Salam..
'Bulatan Gumbira Kami'
dah tengok video kat atas??? 'Bulatan Gumbira Kami' untuk contest video osem 2011..
bila tengok video ni, tetibe terasa sangat rindu ngan time usrah kat matrik dulu. sumpah!!
first hidup jauh dari mak abah, sampai nun jauh ke penang..(padahal umah tok kat kedah 20 minit perjalanan je kot..cetts!!)
aku x sedih langsung dapat matrik jauh2,lagi aku suka ada ar..dah lama simpan niat nak dok asrama..
lepas pmr nak p mrsm macam kakak,tapi mak x bagi~~ fine,frust menonggeng~~
so, time matrik aku langsung x touching2 nangis saat family nak balik dari anta aku p matrik.x tipu ok!!
heee,dah2,semua tue citer lama..
so, first time gak aku kenal apakah itu usrah. bersama akhwat2 yang datang dari seluruh semenanjung.
sangat best! tiap2 minggu ada perjumpaan. dok dalam bulatan. kak murobbi
baca mana2 ayatdari Al Quran pas tue bincangkan makna sebaliknya macam video ni..
kak murobbi bukan ar dari kalangan student matrik tapi pelajar U
yang sudi meluangkan masa untuk membimbing dan berkongsi ilmu ngan kitorang
disamping sibuk ngan study & assignment. ada yang bakal cikgu matematik
macam kak murobbi aku, ada yang bakal doktor pun sanggup turun. MasyaAllah!
akhwat2 yang lain pun bukan calang2 orang..maklum ar kebanyakan dorang
dari skola agama,time bincang tentang pe2 tajuk, memang aku x mampu ar nak
menambah pe2 kerana kecetekan ilmu~~
first time gak berkawan ngan akhwat2 yang bertudung labuh. dulu slalu pikir yang
mereka yang bertudung labuh ni berkawan ngan orang yang bertudung labuh je
aka TLC (tudung labuh club) x layan ar orang biasa2 ni. tapi sesungguhnya, silap!
mereka sangat baik. otak gila2 gak macam aku,leh gurau2,gelak2 tapi ada batasannya.
kadang2 wat usrah kat tepi tasik,ada skali wat kat penang.naik feri pas tue
naik bus lalu kat batu feringgi. aku rindu saat tue. ada yang muntah naik bus.hee..
2 ari 1 malam. best!makan ramai2 dalam dulang, suap-menyuap.penuh ngan pengisian.
kena plak malam tue aku kena jadi tukang bagi ceramah. ketaq seluruh badan nak
bagi ceramah kat depan mereka2 yang sedia maklum pro tentang hal2 agama ni.
nasib baik ramai yang membantu.hee sesungguhnya aku malu ngan kecetekan ilmu ku~~
slalu gak tidoq ramai2 kat bilik study pas tue qiammulail bersama2. lepas solat
subuh beriadah plak. memang sihat!!
bila nak exam,study ramai2. bahagi soalan pas tue discuss.
aku memang tabik spring kat akhwat2ku..
mereka bukan saja tinggi ilmu bab agama, bah kan sangat terer dalam subjek
yang lain. skali lagi aku malu ngan kecetekan ilmuku~~
hasilnya,alhamdulillah,ramai yang berjaya dalam exam. : )
dan skarang ni,masing2 dalam perjalanan mencapai cita2. ada yang kat oversea.
sesungguhnya, aku sangat bersyukur aku dipilih Allah tuk masuk dalam usrah
ni coz bukan semua dapat merasai keindahan ber'usrah'..
usrah ni gak bawak banyak perubahan kat diri aku,baik dari segi dalaman mahupun segi luaran.. : )
miss u all so much100X!!
osem + rock kan bulatan gumbira kami!!
teruja aku pada kata2 Imam Ghazali:
"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya
di dalam doanya"..
Ukhwah fillah abadan abada : )
No comments:
Post a Comment
pandangan korang