Friday, November 28, 2014

Naik bas tu best tau?

Assalammualaikum wbt,

"kenapa keje jauh sangat?"
"kenapa x keje dekat dengan rumah?"
"Suka keje tempat jauh eh?"

kenapa? why? wae?
Soalan wajib yang pasti ditanya oleh orang sekeliling, sampaikan interviewer pun
tanya soalan yang sama =.=! Rasanya sudah cukup syarat kenapa aku perlu rakam
jawapan kepada soalan ini dan putarkan kepada mereka yang bertanya. ahaks!
Keluarga di selatan, keje di utara. Pelik sangatkah? Mungkin agak pelik bila
orangnya adalah perempuan. Perempuan selalunya cari keje dekat dengan keluarga..
tapi aku x. I'm not a typical girl. Ehem. Aku x kisah kalo dok jauh dari keluarga.
Pernah masa intership kat utara gak, 6 bulan praktikal, 6 bulan x jumpa keluarga.
Bukan kurang kasih sayang..alahaiii.. Melimpah limpah ruah aihh kasih sayang
sampai x tau nak simpan celah mana dah hehe. Aku jenis susah nak feeling homesick.
Jenis x manja. Aku lebih suka travel, nak rasa hidup berdikari. Dari sekolah lagi
teringin sangat2 nak masuk asrama. Macam cool je kan dok asrama. Haha.
Tengok kakak dok mrsm macam best je, balik rumah cerita macam2, dan pastinya
cerita seram yang jadi pilihan aku. Dasar kanak2 overdose kisah seram eheh~ Namun,
disebabkan kisah sedih x cukup makan kat asrama kakak yang berjaya menangkap
perhatian mak, maka, mak larang aku dari masuk mrsm dan sewaktu dengannya.
Katanya, biarlah x dok mrsm pun, asalkan ada depan mata mak dan cukup makan.
Terharu, tapi masa tu masa rebel kan, x rasa terharu langsung sebab frust menonggeng
dengan keputusan mak. Dasar kanak2 kuat rebel! Ok, tersasar sudah ke kisah silam
kanak2 rebina aku~ Mungkin dari kecik aku dah terbiasa travel. Almaklum ar,
kampung abah di selatan nun, mak pula di utara nun, kami tinggal di Shah Alam.
Elok2 tengah2 antara Johor dan Kedah. Kadang2 abah x cuti masa Aidilfitri,
kami adik beradik dan mak balik ke Kedah dengan bas, kalo nak jimat sket naik
KTM. So, bila sekarang ni, family dah pindah ke Johor nak travel naik bas
sorang2 bukan masalah bagi aku.
Tapi bila orang dengar dok kat Johor tapi keje kat Kedah, muka pelik bin ajaib tu
tetap ada. Aku x tau nak explain macam mana. Senyum je kadang2. Kakak pun keja
jauh dari rumah. Kami adik beradik x kisah dok jauh dari keluarga, sebab walaupun
jauh di mata dekat dihati..gituuu.. telefon kan adoo, kerap telefon mak abah, tanya
khabar. Terasa macam budak sekolah telefon mak abah cerita aktiviti ni aktiviti tu
hihi. Ni baru travel dalam negara. Impian aku nak p keje/travel kat obesi nun. haha.
Lagi jenuh ar aku nak jawab soalan cepu jongkong emas ni~
Aku x ingat surah apa dalam Al Quran tapi Allah ada berfirman menyuruh kita berjalan
ke serata dunia, saling mengenali satu sama lain dan mengambil pengajaran setiap
apa yang berlaku. Al Mulk mungkin? x ingat, short term memory~ohoii
Maka, jangan takut nak travel, jangan takut nak naik bas, sebab ada kawan takut
nak naik bas dan mak ayah dia x harap dia nak bas~ Beranikan diri, walaupun
takut gak nak p tempat orang.huhu.. P tengok tempat orang, cara dan budaya mereka.
Kadang 1 negara, tapi lain2 budaya, ye dak? Banyak benda boleh belajar,
grab sebanyak mungkin pengalaman. Tengah2 muda belia sihat segar bugar ni,
p ar travel. *Peace* X kisah ar anda jantina apa sekali pun..travel2..al maklum ar,
sekarang ni transgender dah semakin mendapat pengiktirafan. Pffttt!

p/s: kadang2 terasa penat gak dok jauh ni. Nak balik tu punya lama.
kalo drive 8 jam ++ weyh. haha. Rezeki dimana2. Allah knows best.

Wassalam.
Aman.

Wednesday, November 19, 2014

Tak boleh nak di-otakkan

Assalammualaikum wbt,

Lost~
keja menimbun tanpa rehat. Penat~
sudahnya, update blog. apakah? kui3x

sejak akhir2 ni banyak pula rancangan2 realiti tv kembali
memenuhi siaran tv. 3 minggu lepas p 'melancong' ke Bachok, klate
umah kak fiza (housemate). Umah dia ada Astro maka, kak fiza ni pun
salah seorang rakyat Malaysia yang layan Akademi Fantasia(AF).
Sungguh ku x sangka masih wujud lagi AF ni~ ingatkan dah lama dilupuskan.
Al maklum ar, x pernah ada piring putih/kelabu terpacak atas bumbung umah hihi
Pastu, ter-come across rancangan realiti tv juga, tapi para remaja pesertanya
kat tv9; Pop Crew. Baru2 ni tengah2 boring x tau nak buat apa ahad malam lepas,
tonton 1 lagi rancangan realiti tv yang dah lama x da, tapi muncul kembali dengan
kehadiran para 'lejen' katanya untuk mendidik bakat2 baru yang ada bakat tapi kosong.
Jangan ditanya kosong benda apa, aku pun x paham~eheh. Mentor Legend.
Beberapa hari yang lepas, ternampak iklan Bintang Kecil RTM.
Kanak2 kecik comey beradu atas pentas berbekalkan suara yang mantop. gituu..
What the heck?!!~~
Seriously, aku memang x boleh nak meng-otakkan semua benda ni!
Semua peringkat usia disediakan medan beradu suara.
Dari kanak2 belum akil baligh eheh, ke pakcik makcik err, pangkat tokwan pun ada
Bintang Emas Kilauan Emas. *rasa nak hantuk kepala kuat2 kat bantal. Ehh
Hampir terlupa pula pasal rancangan realiti lawak. Raja Lawak, Maharaja Lawak,
Liga Lawak Superstar, Puteri, Maharani, Khadam..sila nanges T_T
Cukup2 ar, banyak sangat dah lambakan rancangan realiti tv ni yang 'melahirkan'
lambakan artis segera yang tenggelam x timbul2 lepas selesai rancangan realiti
tersebut. Tolong ar wujudkan sebuah rancangan yang menjana minda,yang
mampu menyambungkan kembali neuron2 otak untuk kembali berfikir dan
berfikir di luar kotak sekaligus mengeluarkan idea2 yang bernas lagi bijaksana
bijaksini! Ahah!
Sungguh, walaupun x layan rancangan2 realiti tu, tapi tetap terasa penat,
menyampah, walaupun hanya menonton iklannya di tv~
Kadang2 terfikir, kita disini pecah kepala nak nyanyi lagu apa, nak buat
lawak apa, layan rancangan tv apa, etc..mereka yang dilanda musibah,
peperangan, penindasan, etc..apa khabar mereka? apa hiburan yang ada untuk mereka
tonton? T_T

Semoga Allah melindungi Masjid Al-Aqsa dari kaki2 kotor Zionis
dan semoga saudara Islam diseluruh dunia kekal kuat dan bersabar..

p/s: luahan perasaan semata mata, mohon tiada yang terasa :D

Wassalam.
Aman.

Tuesday, November 4, 2014

Hoihhhh~

Hoih, lamanya x update

Hoih, banyak idea tapi 1 pun x jalan

Hoih, malasnya nak update

Hoih, sila nanges T_T

Pernah rasa nak deactivate je blog ni, tapi rasa sayang plak kot2 idea
datang menjelma dengan harapan dapat kongsikan benda2 baik dengan
orang diluar sana.
Ada ke pembaca blog ni? Kalo ada, sila say yeah!! krik..krik..krik..
ehehehe =.=!!
Mohon didatangkan sifat kerajinan yang membuak2 dan idea yang mencurah2
moga2 dapat dikongsikan kebaikan dan manfaat bersama. Mohon!


p.s: Harapnya x terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah. 

Aman.
Wassalam.

Saturday, August 30, 2014

Suasana yang tidak epik lagi

Assalammualaikum wbt,

Sayonara Syawal, Ahlan wa sahlan Zulkaedah

Tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh!
mengimbau kembali kenangan menyanyi lagu patriotik
di sekolah dahulu kala..Masuk bulan 8 je, sekolah akan bagi lirik lagu2 patriotik
untuk dihafal. Tiap2 perhimpunan pagi kena nyanyi sampai bergegar 1 sekolah
dengan semangat patriotik~eheh
Pastu, setiap sorang akan dapat mini jalur gemilang siap dengan pelekat kat tapak
tiang tu. Ada yang lekat kat handle basikal, tempat duduk basikal, kereta abah hihi
Jalan raya pun penuh dengan kenderaan yang mengibarkan jalur gemilang. Semangat!
Tapi tu semua zaman aku sekolah dulu..x da ar lama sangat aku tinggalkan alam
persekolahan. X sampai 10 tahun lagi, tapi dah x dapat alami keadaan dan perasaan tu.
Sejak kebelakangan ni, sangat jarang nak tengok kenderaan yang mengibarkan jalur
gemilang. Ada ar 1,2 berbanding dulu. Kalo dulu, rumah2 pun pakat pacak tiang kayu
kibarkan jalur gemilang kat bumbung. Tv pun berebut2 nak tayangkan filem Sarjan
Hassan, Bukit Kepong dan sebagainya. Mungkin tahun ni, negara alami 2 tragedi yang
menyayat hati, maka semua sambutan perayaan dan merdeka diadakan secara
sederhana. Aku x pasti kalo sekolah masih lagi distribute bendera kecik comel tu
kepada para pelajar dan guru. Aktiviti nyanyi lagu patriotik tiap pagi tu mungkin
masih diadakan kot. Tapi, perasaan merdeka dulu dan sekarang sangat lain..x terasa
sangat bahang kehangatannya. eh. Baru2 ni pun rakan2 yang bekerja kat KL, dapat
jemputan untuk menjayakan 'Selfie' merdeka yang terbesar untuk masuk Guinness
World Records. What the heck?? huh. Terkesima. Terpempan. Speechless.
X da benda lain yang lebih bermanfaat ke nak di buat~ omaiiii
Semangat merdeka tu makin kurang dirasai. Sejak habis persekolahan, semangat tu
makin kurang disemai. Really miss those memories. Nyanyi 3-5 lagu patriotik setiap
perhimpunan pagi sambil kibar bendera kecik, pertandingan hias kelas sempena
merdeka, sekolah dan jalan raya penuh dengan jalur gemilang. Epik! Maka,
akhirnya, diri sendiri perlu menyemaikan semangat tu walau di mana pun berada.
x gitu? Dimana kita berpijak, disitu langit dijunjung.

Selamat Hari Medeka Malaysia ke- 57.
Semoga Merdeka bukan sahaja dari penjajahan yang fizikal
malah merdeka dari penjajahan mental dan rohani. Senyum

Wassalam. Aman.
Palestin pun dah 'merdeka' dari israel melalui gencatan senjata.
Moga mereka mencapai kemerdekaan yang sepenuhnya. InshaAllah.

Wednesday, August 13, 2014

Seni itu ada nilai

Assalammualaikum wbt,
Salam Syawal ke 17

eh, dah 17 hari dah Syawal. Bermaksud dah setengah bulan dah ropanya~
cepat sangat deh berlalu masa. Semalam selamat sampai dari rumahku sorgaku.
Rasa x puas bercuti di rumah, semenjak dah bekerja ni. Semalam dalam bas
macam2 penumpang ada; Timur Tengah, Myanmar..1 Malaysia lagi
(melayu, cina, india)
Dah petang2 tu, driver bas pasang filem P.Ramlee; Seniman Bujang Lapok.
Tertarik aku pada seorang pakcik berbangsa cina yang sebelum filem dipasang
gaya macam nak tido tersengguk2, tapi bila filem dah main, dia bangun menghayati
filem Seniman Bujang Lapok. Apa yang peliknya?? Err..bukan pelik tapi ada rasa
terharu..gitu.. Ok. Aku sangat jarang tengok bangsa lain layan filem melayu terutama
orang muda. Mungkin juga filem P.Ramlee tu sama zaman dengan pakcik berbangsa
cina tu. Aku lebih banyak perhatikan pakcik tu haha. Gelak bukan main pakcik
tu weyhh..Aku sendiri pun pada asalnya nak menikmati panorama luar sambil layan
lagu pun x leh tahan dari tonton balik filem tu. Walaupun dah tau jalan cerita, dah tau
setiap scene,dah hafal semua dialog, punnn masih nak tonton sambil gelak pada
scene lawak yg sama sambil makan biskut mazola dan tat nenas mak bekalkan. Eh.
Sungguhlah, hampir semua filem P.Ramlee x ditelan zaman, x lapuk dek hujan.
Berpujangga sat. X jemu wa cakap sama lu. Pakcik back seat pun gelak sakan
tonton filem tu. Filem berkualiti, penuh dengan pengajaran..x mcm filem sekarang,
x leh tonton banyak kali, jemu dah. Heroin wajib ada! Eh. Cintan cintun, adegan
romantikus bagai. Kadang2 tu sampai rasa dah x da idea lain ke depa ni~
Lagipun gua bukan kaki wayang, maka, x update-to-date sangat dengan filem
terbaru. Setakat tengok iklan kat tv tu je ar hihi
Aku yakin ramai je para pengarah filem/drama yang bijak dan mampu
menghasilkan filem/drama yang bermutu tinggi malah mungkin boleh
menandingi hasil karyawan ulung negara Allahyarham P.Ramlee. Senyum.

Wassalam.Aman.

p/s: Itu cuma luahan hati ambo yang  xtau gapo2 pasal seni filem dan sebagainya.
Buta seni kah? Atau buta kayu kah bak kata Pendekar Mustar. Eh. 

Friday, July 25, 2014

Ramadhan's Random2014#8: 35 tahun sekali..

Assalammualaikum wbt,
Salam Ramadhan ke-27

35 tahun sekali terjadi dimana:


  • 27 Ramadhan
  • Malam Ganjil
  • Malam Jumaat Penghulu segala hari
  • Jumaat terakhir Ramadhan kali ini
  • Pukul 3 pagi(+-) bulan mengelilingi kaabah


Tazkirah di pertengahan tarawih tadi. Subhanallah.
Ada ulama mengatakan malam ini bakal menjadi malam
yang dinantikan seluruh umat Islam, malam Lailatulqadar.
Ramadhan kali ni pun berbeza dengan Ramadhan yang lepas.
Makmum masih ramai walaupun mengikut norma masyarakat Islam
Malaysia, malam2 terakhir ni ramai 'beriktikaf' di masjid india. eh.
Petanda kita di akhir2 zaman, kata ustaz. Wallahualam.
Maka, mari sama2 menghidupkan malam2 terakhir Ramadhan..
mana tau Ramadhan kali adalah Ramadhan terakhir kita~~*nanges

Wassalam.Aman.
Doakan Gaza. Semoga kemenangan milik kita!

Thursday, July 17, 2014

Ramadhan's Random2014#7 : Hoodies Al Qassam

Assalammualaikum wbt,
Salam Ramadhan ke-20.

Check this out!


Terserempak dengan website ni kat FB tadi.
Hasil jualan akan digunakan untuk pendidikan para refugees Palestin dan Syria disini.
Amat terhad. Mula2 nak order tadi, semua saiz sold out kecuali saiz S =.=!
Sepantas kilat emel kat depa ni, tanya ada stock lagi ke..
Depa dah update stock, tetapi stock amat terhad.
Maka, sapa cepat, beliau dapat..
InshaAllah, kita dapat hoodies, para refugees pun dapat manfaatnya.
Membeli belah pun dapat pahala beramal..kann..*Senyum
Kalo stock dah habis, mohon jangan salahkan saya. eh.

Wassalam.Aman.
#PrayforGaza-Syria-Rohingya-seluruh umat islam

Monday, July 14, 2014

Ramadhan's Random2014#6

Assalammualaiku wbt,
Salam Ramadhan ke 16
"Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran 
dan mengajarnya kepada orang lain”.( Hadith Riwayat Bukhari )
Bukan mudah nak mengajar orang tua baca Al-Quran
Perlukan kesabaran yang tinggi..kadang2 tu terkeluar gak peluh jantan
Sejak minggu lepas, aku diangkat jadi tok guru mengaji tok
Tolong ajar tok baca Al Mulk. Alhamdulillah tok bukannya x reti baca langsung,
tok boleh je baca cuma kena check sebutan takut sebut jadi kot lain hihi
Nasib baik juga aku dah hafal Al Mulk, maka boleh ar aku betulkan
bacaan tok sambil buat keja lain sebagai contoh ketika menonton tv. eh
Tetibe terasa betapa beruntungnya tok, dapat 2 pahala bagi setiap ayat
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut 
ayatnya ia mendapat dua pahala”. 
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )

Saja challenge tok hafal Al Mulk, tok kata baca pun x lancaq nak hafal
lagu mana? wahahaha..tok cepat belajar, sat je rasa dah boleh lancar
Tok kata kalo belajar masa muda belia, hati terang..
Ni dah tua, hati x berapa nak terang dah.. X pa tok, Allah x tengok natijah,
Allah tengok usaha *Senyum suci

Wassalam.Aman.

#Pray for Gaza, Syria, Rohingya dan seluruh umat Islam di dunia
Moga kuat menghadapi segala dugaan ketika bulan Ramadhan ini,
moga rahmat Allah meliputi semuanya. Amin



Saturday, July 12, 2014

Ramadhan's Random2014#5

Assalammualaikum wbt,
Salam Ramadhan ke-14.



Buat kesekian kalinya Gaza diserang oleh laknatullah zionist.
Like I was thrown back to year of 2008, setiap hari berita Gaza di media massa.
10 Ramadhan. Tanggal bermulanya serangan zionist keatas Gaza.
Apa diorang ingat bulan Ramadhan ni umat Islam lemah sebab x makan minum ke?
Kalo umat islam di negara selain Palestin ye ar kot x larat nak berperang time
Ramadhan, tapi ini adalah Palestin. Bukan calang2 rakyatnya. Disekat segala
akses pun masih mampu meneruskan kehidupan walaupun payah.
Siapa x kenal Briged Al Qassam..mampu cipta roket sendiri yang boleh
pergi sejauh Haifa, bandar paling utara di Israel(negara haram). Ada skuad amfibia
lagi sampai Israel kelam kabut dengan pelbagai serangan roket dan trauma akibat
bunyi siren kecemasan. *mata pandang ke atas tangan dibahu
Ya! Kalau kamu sabar dan memelihara diri, sedang mereka datang kepadamu (menyerang) dengan cepatnya, Tuhan akan membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang akan membinasakan QS. Ali ‘Imran : 125)
Moh kita tembak bnyak2 doa kepada saudara seIslam kita di Gaza, Syria,
Rohingya dan di seluruh dunia, moga kuat menghadapi segala dugaan dan cabaran.
Sesungguhnya, Allah bersama orang2 yang bersabar.

Wassalam. Aman.

Tuesday, July 8, 2014

Ramadan's Random2014#4

Assalammualaikum wbt,
Salam Ramadan ke-10.

Abu Hurayrah reported that the Prophet
 (peace and blessings be upon him) said,
Whoever observes fasts during the month of Ramadan out of 
sincere faith, and hoping to attain Allah's rewards, then all his 
past sins will be forgiven. (Al-Bukhari and Muslim)

Seperti biasa aktiviti setiap malam - masjid hopping
Ke masjid utama di pekan destinasi kali ni
Antara ramai2 jemaah ternampak seorang nenek bongkok tiga badan dia
'eh, tengah rukuk ke nenek ni?' Mungkin tengah solat sunat.
Lama aku tenung, masih diposisi yang sama nenek ni berdiri
Tetiba, teringat kata2 tok minggu lepas..

'sebaiknya tengah muda la buat segala amalan puas2, badan pun tengah sihat..'

Sentap juga rasa * mata pandang kot lain
Tabik spring kat nenek tu, walaupun badan bongkok tiga, tapi masih
mampu buat tarawih 20 rakaat. MashaAllah.

Wassalam.Aman.
-PrayForGaza-Syria-Rohingya-Seluruh umat islam-

Friday, July 4, 2014

Ramadan's Random2014#3

Assalammualaikum wbt,
Salam Ramadhan ke-6

"Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh 
keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, 
nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."    
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bila bahu bersentuhan bahu
Bila lengan bersentuhan lengan ketika qiam
Ada rasa kemanisan
Ada rasa kasih sayang
Ada rasa keseronokan
Bila nak duduk tahayatul akhir, masing2 akan duduk dengan berhati2,
takut terduduk atas orang lain. Ada yang terpaksa duduk seperti duduk
antara 2 sujud sebab saf agak padat.
Ada rasa bertolak ansur
Ada rasa saling dihormati
Muda hormati yang tua, tua hormati yang muda
Tak kenal pun boleh senyum macam dah kenal 10 tahun
salam siap boleh laga2 pipi
Ada rasa tali persaudaraan yang kuat, bukan pada darah, daging tapi agama
Bukan selalu nak solat berjemaah terutama orang perempuan
Kalo solat jemaah pun sesama sahabat
Tapi kali ni, lebih terasa sikit kemanisannya
Masjid Hopping(solat isya' dan tarawih kat masjid  berbeza setiap malam),
maka, dapat ar berterawih dengan jemaah lain setiap malam..
Itulah kelebihan bulan Ramadhan =)

Wassalam.Aman.

p/s: Doakan GAZA T_T


Wednesday, July 2, 2014

Ramadan's Random2014#2

Assalammualaikum wbt,
Salam Ramadan ke-4.

'Abu Sa`id Al-Khudri (May Allah be pleased with him) reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said,Anyone who fasts for one day for Allah's sake, Allah will keep his face away from the Hellfire for (a distance covered by a journey of) seventy years.' (Al-Bukhari and Muslim)

Sementara tunggu abah mai jemput kat stesen bas, aku cuci mata dengan
gelagat warga muar di tengah2 bandar raya. Pukul 7 pagi. Meriah. Macam
dah tengah hari. Kereta penuh kat jalan. Maklum ar sehari sebelum puasa,
pasar borong penuh kalah tesco buat sale. Persedian menyambut Ramadan.
Kedai2 makan penuh orang bersarapan. Sate pun dah berasap pagi2. Kat sini,
sarapan sate tu normal. Warga asing pun ramai. Naik basikal ramai2. Nostalgia rasa.
Dah lama x naik basikal dengan kawan2. Kalo dulu, basikal still jadi pengngkutan
yang popular, sekarang x lagi. Warga asing je naik basikal, warga tempatan, kalo
naik basikal orang ingat x mampu nak beli motor, malu. pftt. Sekarang tengok
budak2 sekolah pun semua naik motor, susah nak jumpa naik basikal. I miss that time!
Naik basikal p sekolah ramai2, p tusyen malam balik kena kacau dengan pakcik
berlakon jadi 'pocong', jatuh basikal, tayar pancit, gigih p sekolah dikala hujan lebat
dengan basikal, kawan eksiden dengan kereta dan basikal dia jadi tugu statistik
eksiden depan sekolah, kalo nak cerita kat sini boleh terbit 1 buku ni hehe.
Rasa nak tumpang Doraemon masuk terowong masa patah balik ke zaman
kanak2 rebina dulu. I wish.
Disebabkan naik bas, maka inche Nikon x dibawa bersama, kalo x dah banyak
gambar aku snap. Dah ar bandar Muar tu bangunan lama2, ada orang naik basikal
lagi..pehh..nostalgic! Alhamdulillah, dapat sambut Ramadan dengan keluarga,
masih bernyawa di Ramadan kali ini, moga kuat untuk menghadapi segala cabaran
disebabkan para setan tengah 'rehat', ini kalilah nak buat amalan banyak2 tanpa gangguan
yang maha dahsyat. eh.

Wassalam.Aman.

Ramadan's Random2014#1

Assalammualaikum wbt,
Salam Ramadan ke-4

'Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said:When Ramadan enters, the gates of Paradise are opened, the gates of Hellfire are closed and the devils are chained.' (Al-Bukhari and Muslim)

Sat je rasa dah ramadan ke 4 hari ni. Selamat kembali ke pangkuan ofis
terchenta *batuk kecil. 4 hari pulang ke pangkuan keluarga menyambut
ramadan bersama..sungguh x puas, rasa nak apply cuti tambah~ Kali ni balik
ke Muar naik bas bersama kakak, malas katanya nak drive. Naik di Sungai Petani,
bas asalnya pukul 10.30pm, alih2 bas yang sepatutnya rosak dan ditukarkan ke
bas ganti kul 11pm. Tunggu punya tunggu, nasib x tumbuh janggut je lagi, dekat2
pukul 1 pagi baru bas sampai.adess, sabo je ar~ Dugaan sungguh. Ketika nak naik
bas pun ada dugaan lagi. Brother kaunter bas yang kata nak adjust seat untuk kami
pula menghilangkan diri tanpa jejak. Nasib ada seat kosong kat belakang driver, alhamdulillah.
Kemudian bermula lah perjalanan yang melegakan~
Teringat ketika kakak p tanya kat driver bas pasal seat kami, kemudian aku lalu
dari tepi bas dengan hasrat nak join sekaki perbincangan tersebut. Sekilas pakcik tu
pandang kat aku, terus dia pandang kakak sambil muka teruja tanya
kami 'kembar eh'? aku dengan jahatnya, angguk. hehe. masa nak balik SP pun,
pakcik driver bas dengan muka teruja dan menakjubkan tengok kat kami sambil
interviu belajar lagi ke? dua dua rabun? sambil tangan menggayakan cermin mata
di muka. OK. Soalan kedua obvious sangat kot pakcik..haiih~ ni sah ingat kami
kembar ni. Kalo nampak seorang makhluk Allah tu pandang kami dengan teruja
dan menakjubkan, x lain x bukan ialah ingat kami ni kembar. Sungguh ar, fenomena
kembar ni adalah 1 fenomena yang sangat jarang n menakjubkan di Malaysia.
Syok jugak kadang2 tu bila orang tanya kembar, p angguk mengiayakan *senyum keji.
Random sangat eh rasa post kali ni hee..

p/s: Kami bukan kembar, beza 4 tahun. Harap maklum.

Wassalam.Aman.

Monday, June 23, 2014

Part 7:Mari selongkar...sunnah Rasulullah

Assalammualaikum wbt,
Maaf, part 7 ni tergendala agak lama =.=!
baru perasan dah lama part ni terperap dalam draft.
Moga, sama2 kita dapat mengamalkan sunnah Rasulullah. Senyum.

                                                ***

Sunnah Memberi Salam

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda :
 “Manusia yang terdekat dengan Allah S.W.T ialah mereka yang memulakan memberi salam.” (Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w pernah ditanya apakah amakan yang terbaik dalam Islam.
Baginda bersabda :
“Memberi makan kepada yang lapar dan memberi salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak kamu kenali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Imran Ibn Hussain meriwayatkan dari hadith yang disusun oleh Abu Daud
dan At Tirmidzi:
Pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu mengucapkan kepadanya ‘Assalaamu’alaikum’. Salamnya dijawab dan ia pun duduk, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sepuluh’. Sebentar kemudian, datang pula lelaki lain kepadanya lalu mengucapkan, ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaah’. Rasulullah SAW menjawab salamnya itu sementara ia duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Dua puluh’. Akhirnya, datang seorang lelaki sambil mengucapkan ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh’, lalu Rasullullah SAW menjawab salamnya, maka ia pun duduk. Rasulullah SAW bersabda: ‘Tiga puluh kebajikan (pahala). (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan
salam, dan diberkati Allah SWT.Senyum.Aman.

p/s: Kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas.

Dikesempatan ini (sementara rajin mengupdate blog) elok lah
rasanya saya mengucapkan Ahlan wasahlan ya Ramadan!
Semoga dapat menjalani ibadah puasa minggu depan dengan bersungguh2 
& kutip pahala yang berganda2..InshaAllah.

Monday, March 31, 2014

Malas, sila pi jauh jauh!

Assalammualaikum wbt,

Pernahkah anda rasa malas nak hadirkan diri ke kelas? kelas masa study dulu ke,
kelas masakan ke, kelas jahitan ke dan sewaktu dengannya.
op kos pernah! Tipu ar sapa yang kata x pernah timbul hatta sekelumit
perasaan malas nak ke kelas walaupun anda dicop sebagai pelajar paling
skema tahap gaban.eh.
Alhamdulillah, dah hampir 4 bulan aku join kelas tajwid dan hampir 3 bulan ke kelas
bahasa arab. Kedua dua kelas ni bukan ar asing bagi aku sebab dulu dah belajar
ketika sekolah rendah.err,lama juga tinggal. Bahasa arab tu semestinya sudah
banyak aku lupa hehe. Tapi tajwid x pernah lupa sebab selalu dok mengaji Al Quran
cuma bila tanya nama hukum err..lupa.*sambil garu kepala haha.
Makanya, sekarang ni adalah sesi ulangkaji. Kadangkala rasa malas sangat menebal,
mata ni rasa berat je nak buka, badan tetiba jadi lesu. Nampak tak permainan
syaitan di situ? haih~ Tapi aku dah jumpa penawarnya. Bila baca je hadith ni,
rasa malas tu terus lari laju laju menghilangkan diri. Agak hiperbola di sini.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

"Tidaklah suatu kaum itu berkumpul dalam sebuah rumah Allah di mana mereka membaca Kitab Allah dan belajar bersama antara mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan menyebutkan namanya di hadapanpara makhluk yang ada disisiNya"(Sahih Bukhari)

Hilang tak perasaan malas tu bila nak buka baca Al Quran?
Hilang tak perasaan malas tu bila nak ke masjid untuk bertadarus?
Hilang tak perasaan malas tu bila nak ke kelas tajwid+mengaji?
Hilang kannnn..dah kata dah. *Senyum sambil buat tanda 'peace'

Nama anda akan disebut Allah di hadapan para makhluk di hadapanNya.walauweh.
Ala2, nama anda disebut oleh bos dihadapan Ceo dan barisan tertinggi syarikat
untuk direkemen naik pangkat. op kos bangga kan? hihi

Satu lagi ayat yang menaikkan semangat nak menguasai pelbagai ilmu ni adalah
ayat dari tokoh Islam terkemuka yang menguasai pelbagai cabang ilmu, Ibnu Sina;
"waktu muda adalah waktu yang sangat singkat untuk menguasai            pelbagai cabang ilmu"
No wonder Ibnu Sina dapat menguasai pelbagai ilmu dalam usia yang muda.
Maka, gunakan waktu muda ni untuk belajar sebanyak mana ilmu dan amalkan.
InshaAllah.

Wassalam.Aman. 

MH370 Mesir529

Assalammualaikum wbt,

-MH370 Mesir529-

Mohon diberi kekuatan kepada semua keluarga mangsa dan krew kapal terbang MH370
serta keluarga mangsa 529 ahli Ikhwanul Muslimin atas ketidakadilan yang menimpa
mereka. Musibah pertama, MH370 yang mengejutkan dunia terutama rakyat Malaysia
dan rakyat China. Hilang pada 8 mac lalu dan sampai ke saat ini masih x tau apa yang
berlaku sebenarnya ke atas MH370. Sesungguhnya, daripadaNya kita datang kepadaNya
kita kembali. Semoga pencarian kotak hitam dipermudahkan prosesnya. Yakin setiap
yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Hilang sesuatu yang kita sayang, pasti Allah
akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. InshaAllah. Senyum. Musibah kedua,
Mesir 529 orang ahli Ikhwanul Muslimin yang menyokong Dr Morsi dihukum mati
oleh so-called kerajaan Mesir. Dengar berita terbaru 2 orang lagi dihukum mati gak.
Allah..Allah.
Musibah kedua ni lebih meruntun hati aku, terkejut. baru je lepas PM umumkan
MH370 berakhir di Lautan Hindi, pastu buka fb, terbaca plak berita tentang
Mesir ni..speechless. Aku yakin mereka berada si pihak yang benar. Wajah2 mereka
yang dihukum mati tu langsung x sedih malah tersenyum gembira macam baru terlepas
hukuman mati. Mantap! Aku cuba letakkan diri aku kat tempat mereka, mau terjelepuk
kat lantai macam kain buruk kot kalo dijatuhi hukuman mati. Pengsan~
Dan hari ni, update terbaru tentang perhimpunan membantah hukuman mati di Mesir,
ada yang pecah kepala, terburai perut sampai terkeluar usus..syahid. Terasa diri
sangat useless. Sungguh. Dah lama terpikir tentang keadaan umat Islam di seluruh
dunia yang tertindas, ethnic cleansing, macam2 lagi, tapi x da apa yang aku mampu
tolong. Doa. yup, doa je yang mampu aku lakukan. Sesungguhnya, doa itu senjata
umat Islam. Aku tau aku x seberani mereka lagi untuk berjuang di tengah2 peperangan
dan bersedia untuk mati, tapi aku berharap 1 hari nanti aku mampu jadi seperti mereka
dan syahid di jalanNya. InshaAllah.

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) 
pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup 
(secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki
~Surah Ali 'Imran ayat 169
Wassalam. Aman.
 

Saturday, January 18, 2014

Part 6: Mari selongkar...sunnah Rasulullah

Assalammualaikum wbt,

saya yakin ramai yang diluar sana nun tau akan sunnah Rasulullah yang 1 ni.
Solat Dhuha. untuk murah rezeki. senyum sampai telinga.

                                                  *****

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku."
 [al-zariyat: 56]
Allah S.W.T. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya.
Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah
Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai
tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.
Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia,
Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga
pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar
penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang
dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada
saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira
jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat
di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan
sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w.
menjelaskan:
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas
sinarnya."
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat
tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang.
[Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi]
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat
itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga
sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah
Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan
perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini
hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah
hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

Kelebihan
Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t..
Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.
Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri.
Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan
amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat
dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.
Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
"Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah.
Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan
tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar
adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."

 [HR : Muslim]
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan
lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru,
dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah,
simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini adalah :
1)      Sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna.
Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.

2)      Sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat
(baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga
lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.

3)      Pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya
dalam bentuk yang konsisten.

Hal ini diterangkan oleh Aishah:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya.
Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka." 

[HR : Muslim]
Bilangan rakaat
Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja
dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat
sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat
(dilakukan secara dua kali salam).
Ini bersandarkan hadis Aishah menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak
empat rakaat.
Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud:
"Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani." 
[HR: Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih]
Ada riwayat lain menyatakan solat Dhuha berjumlah enam rakaat (tiga kali salam)
seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. [HR: Imam al-Tabarani]
Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak."
[HR : al-Tirmizi]
Ayuh, marilah sama-sama kita tunaikan solat sunat Dhuha  yang sangat di tuntut dalam agama kita ini, mudah-mudahan amal yang buat berterusan ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya.


Wassalam.Aman.
p/s: Kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas

Part 5: Mari selongkar...sunnah Rasulullah

Assalammualaikum wbt,
selamat bercuti panjang minggu ni dengan girangnya. hehe. ditambah pula
hari isnin depan 20 januari cuti ganti bagi ulangtahun keputeraan Sultan Kedah
Heaven.
mari teruskan sunnah Rasulullah yang seterusnya. yukk!

                                                   *****

Adab Adab Terhadap Makanan: Larangan Mencela Makanan


"Nabi Muhammad S.A.W Tidak Pernah Mencela Makanan, Apabila Baginda Suka, Baginda Makan Makanan Itu Dan Apabila Baginda Tidak Suka Baginda Meninggalkannya."
(H.R. BUKHARI & MUSLIM)

Penerangan Hadis

Imam Al-Nawawi berkata :
Inilah adab terhadap makanan yang dianjurkan oleh Islam. Antara perkataan yang sering diucapkan terhadap makanan  yang tidak disukai seperti ‘masin, tawar,masam dan sebagainya’. Sekiranya kita tidak suka makanan tersebut adalah lebih baik kita meninggalkan makanan tersebut dan tidak mencela makanan  itu. Tetapi hadis ini tidak termasuk dengan keadaan dimana Rasulullah tidak memakan dhab.

Ibnu Hajar pula berkata :

Hadis membawa maksud makanan yang mubah(harus), adapun jika makanan yang haram maka baginda akan mencela dan melarang untuk makan makanan tersebut.


Menjilat Sisa Makanan Dijari Sebelum Dicuci Dan Dibersihkan

"Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W Pernah Bersabda “Apabila Salah Seorang Dari Kamu Selesai Makan, Maka Janganlah Kamu Membasuh Tangan Sebelum Kamu Jilat Jari-Jari Sendiri Atau Menyuruh Orang Lain(Daripada Kalangan Orang Kamu Cintai Dan Tidak Merasa Jijik Dengan Kamu)Untuk Menjilat Jari Tersebut."
(H.R.BUKHARI,MUSLIM & IBNU MAJAH)

"Daripada Ka’ab Bin Mas’ud, Rasulullah S.A.W Makan Menggunakan Tiga Jari, Lalu Baginda Menjilat Jari-Jarinya Sebelum Membersihkannya."
 (H.R.MUSLIM & ABU DAWUD)

Penerangan Hadis:

Al-Hafiz Ibnu Hajar Rahimahullah menyebutkan dalam kitab Fathul Baari
“Hadis ini membantah orang-orang yang tidak suka menjilat jari dengan alasan dikatakan perbuatan ini jijik.tetapi maksud jijik yang sebenar ialah selepas kita jilat jari-jari tersebut kemudian sambung semula makan dengan jari yang telah terkena air liur tadi. dengan perbuatan ini sudah tentu akan meyebabkan orang lain berasa jijik”

Ibnu ‘utsaimin juga menjelaskan dalam kitab Syarah Riyadhus Salihin

“ Dalam hadis ini terkandung beberapa kebaikkan berdasarkan kajian ahli-ahli perubatan iaitu ketika makan, dihujung-hujung jari akan mengeluarkan zat-zat yang sangat membantu dalam proses pencernaan makanan. ini bermakna, dengan menjilat jari-jari selepas makan,kita akan memperolehi dua faedah. pertama, faedah syar’i iaitu kerana mengikuti sunah rasulullah s.a.w. kedua, faedah daripada aspek kesihatan iaitu dengan adanya zat-zat pada jari yang dapat membantu proses pencernaan”

Wassalam.Aman. 
p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas.

Wednesday, January 15, 2014

Part 4: Mari selongkar...sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum wbt,

mohon masih berkemampuan nak mencerna dan meng-otak(brain)
sunnah Rasulullah yang seterusnya. ohoiii~

                                                      *****

Makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW

Makan Timun Bersama Tamar

“Daripada Abdullah Bin Jaafar (R.A), Meriwayatkan Bahawa: Rasulullah s.a.w 
Pernah Makan Timun Bersama Tamar” H.R. Muslim.

Menurut Abu Isa al-Tirmizi: Ianya hadith hasan lagi sahih lagi gharib. Ketahuilah
bahawa makan timun dengan buah kurma masak itu samalah seperti makan roti
dengan timun, dengan makan timun dengan kurma masak, ianya dapat menghilangkan
dahaga, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya
tidak mudah busuk dan rosak. Sifat timun yang tawar akan menjadi enak apabila
dimakan bersama tamar yang manis.

Dan mengapakah Nabi memakannya sekali bersama timun dan kurma?
Ia adalah disebabkan kedua-duanya bersifat saling berlawanan, timun itu bersifat
sejuk dingin, manakala kurma itu bersifat panas dan kering oleh sebab itu timbangan
suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas.
Oleh itu jika ingin memakan benda sejuk seperti timun hendaklah memakan sesuatu
benda yang panas seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya kerana ianya dapat
menyeimbangkan kembali suhu badan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith,
Nabi memakannya bersama untuk tujuan tersebut.


Makan Tembikai Kasturi Dengan Tamar Yang Baru Masak

Daripada Anas bin Malik (r.a), meriwayatkan bahawa:
”aku melihat Rasulullah s.a.w mencampurkan tembikai kasturi dengan 
tamar yang baru masak”.

Adapun sebahagian Ulama’ berselisih pendapat berkenaan tembikai kasturi, ada
yang menyatakan bahawa tembikai biasa. Adapun tembikai biasa bersifat manis,
maka tembikai kasturi sedikit tawar, maka baginda akan memakannya dengan tamar
bagi menambahkan kemanisan pada makanan tersebut.

Kesimpulannya, mencampurkan makanan mengikut kesesuaian adalah daripada
sunah Rasulullah s.a.w. Mencampuri makanan bagi tujuan kesihatan, dan
menambahkan kelazatan adalah tidak dilarang, namun, sekiranya percampuran itu
akan menghasilkan mudarat pada tubuh badan dan akal fikiran, adalah haram.
Mencampurkan makanan yang haram walaupun sedikit juga haram, seperti
memasak dengan mencampurkan arak(wine), walaupun tidak memabukkan,
tetapi jelas bahawa arak itu adalah haram, maka ia tetap haram. Wallahualam.

Wassalam.Aman.

p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas
**masih pesanan yang sama~nyaaann~

Tuesday, January 14, 2014

Part 3:Mari selongkar...sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum wbt,

jom teruskan selongkar sunnah sunnah Rasulullah SAW dan cuba amalkan
dalam kehidupan seharian. InshaAllah, lama2 jadi habits ye dak? hehe

                                                       *****

Kesukaan Rasulullah Bersiwak


1.    Dari Ibnu ‘Umar r.a., dia berkata maksudnya:

“ Tidaklah Rasulullah s.a.w. tidur melainkan siwak ada di samping beliau. Manakala bangun tidur, beliau terus bersiwak ”.
 ( HR. Ahmad & Al- Bukhari )

2.      Dari Abu Hurairah s.a.w., dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“ Andaikata tidak memberatkan ummatku, pasti akuk akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak pada setiap kali hendak mengerjakan solat ”.
( HR Al-Bukhari & Muslim )

3.      Dari ‘Aisyah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“ Siwak itu pembersih mulut dan mendatangkan redha Allah ”
 ( HR Al-Bukhari & Ahmad & An-Nasa-i)        
         
Keterangan :
Al-“allamah ash-Shan’ani menyebutkan dalam Subulus Salaam bahawa
dalam kitab al-Badrul Muniir menyatakan : Ada lebih dari seratus hadith yang menyebutkan
tentang siwak. Namun, sungguh menghairankan, Sunnah Nabi s.a.w. yang banyak tersebut
dilalaikan oleh kebanyakkan orang.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghidupkan sunah-sunnah Rasulullah s.a.w. yang
mana Rasulullah s.a.w. amat menjaga kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi.


Cara Duduk Rasulullah s.a.w


Dari Qailah binti Makhramah, dia menceritakan bahawa dia melihat Rasulullah
di dalam masjid. Rasulullah sedang duduk merapatkan kedua-dua paha beliau ke
perut beliau. Lalu Qailah berkata,

” Apabila aku melihat Rasulullah  duduk dengan begitu khusyuk, aku menjadi gementar.”
(HR. At-Tirmidzi. Hadis hasan)

Penjelasan:

Ulama-ulama berselisih pendapat mengenai cara duduk nabi Muhammad saw.
Diantara cara duduk nabi keadaan begini di ketahui ramai  di mana punggong akan
berada di lantai sedangkan lutut diangkat serta di dakap ke dada. Keadaan duduk
sebegini adalah perkara yang agak janggal didalam masyarakat melayu kerana
menganggap duduk sebegini yang diistilahkan seperti duduk orang kalah judi.
Perkara ini berbeza dengan amalan nabi SAW ketika di masjid menurut hadith diatas.
Duduk seperti ini biasa dilakukan oleh nabi SAW ketika berada di masjid
dan majlis-majlis keraian.

Wassalam.Aman.

p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni.Trimas.

Part 2: Mari selongkar...sunnah Rasulullah SAW

Assalamualaikum wbt,

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1435.
Part 2 sunnah Rasulullah. moga dapat diamalkan bersama. Peace yo.

                                                                   *******

Cara Rasulullah Makan

Ka’b bin Malik meriwayatkan :   

“ selepas selesai makan, Nabi s.a.w. menjilati jari-jari beliau sebanyak tiga kali.”
 ( Riwayat Tirmidzi )

 Menurut Abu Iza, para perawi, selain Muhammad bin Basysyar, menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menjilat ketiga jari beliau.
 

Anas bin Malik r.a :

“ Selepas selesai makan, Rasulullah s.a.w. menjilat ketiga jari-jari beliau.” 
 ( Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad )


Abu Juhaifah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

 “Saya tidak makan sambil bersandar”
 (Riwayat Tirmidzi, Bukhari,Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi)

Ka’ab bin Malik r.a meriwayatkan :

 “Rasulullah s.a.w makan dengan menggunakan ketiga jari beliau. Selepas selesai makan, beliau menjilat ketiganya.”
 ( Riwayat Tirmidzi, Muslim Abu Dawud dan Ahmad )

 Anas bin Malik r.a meriwayatkan :

“Rasulullah s.a.w pernah diberi kurma. Saya melihat beliau makan sambil duduk dengan betis ditegakkan kerana lapar”.
 ( Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad )


Wassalam.Aman.

p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas

Monday, January 13, 2014

Part 1:Mari selongkar..sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum wbt,
ketika dalam proses 'pembersihan' isi laptop, akibat banyak sangat benda2 yang x
perlu..terjumpa semula nota mengenai sunnah dan perilaku Rasulullah SAW.
aku copy nota ni dari sebuah blog dolu2 tapi dah lupa blog apa =.=!
sebenarnya ada siap ngan hadis dalam tulisan jawi, malangnya, notepad x leh
recognize tulisan2 tersebut dan yang tinggal hanya tanda soal (?) banyak2~ohhh
maka, ada baiknya aku kongsikan untuk tatapan bersama. semoga leh diamalkan.
senyum.


Cara Berjalan RASULULLAH S.A.W.

Nabi s.a.w. kita berjalan sangat aktif dan laju sampai para sahabat kena gigih kejar baginda.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa:

"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada Rasulullah s.a.w. Cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari itu sendiri memancar di mukanya. Dan aku tidak pernah seorang yang terlalu lasak berjalan selain baginda s.a.w. seolah-olah bumi bergulung untuknya. Jika pada satu masa baginda di sini, sebentar lagi akan kelihatan baginda di sana. Walaupun ada ketika baginda berjalan secara biasa, namun kami yang mengikuti baginda terpaksa melangkah dengan susah-payah (terpaksa berjalan dengan lebih lasak untuk bersamanya)"
Baginda s.a.w. berjalan seolah-olah menuruni tempat tinggi. Sangat lasak dan energetic.

Daripada riwayat Ibrahim ibn Muhammad:
"Ali r.a. menerangkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. berjalan, baginda akan menjatuhkan langkahnya dengan mantap dan bertenaga."


  • Rasulullah berjalan sangat laju seperti menuruni tempat tinggi dan penuh bertenaga dan setiap langkah baginda ada arah tujunya. Apabila berjalan, Nabi s.a.w. akan membiarkan para sahabatnya mendahului baginda s.a.w.


Seperti yang diriwayatkan oleh Hind bin Halah:
"...Apabila baginda (s.a.w.) berjalan di kalangan sahabat-sahabat, baginda s.a.w. tidak akan mendahului mereka."


  • Nabi s.a.w. tidak berjalan di hadapan sahabat-sahabatnya disebabkan sifat tawaduk yang dimiliki baginda. Berjalan di hadapan orang lain adalah amalan orang angkuh dan ujub sebagai tanda kemuliaan, taraf dan maruah mereka
  • Nabi s.a.w. juga lebih gemar berjalan di belakang untuk memudahkan baginda membantu sahabat yang memerlukan pertolongan seperti keciciran barang.
  •  'Allamah Baijuri mengatakan malaikat-malaikat sentiasa berjalan di belakang Rasulullah s.a.w., oleh itu baginda akan membiarkan sahabat berjalan di hadapan.
  • Nabi s.a.w. seorang pembimbing yang pengasih. Apabila berada di belakang, baginda dapat melihat kesalahan dan kekurangan yang dilakukan oleh sahabat lalu membetulkannya.

Wassalam.Aman.

p/s: kredit buat blog yang aku copy info ni. Trimas.

Sunday, January 5, 2014

Azam jangka masa panjang

Assalammualaikum wbt,

masih x terlambat harapnya nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. hoyeah2~
azam saya tahun ni adalah untuk melaksanakan azam2 yang lepas. eh.
puas rasanya dapat keluar jalan2, ronda2, sembang2, lepak2 bersama Cik Iino.
nama je tempat keja 1 kawasan, tapi nak berjumpa macam dok beribu2 batu~
makan+sembang+lepak kat Secret Recipe pastu p sambung lepak kat kedai buku
hampir 2 jam dok bertapa kat kedai buku..kami memang begitu. kalo dah masuk
kedai buku, mau berjam2, rasa macam nak je bawa tilam bantal skali. ohoi.
menemani Cik Iino mencari buku sirah para nabi dan belek2 buku2 yang best
dah reserve beberapa buah buku untuk dibeli pabila masuknya gaji bulan ni hehe
antaranya kisah para ilmuwan Islam. mohon, masih ada stok hujung bulan ni..
terjumpa bebrapa buah buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al Ayubi,
tetibe, teringat kembali semangat dan impian untuk jejakkan kaki ke tempat2
sejarah kegemilangan Islam. Cordoba, konstantinopel(Istanbul)..etc..
sebenarnya aku agak takut nak suarakan hasrat hatiku ni kepada rakan2 yang lain
ececeh~~ sungguh. last2 aku pendamkan je dan berkira2 nak p sana bermusafir sorg2.
macam cool je kan bunyinya..eheh~ memandangkan kami sedang merangka2
perjalanan ke korea mahupun jepun. tapi, rupanya aku x keseorangan..Cik Iino pun
mempunyai impian yang sama sepertiku. wahh, hati berbunga2 seperti musim bunga ^^
beliau kata, seperti allahyarham Ammar yang belajar sejarah Islam di Turki.
so, beliau kata instead of p korea dan jepun, baik p tempat2 sejarah Islam..
at least dapat belajar benda2 baru. oh yeah! so, gps kena reset balik ni. tukar route.
moga dipermudahkan. mohon! sungguh, hati dah masuk musim seribu bunga ni olalala~
leh ke dikategorikan sebagai azam ni? rasanya azam jangka masa panjang hehe
mohon Allah permudahkan. Amin ^^

Azam tahun ni apakah? sila rujuk perenggan di atas. Trimas.

semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum2 ni terutama buat saudara seIslam
di seluruh dunia. nak jejak ke Palestin pun impian yang moga jadi kenyataan.Amin.

Wassalam.Aman.