Friday, July 26, 2013

Ramadan's random #3

Assalammualaikum wbt..
salam 17 Ramadan. Salam Nuzul Al-Quran

"jauh perjalanan, luas pemandangan". semakin jauh kita berjalan,semakin banyak pengalaman dan cara kehidupan yang dapat kita lihat, enjoy dan untuk dimuhasabah. memang dari kecil lagi aku cukup suka kalo family nak p berjalan jauh. hee. terutama kalo nak balik raya umah tok kat kedah. dan aku suka bergerak waktu malam coz dapat tengok langit yang penuh dengan bintang. walauweh~ dan bila dah masuk skola menengah, aku teringin nak p berjalan ke luar negara. first, teringin nak main salji ori punya hehe. setakat main ketulan ais kat freezer..eheh~pastu teringin nak tengok lifestyle dorang camne. ada pasang niat nak further study kat oversea, tapi x da rezeki~~

'Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui' (Ar-Ruum:22)

dan bila dah boleh kata matang sikit, sikit je.eh. aku teringin nak menyambut Ramadan di oversea. bukan sebab mengelat x nak puasa time panas bahang kat Malaysia terchenta ni, bukan juga nak merasa berbuka dengan hidangan mat saleh. tapi aku teringin nak merasa menyambut Ramadan di negara yang majoriti
bukan beragama islam. apakah??

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Bukhari & Muslim)

sebab, aku teringin nak merasa Ramadan tanpa sebarang distractions atau gangguan yang sedikit sebanyak
semangat Ramadan tu terbabas ke longkang. eh. ok, kalo kat negara islam seperti Malaysia, Ramadan tu kadang2 dah macam adat je. take for granted.seminggu sebelum dan ketika puasa, tv dah pulun tayang iklan promosi raya kamdar ar, jakel ar, nagoya ar, tudung fareeda petik jari je leh tukar tudung, promosi harga ikan, ayam termurah berganda ar, hujan emas di sri pinang, hujan batu di negara sendiri. eheh~ semua promosi-yang-susah-dicerna-akal. banyak sangat promosi sampai x tau nak beli mana satu dan mood Ramadan tu dah melencong ke tepi highway sket. tu belum lagi rancangan masakan kat tv. kalo boleh setiap jam nak ada rancangan masakan. dan sekarang ni, lagu2 raya dah pun berkumandang di corong radio. ohoi~ memang eksiden terus
ok, sekarang cuba bayangkan Ramadan di oversea..lebih2 lagi negara majoriti bukan islam..mana ada tetibe radio mat saleh putar lagu dendang perantau P ramlee, tetibe rancangan ketuk2 Ramadan ganti Martha Stewart,tetibe plak mak cik Martha Stewart buat kuih samprit dan rendang tok..tah2 dorang x tau pun sekarang bulan Ramadan. so, gangguan2 tersebut dapat dielakkan dan in shaa Allah dapat fokus pada Ramadan. bazar Ramadan? x pernah plak tengok mat saleh2 ni berniaga macam kat pasar malam. so, aktiviti2 memborong kuih seri muka, pasemboq, murtabak daging,air tembikai laici memang dapat dielakkan.haa.. berdasarkan pengalaman sepupu aku sendiri yang dah merasai Ramadan di oversea, memang kalo tetibe tekak nak melantak kuih lopes, terpaksa wat sendiri. jadi, bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran, tapi dapat tingkatkan skill memasak lagi. walauweh~ dan selalunya masjid di oversea ni lebih hidup lebih2 lagi dah masuk malam2 terakhir Ramadan. mungkin kat oversea ni banyak imigran dari belah2 arab, pakistan..makin nak abis Ramadan, makin rancak dorang mengimarahkan masjid dengan tadarus, qiam.. dan di sini, semestinya malam di hidupkan dengan pertandingan mercun piala tok ketua kampung. dari pandangan aku, umat Islam tu bila menjadi minoriti, Islam tu lebih dirasai, di hargai dan
diamalkan/ dipraktiskan mengikut syariat yang sebenar2 syariat. bila majoriti, take for granted.

Ramadan tu bukan diertikan dengan bazar Ramadan
Ramadan tu bukan diertikan dengan rancangan masakan di tv
Ramadan tu bukan diertikan dengan sale di pasaraya
Ramadan tu bukan diertikan dengan lagu raya
Ramadan tu bukan diertikan dengan meriam buluh, mercun pop-pop
Ramadan tu masa tu reformat diri baik segi rohani dan fizikal
Ramadan tu bukan sekadar tahan lapar dahaga
tapi tahan nafsu syahwat dan pancaidera kerana Allah swt
Ramadan tu bulan penyucian dimana pintu syurga dibuka seluasnya
manakala pintu neraka ditutup serapatnya

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan." (HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

13 Ramadan je lagi yang tinggal. pejam-celik-pejam-celik dah lebih separuh Ramadan berlalu. ~lap peluh sebab x manfaatkan Ramadan dengan sepenuhnya lagi~sedih. kadang2 tewas dengan kemalasan. aiyoo~
harap2 ar impian aku ni jadi kenyataan satu hari nanti. Amin
eheh~
Wassalam. Aman.

Thursday, July 25, 2013

Ramadan's random #2

Assalammualaikum wbt,
Salam 15 Ramadan. ohhh, amal baru seciput~
layan "bring islam back" - Soldier of Allah

entah tetibe telinga ni gatal nak dengar radio lepas subuh tadi. tangan terus menekan
setiap frekuensi radio yang ada kat negara terchenta ni. heh. kot2 ar terdengar lagu
raya ke..ye la, sebelum ni pun, baru puasa seminggu dah sakan putar lagu raya kat radio.
tapi, x terserempak pun dengan mana2 lagu raya kat radio setakat ni ataupun, aku je
yang terdengar lagi coz dah lama x dengar radio. layan IKIM.fm ar pagi2 ni..
terkaku sebentar coz deeejay IKIM.fm pagi2 buta ni dah tanya soalan yang leh buat
orang tersedak kot. "agak2 kat masjid mana kita nak berterawih malam ni?" ohoi~
sedangkan kat radio2 lain sibuk mainkan iklan2 raya, ada yang siap bertanya juadah
apa nak dibeli untuk berbuka?~ norm, norma, normal di Malaysia.
standard ar bro! *pengsan~

Ibadah vs Adat

terbaca bahagian Wawancara dalam surat khabar minggu lepas. wawancara bersama
Mufti Kelantan. beliau menyatakan bahawa, puasa tu memang ibadah tetapi Rasulullah SAW
menyebut ada berapa ramai orang berpuasa tetapi hanya dapat lapar dan dahaga.
maknanya...bila berpuasa, dia x makan dan x minum , hanya lapar dan dahaga je dapat,
pahala..harap maaf, x dapat. beliau nyatakan lagi, bukan saja x makan, x minum x boleh
ada hubungan kelamin suami isteri tetapi satu pakej keseluruhan sebagai satu pakej:
  1. x mengumpat
  2. x berbohong
  3. sifat2 keji x dilakukan
  4. banyakkan sifat2 yang baik
sehingga dikatakan buat yang sunat pahalanya macam yang fardhu, buat yang fardhu
pahalanya.of coz ar berlipat3x kali ganda, agak2 tinggi dari everest. eh. oleh itu, dengan
amalkan satu pakej ni, In Shaa Allah, puasa bukan lagi adat tapi ibadah.*kenyit mata

nak mulut bau seharum kasturi?

kata beliau lagi..
dalam hadis ada menyatakan bau mulut orang yang berpuasa ni seharum kasturi. 
nak mulut wangi? nahh..banyakkan baca Al-Quran. kalam Allah itu wanginya. 
berapa juzuk dah baca?? *sambil bilang kat jari. banyakkan berzikir dan
selawat ke atas nabi. *mulut dok kumat kamit nyanyi lagu ape ntah. dan,
pergi terawih. itu yang dikatakan wangi secara simbolik. oooo..*berpeluh2~
tetapi kalo mulut terus mengumpat, mulut busuk sebenarnya. bulan Ramadan kena
tahan semua tu. itu barangkali falsafah di bulan Ramadan. 

sat je rasanya dah 1/3 Ramadan dah pergi.. dan dah masuk pertengahan Ramadan dah
haishh, amal x banyak lagi, kadang2 malas..apa nak jadi pun x tau~*hantuk kepala
syaitan kena ikat tapi 'malas' plak masuk ganti tempat syaitan..
ahh..kena lawan. fight! lagi 15 ari je tinggal..rugi kalo x amek kesempatan untuk
buat amal, kot2 tahun depan x jumpa dah Ramadan, x ke rugi yob??
lawan nafsu, lawan perasaan malas, ayuh beramal! yosh!!!

p/s: entry kali ni merujuk pe yang dikatakan oleh mufti Kelantan dan diolah semula
sesuka suki ati tuan blog tapi isi dia masih sama. semoga, sama2 kita dapat manfaat
In shaa Allah.

wassalam.Aman.

Monday, July 15, 2013

Ramadan's random#1

Assalammualikum wbt,
salam 6 Ramadan. Sat nya dah 6 ari berpuasa~~

"Hai, orang orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al Baqarah,2:183)

sambil layan 'A gift of life' oleh Talib al Habib
Alhamdulillah, setelah 4 tahum x berpeluang menyambut Ramadan pertama
bersama family, akhirnya..tahun ni diizinkan yuhhuuu~ tetibe rindu plak nak
berpuasa di kampus balik hehe..teringat sahur dulu hanya air kosong + biskut/roti
rajin ar sangat nak p masak nasi buat nasi goreng.heh~ jauh bezanya kalo x makan
sebab berpuasa dengan x makan tapi x puasa. even sahur air kosong ngan roti je
tapi boleh je jalan keliling kampus naik turun tangga. tapi, kalo x makan
tapi x puasa, cth, busy ngan projek memang muka dah macam
zombi + perut masuk angin~ lemau
hikmah berpuasa. Senyum.

"Dan bagi orang yang berpuasa ada 2 macam kegembiraan: Pertama ketika dia
berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan tuhannya"
(Sahih Muslim 1117)

kadang2 tu ada gak orang yang x berapa nak paham kenapa perlu berpuasa?
especially, non muslim ar kan. bagi aku, ada simple analogy yang make sense
untuk buat orang fikir dan paham. cth, laptop. once in a while, mesti nak kena
format. kenapa? performance dah slow sebab kita asyik sumbat macam2 benda,
dah install macam2 software sampai nak loading windows pun leh siap tumbuk
belacan dulu. eh. so, sama macam perut kita. selama 11 bulan sumbat macam2
makanan tolak kayu dan batu je, kena ar 'format' balik dengan berpuasa.
kajian dalam bidang perubatan pun membuktikan yang hampir semua penyakit
kritikal datangnya dari perut; yakni datang dari sumber makanan yang dimakan.
perhh, ayat ku..*angkat kening sebelah. ada paham??

"Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi"
(Sahih Muslim 1118)

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang melalui Ramadan, in shaa Allah sampai
ke ari last Ramadan. Bulan untuk buat bergunung2 amalan, untuk bekalan ke
'dunia' sana. ermm, banyak dah ke buat amal?? *garu kepala
well, misi Ramadan kali ni ada goals untuk dicapai.

  1. hafal surah Al-mulk. dah hafal sampai ayat 15.
  2. hafal surah2 lazim.
  3. amalan baca Al- Ma'thurat setiap ari

sedih pun ada bila tengok goals aku. nak hafal balik surah2 yang pernah dihafal
haih~ tu ar akibatnya kalo hafal hanya untuk dibaca depan ustazah n ustaz je
dan lulus bab hafalan. niat tu kalo dah salah, ini ar akibatnya.* tutup muka malu~
kena korek balik memori yang terselit kat celah2 lipatan cerebrum dan cerebellum.
baca Al- Ma'thurat plak adalah amalan yang pernah aku amalkan setiap ari dulu
pastu terhenti akibat buku Al- Ma'thurat kecik comel aku tetibe hilang. dan kini
dah ditemui semula. hehe. so, apa lagi? jadikan amalan setiap ari semula. Yosh!
Al- Ma'thurat adalah buku yang mengadungi zikir2 yang diamalkan
Nabi Muhammad SAW. elok sangat diamalkan setiap ari. ayuh, lawan nafsu malas tu.
ingat, Allah tengok Usaha bukan Natijah. Senyum lebar.

p/s: doakan untuk saudara seislam yang menderita, terkurung dan sedang 'berperang'
macam kat mesir sana nun, myanmar, palestin dan negara2 islam yang lain. semoga
Allah berikan keberkatan dan kasih sayang-Nya ke atas kita semua. In shaa Allah

Wassalam. Aman.

Tuesday, July 2, 2013

Big Time Momento

Assalammualaikum wbt,

tepat pukul 12 tengah malam semalam, tamat lah perkhidmatan aku sebagai pekerja
yang 'sangat' berdedikasi terhadap kedai rm2. Cik Ayien Swift pun turut meletak
jawatan demi meneruskan cita2 untuk menyambung pelajaran minggu depan. kini
tinggal Cik Nurul Vogue dan Cik Midah rock-jiwang-tangkap-leleh serta 2 ahli baru.
gumbira, sedih, rasa nak melompat kegembiraan, tetibe rasa berat hati nak resigned..
pehh, berbaur perasaan ni ececehh~~ banyak kenangan gila-gila xpernah dibuat orang..
lebih kurang 3 bulan 7 hari aku keje, tapi gaya kitorang ber-4 dah macam
bertahun-tahun kenal. Alhamdulillah, sekepala, sehati,sejiwa.

Skuad Pasar Malam versi gelabah eh?
ari tu, bertiga je bekerja, bersama Cik Ayien Swift dan Cik Nurul Vogue.
So, Cik Ayien Swift  ari tu x balik rehat, dan kebetulan ada pasar malam setiap
hari selasa. Aku temankan Cik Ayien Swift p pasar dan Cik Nurul Vogue jaga
kedai yang x  ada pelanggan sangat kalo weekdays.
nak dijadikan cerita, tetibe bos dan supervisor leh plak mencemar duli ke kedai.
Cik Nurul Vogue time tu dah nak putus urat kepala pikir nak bagi alasan pe kat bos.
aku dan Cik Ayien Swift plak dah kelam kabut beli satay sambil brainstorming
pasal alasan. Tulah bos agaknya, on the way balik leh plak sekor anjing hitam ni
ala2 nak ligan kitorang, fuh! tapi bos lagi menakutkan kot. tapi, Alhamdulillah, bos
tetap senyum macam x da pe2 kesalahan kitorang lakukan. hee~
tapi dalam hati dia sapa tau ek? layan~

Jalan Jalan Cari Makan
ber-5: Aku, Cik Nurul Vogue, Cik Ayien Swift, Cik Midah rock-jiwang-tangkap-leleh
dan Cik Aten gigi-putih. p melantak dengan sopan di Sabak Awor sempena pemergian
Cik Aten gigi-putih ke politeknik. memang betul2 melantak 5 lauk seafood + nasi.
p naik kete Cik Nurul Vogue, ala2 nak sesat gak, kecoh 1 kete. tapi best, big time!!

Lepak-Macam-Kedai-Sendiri
makan2 ala2 jamuan kat kedai tu aktiviti normal. siap buat fruit cocktail, makan asam
epal cicah sambal kicap..sudut tepi meja cashier tu penuh dengan makanan je, peace~

Bersenam Waktu Malam
main bola ala2 training bola jaring kat depan kedai. nasib baik time tu pelanggan x
da..so, leh relax main baling2 bola. kalo bos dan supervisor nampak memang masak~

Operasi Mee Bandung
Alhamdulillah, dapat gak masing2 lunaskan kempunan nak makan mee bandung.
first time sebenarnya aku makan mee bandung. hee~ real mee bandung ok!

Jadi Kaunselor x bertauliah
entah mandat mana tah aku dapat tetibe jadi kaunselor x bertauliah kat mereka
ber-3. masalah family, masalah study, Alhamdulillah, mana yang aku dapat bantu,
aku bantu. masalah cinta cintun pun dorang refer kat aku. aku yang x pernah
ada pengalaman dalam love matter pun perah otak kalo dorg mintak advice.
Dr love kah aku?? wahahaha..

banyak lagi aktiviti yang memang x leh diterima akal. macam2 karenah pelanggan,
dah kebal dengan bau badan orang Bangladesh, mulut penuh sireh orang Myanmar.
tapi x cukup nafas gak kalo dorang datang~huh, peluh besaq!!!
siap leh hafal pakcik ni dah 3 kali datang kedai, makcik ni seminggu turut2 beli belah
kat kedai. pelanggan pun dah kenal, kalo p mana2 ada yang tegur: 'tak keje ke ari ni?'
ada gak yang pandang macam nak tembus kalo terjumpa kat luar. nak je kata,
saya-bukan-alien-harap-maklum-terima-kasih.
Alhamdulillah, sesungguhnya aku gumbira ditemukan sahabat2 yang superb macam ni.
aku yakin, persahabatan ni terbina kerana Allah. sebab tu, dalam masa yang singkat je
dah rapat macam dah 10 tahun kenal. senyum~