Assalammualaikum wbt,
ketika dalam proses 'pembersihan' isi laptop, akibat banyak sangat benda2 yang x
perlu..terjumpa semula nota mengenai sunnah dan perilaku Rasulullah SAW.
aku copy nota ni dari sebuah blog dolu2 tapi dah lupa blog apa =.=!
sebenarnya ada siap ngan hadis dalam tulisan jawi, malangnya, notepad x leh
recognize tulisan2 tersebut dan yang tinggal hanya tanda soal (?) banyak2~ohhh
maka, ada baiknya aku kongsikan untuk tatapan bersama. semoga leh diamalkan.
senyum.
Cara Berjalan RASULULLAH S.A.W.
Nabi s.a.w. kita berjalan sangat aktif dan laju sampai para sahabat kena gigih kejar baginda.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa:
"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada Rasulullah s.a.w. Cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari itu sendiri memancar di mukanya. Dan aku tidak pernah seorang yang terlalu lasak berjalan selain baginda s.a.w. seolah-olah bumi bergulung untuknya. Jika pada satu masa baginda di sini, sebentar lagi akan kelihatan baginda di sana. Walaupun ada ketika baginda berjalan secara biasa, namun kami yang mengikuti baginda terpaksa melangkah dengan susah-payah (terpaksa berjalan dengan lebih lasak untuk bersamanya)"
Baginda s.a.w. berjalan seolah-olah menuruni tempat tinggi. Sangat lasak dan energetic.
Daripada riwayat Ibrahim ibn Muhammad:
"Ali r.a. menerangkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. berjalan, baginda akan menjatuhkan langkahnya dengan mantap dan bertenaga."
Seperti yang diriwayatkan oleh Hind bin Halah:
"...Apabila baginda (s.a.w.) berjalan di kalangan sahabat-sahabat, baginda s.a.w. tidak akan mendahului mereka."

- Rasulullah berjalan sangat laju seperti menuruni tempat tinggi dan penuh bertenaga dan setiap langkah baginda ada arah tujunya. Apabila berjalan, Nabi s.a.w. akan membiarkan para sahabatnya mendahului baginda s.a.w.
Seperti yang diriwayatkan oleh Hind bin Halah:
"...Apabila baginda (s.a.w.) berjalan di kalangan sahabat-sahabat, baginda s.a.w. tidak akan mendahului mereka."
- Nabi s.a.w. tidak berjalan di hadapan sahabat-sahabatnya disebabkan sifat tawaduk yang dimiliki baginda. Berjalan di hadapan orang lain adalah amalan orang angkuh dan ujub sebagai tanda kemuliaan, taraf dan maruah mereka
- Nabi s.a.w. juga lebih gemar berjalan di belakang untuk memudahkan baginda membantu sahabat yang memerlukan pertolongan seperti keciciran barang.
- 'Allamah Baijuri mengatakan malaikat-malaikat sentiasa berjalan di belakang Rasulullah s.a.w., oleh itu baginda akan membiarkan sahabat berjalan di hadapan.
- Nabi s.a.w. seorang pembimbing yang pengasih. Apabila berada di belakang, baginda dapat melihat kesalahan dan kekurangan yang dilakukan oleh sahabat lalu membetulkannya.
Wassalam.Aman.
p/s: kredit buat blog yang aku copy info ni. Trimas.
No comments:
Post a Comment
pandangan korang