Assalammualaikum wbt,
jom teruskan selongkar sunnah sunnah Rasulullah SAW dan cuba amalkan
dalam kehidupan seharian. InshaAllah, lama2 jadi habits ye dak? hehe
*****
1. Dari Ibnu ‘Umar r.a., dia berkata maksudnya:
“ Tidaklah Rasulullah s.a.w. tidur melainkan siwak ada di samping beliau. Manakala bangun tidur, beliau terus bersiwak ”.
( HR. Ahmad & Al- Bukhari )
2. Dari Abu Hurairah s.a.w., dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“ Andaikata tidak memberatkan ummatku, pasti akuk akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak pada setiap kali hendak mengerjakan solat ”.
( HR Al-Bukhari & Muslim )
3. Dari ‘Aisyah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“ Siwak itu pembersih mulut dan mendatangkan redha Allah ”
( HR Al-Bukhari & Ahmad & An-Nasa-i)
Keterangan :
Al-“allamah ash-Shan’ani menyebutkan dalam Subulus Salaam bahawa
dalam kitab al-Badrul Muniir menyatakan : Ada lebih dari seratus hadith yang menyebutkan
tentang siwak. Namun, sungguh menghairankan, Sunnah Nabi s.a.w. yang banyak tersebut
dilalaikan oleh kebanyakkan orang.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghidupkan sunah-sunnah Rasulullah s.a.w. yang
mana Rasulullah s.a.w. amat menjaga kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi.
Dari Qailah binti Makhramah, dia menceritakan bahawa dia melihat Rasulullah
di dalam masjid. Rasulullah sedang duduk merapatkan kedua-dua paha beliau ke
perut beliau. Lalu Qailah berkata,
” Apabila aku melihat Rasulullah duduk dengan begitu khusyuk, aku menjadi gementar.”
(HR. At-Tirmidzi. Hadis hasan)
Penjelasan:
Ulama-ulama berselisih pendapat mengenai cara duduk nabi Muhammad saw.
Diantara cara duduk nabi keadaan begini di ketahui ramai di mana punggong akan
berada di lantai sedangkan lutut diangkat serta di dakap ke dada. Keadaan duduk
sebegini adalah perkara yang agak janggal didalam masyarakat melayu kerana
menganggap duduk sebegini yang diistilahkan seperti duduk orang kalah judi.
Perkara ini berbeza dengan amalan nabi SAW ketika di masjid menurut hadith diatas.
Duduk seperti ini biasa dilakukan oleh nabi SAW ketika berada di masjid
dan majlis-majlis keraian.
Wassalam.Aman.
p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni.Trimas.

Kesukaan Rasulullah Bersiwak

Cara Duduk Rasulullah s.a.w

No comments:
Post a Comment
pandangan korang