Tuesday, November 27, 2012

Solat itu lebih baik dari tidur

Assalammualaikum wbt,

buat kali ketiga aku terserempak ngan director department kat tandas.
x tau napa, tapi jodoh kami kuat di tandas. ohhh~~
aku x tau nama dia apa, hehe coz department aku baru je tukar director
dari Mr ke Miss. serius aku x tau nama dia. esok aku check nama dia ok?
dia ar orang pertama yang greet 'Helo' time aku buka pintu tandas.
x pernah2 orang greet dalam tandas hehe.. then, second time, jumpa lagi
kat tandas. time tu aku tengah betulkan tudung. dia tegur aku 'u looks very neat'
oohhh..kembang semangkuk di puji oleh director. *wink
and third time tengahari tadi. time tu aku baru je melepaskan hajat dan
betulkan tudung sket2, dia masuk pastu terus tegur 'no wonder u looks very neat' ..
ok, ada bau2 keperlian disitu tapi aku layan je, aku yakin pujian dia
tu ikhlas. wahh. ye ar, director kot..senyum kasi lebih sket *wink2
dan tetibe dia tanya 'what time muslim do prayers?' aku pun mula2 terkejut gak
ditanya soalan sebegitu..coz dia ni Singapore chinese..wah, haruslah jawab dengan
selengkapnya XD . aku pun punya ar describe setiap waktu solat dari subuh ke isyak.
dia tanya coz rumah dia dekat ngan surau..so, slalu dengar azan berkumandang
terutama subuh. 'i like 5.45 am, coz it helps me to wake up' ujarnya sambil tersenyum
manis. gulp. azan waktu subuh bantu dia untuk bangun pagi, sedangkan kita yang
Islam ni lagi ligat tarik selimut time azan subuh~~ zapp...panah tepat ke jantung!


الصلاة خير من النو
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm

(Solat itu lebih baik dari tidur)


**Muhasabah diri balik. nanges. T.T




Thursday, November 22, 2012

War on the waste

Assalammualaikum wbt,

'Reuse, Reduce, Recycle'
'Guna kembali, Kurangkan, Kitar semula'
pagi2 lagi dah bergema suara pak cik 'robot' kat corong speaker ofis
bukan robot yg bercakap, tapi suara pak cik tu macam robot. eh.
'there will be 'Green Day' event at 9.30 am. Door gift will be given by exchange
the recycle item. All are invited'
padahal, HR anta emel pasal event ni hampir setiap ari~~
nasib baik ada 2 botol mineral yang tunggu masa nak dibaling dalam tong sampah.
yosh! leh dapat reusable bag!
nak beli sendiri punya ar liat~~ ni lah masanya untuk grab yang free..*gelak jahat
ramai gak manusia kat company rupanya. asal ada door gift je, mesti berkerumun
orang join event tu..
ohh..lepas ni kalo p shopping, leh ar pakai reusable beg ni..nyaannn =3
lebih2 lagi time ari sabtu..jimat 20 sen gua..




YikeBike @ mysikal
basikal yang sangat futuristik
leh lipat2, guna bateri untuk bergerak
perlukan masa untuk mahir coz
handler kat belakang
ada brann??

event tadi memang meriah dengan persembahan 'choral speaking' anak2 yatim, 
persembahan Penang Free School Brigade, quiz, exhibition barang2 recycle..
tengah syok2 tengok persembahan, tetibe teringat kat Gaza.
macam mana ngan mereka kat sana?
langit kat sana samakah tenangnya langit kat sini?
mampukah lagi mereka tersenyum gembira seperti disini?
tapi yang pasti mereka jauh lebih kuat berbanding kita disini..
semoga Allah melindungi mereka daripada kecaman laknatullah Israel 
dan sekutunya. Amin.

kalo kat Gaza sedang berperang dengan musuh2 Allah mempertahankan tanah air
dan agama..
kat sini berperang dengan sampah *sigh

Aman.Peace.

Monday, November 19, 2012

Hands for them


I look at my hands
these precious things that Allah lent to me
I won't take for granted
I won't do something that can bring the wrath of Allah
thounsand miles away
there are people who needs my hands to help them
to wipe their bloods
to cure their cuts
to cheer them up
hold their hands tight
stand shoulder to shoulder
fight together
sing the song of the independence
because them and i believe
one day Palestine will be free
Israel will be vanished
forever and ever


~~Anonymous, Hacker Activist~~~
We will be with you. No matter how dark it may seem, 
no matter how alone and abandoned you may feel – know that 
tens of thousands of us in Anonymous are with you and 
working tirelessly around the clock to bring you 
every aid and assistance that we can.

We Are Anonymous
We Are Everywhere
We Are Legion
We Do Not Forgive
We Do Not Forget

source[source]

Sunday, November 4, 2012

Rantaian Makanan

Assalammualaikum wbt,


dolu2 time skola rendah darjah 4, pabila subjek sains mula diperkenalkan
pertama kali kepada kanak2 rebina..di situ ar buat pertama kali aku
mempunyai subjek feveret-forever. *wink2. antara tajuk popular dulu adalah
rantaian makanan. kena hafal rantaian haiwan dan tumbuhan. haiwan mana
yang memegang jawatan pemangsa dengan mangsa. setiap kali exam kena
lukis rantaian makanan.bajetsoalan bocor konon, padahal tiap2 tahun
jenis soalan yang sama kuar..
oohh, masih segar diingatanku rupanya~~






secara fitrahnya, yang kuat akan makan yang lemah..yang kuat akan mendominasi 
yang lemah. [boleh rujuk figure di atas]. begitu ar kitarannya sampai dunia kiamat.
begitu juga dengan kehidupan manusia, yang berkuasa akan sentiasa menindas mereka
yang lemah. sila tumpukan kepada 2 species haiwan; tikus dan kucing. memang sudah 
nasib sang tikus akan dijadikan hidangan yang lazat buat sang kucing. lebih2 lagi ketika 
ini sawah bendang dalam fasa penanaman padi, tikus memang banyak + nyamuk, 
maka ligat ar para kucing membina lemak. eh. 
begitu juga nasib yang menimpa 'tikus peliharaan' aku yang dah berusia 3 tahun ++.
tikus yang sangat berjasa siang dan malam menemani aku menyiapkan assignment saban
hari tanpa penat lelah. klik sana, klik sini..tapi sudah fitrah rantaian makanan, tikus adalah
mangsa, manakala kucing adalah pemangsa.  


terkorban dek ditokak kucing~~
sayonara~~

usaha bantuan kecemasan dilakukan dengan dibantu oleh dr. akak, namun malangnya
gagal bernyala & berfungsi kembali. akhirnya redha, terpaksa beli baru..
akhirnya, ada gak barang yang nak dibeli time PC Fair.hehe
si kucing-> oren@nyeh telah pun dihukum dengan menjentik telinganya, tapi terus
usap balik kepala dia..cepat2 pujuk balik  =D. sabo je lahh

*****
gud luck buat adik lelakiku yang akan menduduki SPM sok..^^
buat yang terbaik..semoga diberi ketenangan oleh Allah ketika menjawab
soalan. InshaAllah = )