Friday, July 26, 2013

Ramadan's random #3

Assalammualaikum wbt..
salam 17 Ramadan. Salam Nuzul Al-Quran

"jauh perjalanan, luas pemandangan". semakin jauh kita berjalan,semakin banyak pengalaman dan cara kehidupan yang dapat kita lihat, enjoy dan untuk dimuhasabah. memang dari kecil lagi aku cukup suka kalo family nak p berjalan jauh. hee. terutama kalo nak balik raya umah tok kat kedah. dan aku suka bergerak waktu malam coz dapat tengok langit yang penuh dengan bintang. walauweh~ dan bila dah masuk skola menengah, aku teringin nak p berjalan ke luar negara. first, teringin nak main salji ori punya hehe. setakat main ketulan ais kat freezer..eheh~pastu teringin nak tengok lifestyle dorang camne. ada pasang niat nak further study kat oversea, tapi x da rezeki~~

'Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui' (Ar-Ruum:22)

dan bila dah boleh kata matang sikit, sikit je.eh. aku teringin nak menyambut Ramadan di oversea. bukan sebab mengelat x nak puasa time panas bahang kat Malaysia terchenta ni, bukan juga nak merasa berbuka dengan hidangan mat saleh. tapi aku teringin nak merasa menyambut Ramadan di negara yang majoriti
bukan beragama islam. apakah??

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Bukhari & Muslim)

sebab, aku teringin nak merasa Ramadan tanpa sebarang distractions atau gangguan yang sedikit sebanyak
semangat Ramadan tu terbabas ke longkang. eh. ok, kalo kat negara islam seperti Malaysia, Ramadan tu kadang2 dah macam adat je. take for granted.seminggu sebelum dan ketika puasa, tv dah pulun tayang iklan promosi raya kamdar ar, jakel ar, nagoya ar, tudung fareeda petik jari je leh tukar tudung, promosi harga ikan, ayam termurah berganda ar, hujan emas di sri pinang, hujan batu di negara sendiri. eheh~ semua promosi-yang-susah-dicerna-akal. banyak sangat promosi sampai x tau nak beli mana satu dan mood Ramadan tu dah melencong ke tepi highway sket. tu belum lagi rancangan masakan kat tv. kalo boleh setiap jam nak ada rancangan masakan. dan sekarang ni, lagu2 raya dah pun berkumandang di corong radio. ohoi~ memang eksiden terus
ok, sekarang cuba bayangkan Ramadan di oversea..lebih2 lagi negara majoriti bukan islam..mana ada tetibe radio mat saleh putar lagu dendang perantau P ramlee, tetibe rancangan ketuk2 Ramadan ganti Martha Stewart,tetibe plak mak cik Martha Stewart buat kuih samprit dan rendang tok..tah2 dorang x tau pun sekarang bulan Ramadan. so, gangguan2 tersebut dapat dielakkan dan in shaa Allah dapat fokus pada Ramadan. bazar Ramadan? x pernah plak tengok mat saleh2 ni berniaga macam kat pasar malam. so, aktiviti2 memborong kuih seri muka, pasemboq, murtabak daging,air tembikai laici memang dapat dielakkan.haa.. berdasarkan pengalaman sepupu aku sendiri yang dah merasai Ramadan di oversea, memang kalo tetibe tekak nak melantak kuih lopes, terpaksa wat sendiri. jadi, bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran, tapi dapat tingkatkan skill memasak lagi. walauweh~ dan selalunya masjid di oversea ni lebih hidup lebih2 lagi dah masuk malam2 terakhir Ramadan. mungkin kat oversea ni banyak imigran dari belah2 arab, pakistan..makin nak abis Ramadan, makin rancak dorang mengimarahkan masjid dengan tadarus, qiam.. dan di sini, semestinya malam di hidupkan dengan pertandingan mercun piala tok ketua kampung. dari pandangan aku, umat Islam tu bila menjadi minoriti, Islam tu lebih dirasai, di hargai dan
diamalkan/ dipraktiskan mengikut syariat yang sebenar2 syariat. bila majoriti, take for granted.

Ramadan tu bukan diertikan dengan bazar Ramadan
Ramadan tu bukan diertikan dengan rancangan masakan di tv
Ramadan tu bukan diertikan dengan sale di pasaraya
Ramadan tu bukan diertikan dengan lagu raya
Ramadan tu bukan diertikan dengan meriam buluh, mercun pop-pop
Ramadan tu masa tu reformat diri baik segi rohani dan fizikal
Ramadan tu bukan sekadar tahan lapar dahaga
tapi tahan nafsu syahwat dan pancaidera kerana Allah swt
Ramadan tu bulan penyucian dimana pintu syurga dibuka seluasnya
manakala pintu neraka ditutup serapatnya

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan." (HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

13 Ramadan je lagi yang tinggal. pejam-celik-pejam-celik dah lebih separuh Ramadan berlalu. ~lap peluh sebab x manfaatkan Ramadan dengan sepenuhnya lagi~sedih. kadang2 tewas dengan kemalasan. aiyoo~
harap2 ar impian aku ni jadi kenyataan satu hari nanti. Amin
eheh~
Wassalam. Aman.

No comments:

Post a Comment

pandangan korang