnya besaq gak. setiap orang ada tingkatan masalah masing2.
dari aspek aku seorang student, x dapat dinafikan memang banyak masalah
dengan assignment yang bertimbun2, projek sarjana muda 1 lagi yang kena present
minggu depan,projek setiap subjek(setiap subjek ada projek ye), final exam yang
bakal menjelang x lama lagi, projek sarjana muda 2 plak..bla..bla..bla..
ingat mudah jadi pelajar universiti? not a path of roses ok.
tapi setiap masalah yang Allah datangkan kepada kita, insyaAllah ada penyelesaian..


'Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya' [2:286]

[kredit]

maka, setelah mengalami pelbagai masalah, apakah obatnya?
x perlu bergegas tekan minyak kete p klinik mahupun hospital pakar
obatnya memang x dijual dimana2 di dunia ni..
kerna, obatnya adalah S.A.B.A.R..free of charge.

'Hai, orang-oramg yang beriman, mintalah pertolongan (dari Allah) dengan sabar dan
(mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar' [2:153]

'Dan sesungguhnya Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, 
kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar' [2:155]

'Sesungguhnya hanya orang-orang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas'.
[Az-zumar:10]

Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda, 'sabar itu sebahagian dari iman'.
tanpa sabar, iman x kan pernah lengkap. 
oleh itu, apa jua masalah dan dugaan yang datang menerpa, tidak ada tempat lain 
untuk kita mengadu selain daripada Allah swt. tapi jangan time ada masalah je 
baru nak ingat Allah, time senang lupa Allah..nauzubillah.
setiap dugaan dan cubaan itu ada hikmah yang tersimpan disebaliknya. 
hari ni mungkin x da masalah, esok lusa sapa tau. apa yang penting yakin pada 
Allah dan tawakal kepadaNya.

 [kredit]


sesibuk mana pun kita menghadap timbunan kerja serta ditimpa pelbagai masalah
jangan sesekali lupa pada Allah dan mengerjakan tuntutanNya = )

[kredit]

p/s: anda tidak mahu ada sebarang masalah, jadilah orang gila..