Assalammualaikum wbt,
selamat bercuti panjang minggu ni dengan girangnya. hehe. ditambah pula
hari isnin depan 20 januari cuti ganti bagi ulangtahun keputeraan Sultan Kedah
Heaven.
mari teruskan sunnah Rasulullah yang seterusnya. yukk!
*****
selamat bercuti panjang minggu ni dengan girangnya. hehe. ditambah pula
hari isnin depan 20 januari cuti ganti bagi ulangtahun keputeraan Sultan Kedah
Heaven.
mari teruskan sunnah Rasulullah yang seterusnya. yukk!
*****
Adab Adab Terhadap Makanan: Larangan Mencela Makanan
"Nabi Muhammad S.A.W Tidak Pernah Mencela Makanan, Apabila Baginda Suka, Baginda Makan Makanan Itu Dan Apabila Baginda Tidak Suka Baginda Meninggalkannya."
(H.R. BUKHARI & MUSLIM)
Penerangan Hadis
Imam Al-Nawawi berkata :
Inilah adab terhadap makanan yang dianjurkan oleh Islam. Antara
perkataan yang sering diucapkan terhadap makanan yang tidak disukai
seperti ‘masin, tawar,masam dan sebagainya’. Sekiranya kita tidak suka makanan tersebut
adalah lebih baik kita meninggalkan makanan tersebut dan tidak mencela makanan
itu. Tetapi hadis ini tidak termasuk dengan keadaan dimana Rasulullah
tidak memakan dhab.
Ibnu Hajar pula berkata :
Hadis membawa maksud makanan yang mubah(harus), adapun jika
makanan yang haram maka baginda akan mencela dan melarang untuk makan makanan
tersebut.
Menjilat Sisa Makanan Dijari Sebelum Dicuci Dan Dibersihkan
"Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W Pernah Bersabda “Apabila Salah Seorang Dari Kamu Selesai Makan, Maka Janganlah Kamu Membasuh Tangan Sebelum Kamu Jilat Jari-Jari Sendiri Atau Menyuruh Orang Lain(Daripada Kalangan Orang Kamu Cintai Dan Tidak Merasa Jijik Dengan Kamu)Untuk Menjilat Jari Tersebut."
(H.R.BUKHARI,MUSLIM & IBNU MAJAH)
"Daripada Ka’ab Bin Mas’ud, Rasulullah S.A.W Makan Menggunakan Tiga Jari, Lalu Baginda Menjilat Jari-Jarinya Sebelum Membersihkannya."
(H.R.MUSLIM & ABU DAWUD)
Penerangan Hadis:
Al-Hafiz Ibnu Hajar Rahimahullah menyebutkan dalam kitab Fathul Baari
“Hadis ini membantah orang-orang yang tidak suka menjilat jari
dengan alasan dikatakan perbuatan ini jijik.tetapi maksud jijik yang sebenar
ialah selepas kita jilat jari-jari tersebut kemudian sambung semula makan
dengan jari yang telah terkena air liur tadi. dengan perbuatan ini sudah tentu
akan meyebabkan orang lain berasa jijik”
Ibnu ‘utsaimin juga menjelaskan dalam kitab Syarah Riyadhus Salihin
“ Dalam hadis ini terkandung beberapa kebaikkan berdasarkan kajian
ahli-ahli perubatan iaitu ketika makan, dihujung-hujung jari akan mengeluarkan
zat-zat yang sangat membantu dalam proses pencernaan makanan. ini bermakna,
dengan menjilat jari-jari selepas makan,kita akan memperolehi dua faedah.
pertama, faedah syar’i iaitu kerana mengikuti sunah rasulullah s.a.w. kedua,
faedah daripada aspek kesihatan iaitu dengan adanya zat-zat pada jari yang
dapat membantu proses pencernaan”
Wassalam.Aman.
p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas.
No comments:
Post a Comment
pandangan korang