Wednesday, August 8, 2012

kak, saya hisap rokok boleh?

Assalammualaikum wbt,

pejam-celik-pejam-celik tinggal lagi 11 hari sebelum Ramadhan berakhir.
sesungguhnya masa berlalu dengan sangat pantas sepantas shinkansen series E2.eh.
al maklum ar, final year student ni memang sibuk tahap PM, time ni ar berpeluh2
siapkan final project, confirm tempat praktikal..bla..bla..sumpah, memang busy!
sampai wat keje sambil dengar lagu raya kat radio pun x rasa pe2~~
pagi tadi pun baru temankan Cik Sumiju selesaikan tempat praktikal beliau. kehulur
kehilir akhirnya siap gak. Alhamdulillah. haa, klimaks citer ari ni bermula disini..jeng3x
selaku pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, kami harus tunggu
'drebar terhormat' kami datang jemput dengan 'limo' yakni bus. so, lebih kurang
40 minit sebelum bus datang, lepak sambil baca surat khabar. akhirnya, kuar gak
aku dari tempurung hehe.*sigh
kat bus stop tu kami berdua dan 2 budak lelaki--> pekerja alam sekitar.
tetibe, salah sorang budak lelaki tu panggil kami berdua..

budak lelaki : kak?
kami: *krik2x..bunyi cengkerik* time tu bising bunyi kete, so kami x response
budak lelaki: kak? *kuat lagi
kami: *angkat kening sebelah 'the rock'..nape?
budak lelaki: kak, saya mintak izin nak hisap rokok ye? *sengih mintak flying kick
Cik sumiju: *senyum dan angguk (x tau nak response pe)
aku : haii, x posa ke? * jelingan maut
budak lelaki: x posa kak..
aku: nape??!!
budak lelaki: *terus diam dan hisap rokok

dush..amek ko ngan aku. direct aku tanya. Cik Sumiju dah tepuk tangan aku, kang
takut budak lelaki amek tindakan drastik ke.huh. Assalammualaikum cik abang,
ni bulan posa kot, nak bersopan santun pun tengok ar tempat gak. dah tau buat
salah yakni dosa, leh plak x malu mintak izin~~nak kata x sihat, muda belia lagi kot..
keje pun x berat  mana setakat siram pokok, sapu daun2 kering. Allahuakbar.
kalo nak dibandingkan dengan saudara seislam kita di palestin, syria..Mashaallah
mereka masih mampu berposa walaupun hakikatnya hanya berbuka dengan buah tamar
dan air kosong je..malu~~
Nabi Muhammad SAW serta para sahabat juga tetap berposa walaupun berjuang
di medan perang..

Dari Abi Sa’id , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Tiada seorang yang puasa sehari , ketika sedang berperang di jalan Allah melainkan Allah akan menjauhkan dirinya dari api neraka pada hari itu sejak 70 tahun perjalanan .” ( HR Bukhari dan Muslim )

sebulan je dalam setahun berposa, Allah pun dah janjikan banyak ganjaran2 yang x da
di bulan lain. inilah masanya kita kaut sebanyak mana pahala. umur muda bukan jaminan
untuk hidup lama di dunia. petanda akhir zaman gak dimana mati diusia muda bukan
satu yang pelik. peringatan untuk diri sendiri gak.


Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW sabdanya : “ Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa lalu .”   ( HR Bukhari Muslim )


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” 


p/s :
1) semoga Allah membuka hati 2 budak lelaki tadi untuk berubah = )
2) 8 hari lagi nak balik umah..hati berbunga2 riang
3) Presentation final project lepas raya = (
*alamatnya, tangan kanan suap ketupat palas cicah rendang,
 tangan kiri buat final project.heh


Sunday, August 5, 2012

tetap jaguh dunia

Assalammualaikum wbt,

nampaknya harapan segelintir rakyat Malaysia nak makan aiskrim x menjadi
kenyataan dek kekalahan DLCW (Datuk Lee Chon Wei) di Olimpik tadi.
sejujurnya, mula2 aku x tau pe kaitan DLCW dengan aiskrim? Al maklum ar,
surat khabar bukanlah rakan karibku ketika ini. kalo dulu time ada kuliah, leh ar
p koperasi beli surat khabar, x pun pinjam kawan punya. tapi skang ni, kuliah
telah pun berakhir, duk terperap kat umah wat final project, just kuar setiap
petang p beli makanan nak bukak posa je. hehe.
berdebar2 jantung ni tengok badminton men's single tadi. menonton live streaming
channel dari china. walaupun x paham pe pengulas tu merepek tapi tetap semangat
nak tengok sampai abis. fuh. nak wat camner, rezeki x memihak kepada Malaysia.
sebak tengok DLCW yang sangat kecewa dengan kekalahan kali kedua di olimpik.
mungkin rezeki Malaysia menggengam emas olimpik kat pelapis2 badminton
yang lain.ahah. DLCW pun dah nak bersara.

*sebak*



melihat post2 kat fb, sumer pakat menyatakan rasa kagum kepada DLCW walaupun
hanya mampu menggenggam pingat perak. aku pun antaranya..hew3x (first fb post
untuk tahun ni). Alhamdulillah, rakyat Malaysia sangat menghargai kejayaan DLCW di
olimpik. bukan mudah dan x sumer orang layak bertanding di olimpik apatah lagi untuk
menyumbangkan pingat untuk negara. walaupun hanya pingat perak, ini cukup
membuktikan kejayaan atlet Malaysia untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan jaguh2 dunia yang lain.
(huh, berpeluh2, dah lama x tulih karangan 'skor A' sejak form 5 dulu)
jadi bagi mereka yang sebak kerana x dapat makan aiskrim free tu, haruslah renung
kembali, pe pengorbanan dan kejayaan yang anda lakukan untuk negara?
aiskrim boleh dibeli, tapi pingat olimpik bukanlah satu yang mudah untuk dikecapi
*wallaaa
tahniah wat DLCW. anda telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. = )

*******
wat Muslim di Malaysia dan serata dunia, selamat berpuasa serta jangan lupa
mendoakan kesejahteraan saudara kita di Palestin, Myanmar, Syria dan mereka
yang ditindas. Allah adalah sebaik2 pelindung. La tahzan, innallah ha maana.

Amaran: entry kali ni bersifat patriotik disamping menggunakan ayat2 karangan 'Skor A'.