Friday, September 30, 2011

Tanda-tanda dan Penyakit

Salam..
ari ni aku nak share 1 artikel yang aku copy paste dari 1 laman web semalam..
ketika wat keje kat mcD..(maka mcflurry oreo je~~bajet2!!) lepas balik dari
library kampus semata2 nak wat quiz yang hanya ada 5 soalan je..
streamyx kat umah tue macam x da function...
coz quiz tue connect ngan server U..so kat U je ar leh wat.. : (



Tanda-tanda dan Penyakit


MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.


Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.


Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.


Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.


Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.


Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.





HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.


Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.


Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu


Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin


Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk


Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.



KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat


Sistem penghadaman yang lemah.
Perut mengandungi angin.
Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.


MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


KULIT
Peluh


Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit


Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:


Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:


Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman


KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:


Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.


TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.


Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:


Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.


Wallahu a’lam
http://soleh.net/2007/08/16/tanda-tanda-dan-penyakit/


p/s--> this is not considered as plagiarism rite..hehehe coz i placed the web site address at the end of the article..mungkin ada yang betoi, ada yang x dari segi perubatan..just nak share je..sharing is caring..ye dak?? : )
so for further details..check it out sendiri kat web site tue ye..




wassalam



Saturday, September 24, 2011

Mood spoil

Salam..
mood ari ni---> semangat gler nak study..coz banyak benda x paham~~~
music---> 90% songs by hujan
note---> baru lepas downloads..
bahan study---> lappy dell green apple, lab modules, notes..
kudapan---> ermm..aku posa ari ni.. (sangat jarang guna perkataan 'kudapan'.. : ))
semangat---> sama tinggi ngan api obor olimpik..Yosh3x!!! moh study...nak penuhkan ari ni ngan 
study..hahahaha(gelak jahat enemy sailormoon)


tiba-tiba..
'weyh, jom p mydin ari ni..barang dapoq dah abih..bawang dah x dak, beras kena beli len..'


ehhh???
tapi..aku..aku...nak..study...(dalam ati je ar..x blurt out pun)


dok serumah kena ar bekerjasama..ye dak..wonderpets pun tau..
'Pe yang penting kerjasama!!!!' huh~~


mood---> spoil~~last2..update blog..huhu
macam lirik lagu romantik-->hujan


Hari makin suram
Tubuh pasti makin lesu
Bagaikan menanti hujan
Di musim kering dahulu...
......
(pe hal sentimental sangat plak ni~~~)
x pe..balik nanti leh study..selagi api semangat study x padam..
sok masih ada..


ok..chiow..
wassalam..




Wednesday, September 21, 2011

Jangan putus asa

Salam..
baru lepas tengok bola sepak kelayakan olimpik M'sia vs Jepun
nak tau perasaan aku?? secara jujurnya..sakit ati gak ar..
sampai tertumpah air teh ais yang baru je abang kafe antar..
penangan bola sepak punya pasal..pastue abang tue antar yang baru even aku x mintak..
trimas abang kafe.. : )
sambil2 tue mesej ngan abah..abah cakap mau sakit jantung tengok~~
seperti biasa dapat agak camner corak permainan M'sia..
bertahan je..kalo tengok statistic shot M'sia ngan Jepun memang jauh..
Jepun--> 20 shots..M'sia--> 1 shot..adooyaiii..
passing bola x tepat..bila dah sampai depan gawang gol lawan,kelam kabut..
bola senang kena rampas, takut nak rampas bola pihak lawan..
takut foul kot..
tapi bila main kat slovakia ari tue menang je..sebagai persediaan lawan ngan Jepun..
tapi bila dah main ari ni..aku rasa sama je..mungkin ada peningkatan sket..
tapi masih agak jauh kalo nak dibandingkan ngan skuad Jepun..
anyway..aku tetap penyokong setia M'sia..
prestasi bola sepak M'sia skang sedang meningkat..
jangan mudah putus asa..
amek contoh skuad 'Nadeshiko', skuad bola sepak wanita Jepun
yang mampu kalahkan gergasi2 bola sepak dunia wanita seperti Jerman
dan mampu jadi juara bola sepak wanita dunia..
semangat dorang yang kita kena contohi..
dah macam penasihat bola sepak kebangsaan aku rasa..keh9x
M'sia masih ada peluang..kita boleh p jauh..
kalo Safee Sali and Safiq Rahim dah leh main kat eropah..
yang lain x mustahil kan3x???
akhir kata..maju bola sepak demi negara..
aku sayang M'sia..
Malaysia Booollleeehhhh!!!!


p/s: aku rasa aku sorang je yang ternganga depan tv tengok bola kat kafe..
nama pun kafe asrama budak pompuan...

hooyeeiii

Salam..
akhirnya aku mampu online dengan super-duper-extra-fast-surfing : ) !!!
bro TM baru je selesai pasang streamyx..Alhamdulillah!!
kini line tenet milik umah kami je..hihi
khidmat line tenet atok kura-kura x diperlukan lagi..
tapi jasamu tetap dikenang..
saje nak share rasa hepi yang menggunung dalam ati ni..
chiow..wassalam

Sunday, September 18, 2011

B.I dan Kasut


Salam..
now, time is about 1 am..hmmm
baru lepas lepak bilik cik sumiju and cik miraie..
lepak layan movie rasuk yang x ar seseram mana~~~
aku gak jadi tempat 2 orang tue landing time part antu kuar..haih..
sorang selubung ngan comforter,sorang lagi tutup muka ngan batal strawberry gergasi die..
pas tue, sambung ngan 3,2,1..cinta plak..not bad ar..jalan citer klise 
tapi aku suka ngan skrip citer tue..memang slumber..hehe


aku nak share something..hehehe
ni citer yang diceritakan oleh kawan aku..
pasal budak yang x reti B.I tapi nak sembang ngan foreigner student..
sembang pasal kasut..
ok..first:-
1. kalo x tau nak cakap kasut tinggi(high heel) dalam B.I, leh je cakap..
'..i want this shoe but a tall one..'


2. kalo x tau nak cakap high heel and wedges..cakap je..
'..i want a tall shoe but have no empty space..'


hahaa..x tau nak kata pe bila dengar citer ni..coz camner nak berkata2 bila x leh nak stop 
ketawa..sumer pakat gelak..haih..klas B.I bersepah kat luar nu cek oii....
tapi, at least budak ni still tau camner nak describe kasut tue kan..
agak2 camner ar muka foreigner tue kan???
so, kalo x tau leh blaja..sembang ngan foreigner tue pun kira 'ada bran' ar..
kadang2 orang yang reti berbahasa Inggeris pun x da keberanian nak sembang ngan foreigner..
pe2 pun, nak je aku cakap good job sis!! tabik spring wa bagi..haha
kan cikgu time skola dulu slalu cakap..nak pandai speaking..cakap je..redah je even salah..
jangan malu..learn from mistakes..


"Mistakes are a part of being human. Appreciate your mistakes for what they are: precious life lessons that can only be learned the hard way. 
Unless it's a fatal mistake, which, at least, others can learn from."
Al Franken, "Oh, the Things I Know", 2002


Wassalam..





Saturday, September 17, 2011

Ahakks

salam..
dapat gak post entry even tenet macam chipsmore..kejap ada, kejap x da
bila ar encik streamyx nak mai umah ni???? lekaih ar sket~~~
dah 2 malam jadi burung hantu..coz nak online..
kadang2 tengah2 malam baru tenet nak laju sket..
tue pun ikut nasib..kalo nasib malang..sabo je ar..ye dak..
so, dengar ar lagu dulu ke, or tengok cite ke anime ke..
then bila tenet dah ok terus je terjah google..hehhe
malam ni tema lagu anime..85% adalah lagu naruto..
ari ni cuti--> 16 september kan hari Malaysia..
so, aku n housemates amek kesempatan kuar beli barang umah sewa..
tuan umah pun baru antar peti ais kecik tadi..alhamdulillah..leh beli benda basah
trimas uncle!!!
lepas zohor tadi kitorang berempat--> aku, cik miraie(driver), cik iino, cik ana dragon
memulakan operasi shopping barang dapur. cik sumiju x join skali coz p umah terbuka.. 
barang yang dicari:-
1. lesung batu
2. sos tiram, sos lada hitam(feveret cik miraie)
3. ikan kembong
4. pelocok - bilik ayaq sumbat plak..bukan salah kami T_T..salah penyewa lama
5. banyak lagi~~ penat nak taip


mula2 p tesco..nak cari lesung batu..tapi x da jual kat situ..
then p mydin plak..tiba2 ada jual plak..huhu..alhamdulillah..
banyak gak barang yang dibeli..dah macam dok kat umah betol plak..
serba serbi lengkap barang kat dapur je ar..hehe..
tv mana ada..kalo ada sah sumer pakat ternganga depan tv..
mesin basuh..basuh tangan sudahh..
disebabkan shopping barang dapur tadi..
dapat ar makan ala2 hotel 5 stars..hehe..masak sendiri ok
menu :-
1. ikan kembong goreng
2. sup : cendawan + cendawan enoki + suun + fish ball 
3. ayaq asam : tomato+ bawang besaq+ limau + kerisik
4. cendawan goreng : cendawan tempura
5. ayaq guava


alhamdulillah..kenyang jangan kata ar..
bila lagi nak makan sodap2 + 'mewah' kan..ari minggu je ar..leh masak camni..
waktu ada kuliah..lauk telor dadar ngan sayuq kubis goreng je..
makan gaya 'miskin' je..asal perut terisi..ye dak??
tenet still weng lagi..haih..
happy weekend guys..huhu
pesanan penulis:- 'Hargailah keamanan yang kita kecapi sekarang ini..'  : ) 
Wassalam..

Tuesday, September 13, 2011

: )

salam...
post pertama selepas 3 bulan..
skang ni x leh lagi nak berblogging cam dulu coz internet lambat tahap atok kura-kura~~
ni pun update kat library..
bajet student rajin+cemerlang ar kan first week dah jejak kaki kat library..
hakikatnya..nak online je pun..hahaha
first week memang busy ditambah ngan masalah daftar subjek yang bakal 
mengurangkan timbunan duit kat dalam akaun aku T_T
tapi still ada harapan x kena bayar coz ada alasan..ya..alasan yang kukuh..hmm
pe2 pun..still x terlambat ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN..: )

till then..
Wassalam..