Sunday, August 5, 2012

tetap jaguh dunia

Assalammualaikum wbt,

nampaknya harapan segelintir rakyat Malaysia nak makan aiskrim x menjadi
kenyataan dek kekalahan DLCW (Datuk Lee Chon Wei) di Olimpik tadi.
sejujurnya, mula2 aku x tau pe kaitan DLCW dengan aiskrim? Al maklum ar,
surat khabar bukanlah rakan karibku ketika ini. kalo dulu time ada kuliah, leh ar
p koperasi beli surat khabar, x pun pinjam kawan punya. tapi skang ni, kuliah
telah pun berakhir, duk terperap kat umah wat final project, just kuar setiap
petang p beli makanan nak bukak posa je. hehe.
berdebar2 jantung ni tengok badminton men's single tadi. menonton live streaming
channel dari china. walaupun x paham pe pengulas tu merepek tapi tetap semangat
nak tengok sampai abis. fuh. nak wat camner, rezeki x memihak kepada Malaysia.
sebak tengok DLCW yang sangat kecewa dengan kekalahan kali kedua di olimpik.
mungkin rezeki Malaysia menggengam emas olimpik kat pelapis2 badminton
yang lain.ahah. DLCW pun dah nak bersara.

*sebak*



melihat post2 kat fb, sumer pakat menyatakan rasa kagum kepada DLCW walaupun
hanya mampu menggenggam pingat perak. aku pun antaranya..hew3x (first fb post
untuk tahun ni). Alhamdulillah, rakyat Malaysia sangat menghargai kejayaan DLCW di
olimpik. bukan mudah dan x sumer orang layak bertanding di olimpik apatah lagi untuk
menyumbangkan pingat untuk negara. walaupun hanya pingat perak, ini cukup
membuktikan kejayaan atlet Malaysia untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan jaguh2 dunia yang lain.
(huh, berpeluh2, dah lama x tulih karangan 'skor A' sejak form 5 dulu)
jadi bagi mereka yang sebak kerana x dapat makan aiskrim free tu, haruslah renung
kembali, pe pengorbanan dan kejayaan yang anda lakukan untuk negara?
aiskrim boleh dibeli, tapi pingat olimpik bukanlah satu yang mudah untuk dikecapi
*wallaaa
tahniah wat DLCW. anda telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. = )

*******
wat Muslim di Malaysia dan serata dunia, selamat berpuasa serta jangan lupa
mendoakan kesejahteraan saudara kita di Palestin, Myanmar, Syria dan mereka
yang ditindas. Allah adalah sebaik2 pelindung. La tahzan, innallah ha maana.

Amaran: entry kali ni bersifat patriotik disamping menggunakan ayat2 karangan 'Skor A'.



No comments:

Post a Comment

pandangan korang