Thursday, May 17, 2012

lilin yang membakar diri

Assalammualaikum wbt,

* sepatutnya post entry ni semalam, tapi disebabkan masalah
 time management hehehe..terpaksa post hari ni. Sekian.*

hari ni 16 Mei, adalah hari guru sedunia = )
setelah hampir 5 tahun meninggalkan skola, slalu terlupa tarikh hari guru~~
tup tup..eh! hari ni hari guru ar!!
kelam kabut taip mesej kat cikgu skola dulu..
kalo kat skola dulu, sambutan hari guru memang meriah. kalah sukaneka tahunan skola
beli macam2 hadiah nak bagi kat guru feveret. mana cikgu yang penuh tangan dengan hadiah
sah cikgu feveret, kalo cikgu disiplin slalu sebelah tangan je ada hadiah, tue pun 1 je hadiah dia..hee
time ni ar nak tengok para pendidik ni menyanyi dengan penuh semangat depan murid2,
main rebut kerusi, etc..plus, time ni ar murid2 paling suka coz klas xda! Ops, kantoi.
hoiii, rindu ar plak time kanak kanak riang dolu2~~
time skola dulu memang suka bagi nickname kat cikgu..huahuahaua! = P
teringat kat cikgu kimia form 4 & 5 dulu. kitorang panggil Pn. King. besaq mandat cikgu ni.
bila dengar perkataan King, mesti terpikir, cikgu yang garang, muka macam nak makan orang..
kalo dia tanya soalan, mesti dia cakap cam ni:

Pn King: are u sure?
murid: sure. (peluh kecik)
Pn King: are u really sure?
murid: sure kot.. (peluh besar)
Pn King: are u thoroughly sure??
murid: *hanya mampu mengangguk sambil tersengih2 wat muka sekupang (berpeluh-peluh)

disebalik muka garang nak makan orang, Pn King @ nama sebenar Pn Raja Ursula,
sangat baik..kadang2 suka wat lawak dalam kelas, tapi aura hitam tetap ada..
dengan accent British yang sangat tebal..sumpah, aku rindu time kimia dulu.oohh
sepatutnya cikgu yang mengajar kimia klas kitorang adalah cikgu yang sangat
motherly.. Allahyarhamah Pn Hawa [perginya seorang guru]..Al-fatihah.
namun arwah sakit dan diganti oleh Pn King..

x kisah ar cam mana muka & gaya cikgu, ada yang garang, ada yang sangat motherly,
ada yang tegas, ada yang fashionista, dari hujung kepala ke hujung kaki warna sedondon
dan sebagainya..disebalik semua penampilan mereka, sebenarnya niat mereka
sangat murni iaitu ingin mendidik anak bangsa dari kosong x tau apa2,
kepada insan yang bijaksana dan berguna
x semua mampu menggalas tanggungjawab seorang guru yang semakin hari semakin berat
bersyukurlah, yang anda semua pernah dididik oleh insan yang dipanggil guru,ustazah,pensyarah..
kerana x semua orang mempunyai peluang seperti anda..
tanpa mereka, x mungkin kita berjaya seperti hari ini = )
mereka ibarat lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi kehidupan orang lain..
trimas 100x wat semua guru yang berpeluh2 mengajar diri ini tanpa penat dan lelah
jasa anda dikenang ke akhir hayat = )



Friday, May 11, 2012

sepotong kek dan secawan kopi

Assalammualaikum wbt,

kehidupan skang dah semakin busy dengan projek yang dah semakin ke kemuncaknya
sedangkan, projek baru di tahap permulaan~~
namun, masih punya ruang untuk bersuka ria dengan jayanya di petang hari..
pernah makan kat resepi rahsia?? eh, of cos ar..banyak kali kot makcik p makan!
waah! klas makcik! hew3x
kedai resepi rahsia yang sebelum ni penuh dengan kontroversi
dan dikatakan tidak halal telah membantutkan keinginanku untuk menikmati
kek yang dikatakan sangat sedap dan lembut..
1 lagi, aku takut nak masuk coz harganya pun mahal~~
tapi, petang tadi, masuk gak aku kat resepi rahsia dengan geng super saiyas
cik iino, cik sumiju dan cik ana dragon
setelah pasti logo halal JAKIM terpampang kat pintu masuk kedai..

'wahai manusia, makanlah apa yang ada dibumi, yang halal dan baik, dan janganlah
mengikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.' [21:68]




ahah! cik sumiju kelihatan di sudu..hee

nasib baik time kitorang datang, baru kul 5.30 pm = )
free a cup of tea or coffee for a slice of cake

chocolate strawberry yang masyukkk..

(kiri) chocolate indulgence,(kanan) pecan butterscotch
(kiri bawah) chocolate strawberry, (kanan bawah) chocolate fudge

ooooo yeah!!!
asal nak beli black forest, tapi kecik sket dari choc strawberry
x pe ar, next time ye~~

flat white coffee

licin




'Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki
yang halal dan baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya'
[5:88]


lupakan sebentar tentang masalah duniawi..
lepak santai bersama sepotong kek dan secawan kopi
bersama geng super saiyas di petang hari
memang sempoi abis...
asalnya nak take away je kek tu,last2 makan terus kat situ
memang gaya student lepas tension abis, sluar track dan sarung sweater je
dengan plastik mydin penuh 2-2 tangan borong barang dapuq
hari ni makan ala mat saleh, esok p terbang ke korea, 
lusa insyaAllah bergerak ke perak plak..hee jauh betol destinasi minggu ni = )

under 18 elite!
latest punya = )



Tuesday, May 1, 2012

Pendaflour light dinner

Assalammualaikum wbt

pernahkah anda melalui  saat-saat indah makan malam
bersama pancaran cahaya lilin?? aka candle light dinner..
sambil2 makan tahap sopan x ingat, didendangkan dengan alunan
muzik klasik inggeris dan alunan suara soprano frekuensi tertinggi.Wah!
aku pun pernah makan candle light dinner, time x da elektrik..
sayup2 didendangkan dengan suara cengkerik..peh! kool abis..
tapi kami disini bukanlah candle light dinner..
tapi pendaflour light dinner..walaweh.
didendangkan alunan muzik mozart laptop Cik Miraie
ditambah dengan alunan suara soprano frekuensi-leh-pecah-gegendang-telinga Cik Sumiju
ala2 kemuncak cinderella menari dengan putera sebelum kul 12 tengah malam


menu utama:
Ddukbokki
sejenis makanan korea
rice cake kata  Cik Sumiju (Chef utama)
tambah sket nugget daging(nugget beli 2=RM10) 
sayuq kangkung dan cili padi
= )
x susah nak buat..
beli perencah dia siap2 
then masak je ikut arahan..
dan siap!!

fuh, memang feeling abis makan dengan muzik ala2 kat ballroom
cinderella and putera..
masing2 peluh besaq mengalir dimuka..
dek penangan cili padi..
kool-sempoi-kenyang-Alhamdulillah!!!
x yah susah2 tahan perut x makan coz nak simpan duit p korea
p google,
p supermarket beli bahan,
masak dan makan..
entah2 lagi sedap dari rasa korea sebenar..kan?? mana tau..
sila2 ar mencuba = )