Thursday, July 25, 2013

Ramadan's random #2

Assalammualaikum wbt,
Salam 15 Ramadan. ohhh, amal baru seciput~
layan "bring islam back" - Soldier of Allah

entah tetibe telinga ni gatal nak dengar radio lepas subuh tadi. tangan terus menekan
setiap frekuensi radio yang ada kat negara terchenta ni. heh. kot2 ar terdengar lagu
raya ke..ye la, sebelum ni pun, baru puasa seminggu dah sakan putar lagu raya kat radio.
tapi, x terserempak pun dengan mana2 lagu raya kat radio setakat ni ataupun, aku je
yang terdengar lagi coz dah lama x dengar radio. layan IKIM.fm ar pagi2 ni..
terkaku sebentar coz deeejay IKIM.fm pagi2 buta ni dah tanya soalan yang leh buat
orang tersedak kot. "agak2 kat masjid mana kita nak berterawih malam ni?" ohoi~
sedangkan kat radio2 lain sibuk mainkan iklan2 raya, ada yang siap bertanya juadah
apa nak dibeli untuk berbuka?~ norm, norma, normal di Malaysia.
standard ar bro! *pengsan~

Ibadah vs Adat

terbaca bahagian Wawancara dalam surat khabar minggu lepas. wawancara bersama
Mufti Kelantan. beliau menyatakan bahawa, puasa tu memang ibadah tetapi Rasulullah SAW
menyebut ada berapa ramai orang berpuasa tetapi hanya dapat lapar dan dahaga.
maknanya...bila berpuasa, dia x makan dan x minum , hanya lapar dan dahaga je dapat,
pahala..harap maaf, x dapat. beliau nyatakan lagi, bukan saja x makan, x minum x boleh
ada hubungan kelamin suami isteri tetapi satu pakej keseluruhan sebagai satu pakej:
  1. x mengumpat
  2. x berbohong
  3. sifat2 keji x dilakukan
  4. banyakkan sifat2 yang baik
sehingga dikatakan buat yang sunat pahalanya macam yang fardhu, buat yang fardhu
pahalanya.of coz ar berlipat3x kali ganda, agak2 tinggi dari everest. eh. oleh itu, dengan
amalkan satu pakej ni, In Shaa Allah, puasa bukan lagi adat tapi ibadah.*kenyit mata

nak mulut bau seharum kasturi?

kata beliau lagi..
dalam hadis ada menyatakan bau mulut orang yang berpuasa ni seharum kasturi. 
nak mulut wangi? nahh..banyakkan baca Al-Quran. kalam Allah itu wanginya. 
berapa juzuk dah baca?? *sambil bilang kat jari. banyakkan berzikir dan
selawat ke atas nabi. *mulut dok kumat kamit nyanyi lagu ape ntah. dan,
pergi terawih. itu yang dikatakan wangi secara simbolik. oooo..*berpeluh2~
tetapi kalo mulut terus mengumpat, mulut busuk sebenarnya. bulan Ramadan kena
tahan semua tu. itu barangkali falsafah di bulan Ramadan. 

sat je rasanya dah 1/3 Ramadan dah pergi.. dan dah masuk pertengahan Ramadan dah
haishh, amal x banyak lagi, kadang2 malas..apa nak jadi pun x tau~*hantuk kepala
syaitan kena ikat tapi 'malas' plak masuk ganti tempat syaitan..
ahh..kena lawan. fight! lagi 15 ari je tinggal..rugi kalo x amek kesempatan untuk
buat amal, kot2 tahun depan x jumpa dah Ramadan, x ke rugi yob??
lawan nafsu, lawan perasaan malas, ayuh beramal! yosh!!!

p/s: entry kali ni merujuk pe yang dikatakan oleh mufti Kelantan dan diolah semula
sesuka suki ati tuan blog tapi isi dia masih sama. semoga, sama2 kita dapat manfaat
In shaa Allah.

wassalam.Aman.

No comments:

Post a Comment

pandangan korang