Tuesday, August 20, 2013

Somnium

Assalammualaikum wbt
salam 13 Syawal

Beliau ada kamera. Aku pun ada
Beliau suka p kembara merata dunia. itu merupakan impian aku
Beliau jadikan kamera sebagai medium dakwah. Beliau memberi aku inspirasi
Dengan niat  tersebut, beliau dah sampai ke Gaza. suatu tempat yang ingin sekali aku jejaki.
Siapakah beliau?
beliau adalah Pn. Shahrina (line internet x berkompromi, oleh itu, x mampu untuk meng-google)
aktivis kemanusiaan yang aku kenali ketika menonton siaran Nona di tv3
bermula dengan mengambil gambar sekitar Kaabah dan Mekah ketika menjalani ibadah
di sana kemudian, sedikit demi sedikit, rezeki untuk kembara ke luar negara semakin
bertambah dengan dapat tajaan dan sebagainya. Beliau namakan kembara beliau
sebagai kembara muslimah yakni, kembara sambil ditemani dengan mahram iaitu
bapa beliau sendiri sambil mengambil gambar atas nama dakwah.
dengan niat murni beliau juga, beliau bertemu jodoh dengan seorang pemuda Palestin
yang 15 tahun muda dari beliau. ~ohlalala~
seperti firman Allah SWT

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah
 membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.' [Muhammad, 47:7]
p/s:
 boleh usha2 facebook beliau:
[Lensa Kembara Muslimah]
 

No comments:

Post a Comment

pandangan korang