Wednesday, January 15, 2014

Part 4: Mari selongkar...sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum wbt,

mohon masih berkemampuan nak mencerna dan meng-otak(brain)
sunnah Rasulullah yang seterusnya. ohoiii~

                                                      *****

Makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW

Makan Timun Bersama Tamar

“Daripada Abdullah Bin Jaafar (R.A), Meriwayatkan Bahawa: Rasulullah s.a.w 
Pernah Makan Timun Bersama Tamar” H.R. Muslim.

Menurut Abu Isa al-Tirmizi: Ianya hadith hasan lagi sahih lagi gharib. Ketahuilah
bahawa makan timun dengan buah kurma masak itu samalah seperti makan roti
dengan timun, dengan makan timun dengan kurma masak, ianya dapat menghilangkan
dahaga, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya
tidak mudah busuk dan rosak. Sifat timun yang tawar akan menjadi enak apabila
dimakan bersama tamar yang manis.

Dan mengapakah Nabi memakannya sekali bersama timun dan kurma?
Ia adalah disebabkan kedua-duanya bersifat saling berlawanan, timun itu bersifat
sejuk dingin, manakala kurma itu bersifat panas dan kering oleh sebab itu timbangan
suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas.
Oleh itu jika ingin memakan benda sejuk seperti timun hendaklah memakan sesuatu
benda yang panas seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya kerana ianya dapat
menyeimbangkan kembali suhu badan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith,
Nabi memakannya bersama untuk tujuan tersebut.


Makan Tembikai Kasturi Dengan Tamar Yang Baru Masak

Daripada Anas bin Malik (r.a), meriwayatkan bahawa:
”aku melihat Rasulullah s.a.w mencampurkan tembikai kasturi dengan 
tamar yang baru masak”.

Adapun sebahagian Ulama’ berselisih pendapat berkenaan tembikai kasturi, ada
yang menyatakan bahawa tembikai biasa. Adapun tembikai biasa bersifat manis,
maka tembikai kasturi sedikit tawar, maka baginda akan memakannya dengan tamar
bagi menambahkan kemanisan pada makanan tersebut.

Kesimpulannya, mencampurkan makanan mengikut kesesuaian adalah daripada
sunah Rasulullah s.a.w. Mencampuri makanan bagi tujuan kesihatan, dan
menambahkan kelazatan adalah tidak dilarang, namun, sekiranya percampuran itu
akan menghasilkan mudarat pada tubuh badan dan akal fikiran, adalah haram.
Mencampurkan makanan yang haram walaupun sedikit juga haram, seperti
memasak dengan mencampurkan arak(wine), walaupun tidak memabukkan,
tetapi jelas bahawa arak itu adalah haram, maka ia tetap haram. Wallahualam.

Wassalam.Aman.

p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas
**masih pesanan yang sama~nyaaann~

No comments:

Post a Comment

pandangan korang