Thursday, March 29, 2012

Musibah

Assalammualaikum wbt..


'Oh no soul doth Allah place a burden greater than it can bear.' [2:286]


sepanjang bulan ni, macam2 musibah yang aku dengar yang  menimpa kawan2 aku
salah seorang kenalan matrik dulu (kenal2 macam tu je), orang kesayangan dia xcident 
awal bulan ari tu, then koma, lama gak koma tu..
Alhamdulillah, skang dah beransur pulih = )
kedua, rakan sekelas xcident time nak balik dari kampus..
leh baca entry yang aku post [here]..
ketiga, minggu lepas, kawan baik time matrik dulu, kena ragut..
lebih kurang  rm200 bersama dengan nota2 kuliah wassalam~~
peragut tu disamping bersuka ria dengan hasil ragut leh gak menuntut ilmu ye..
and baru-baru ni..
ayah salah seorang geng seuniversiti jatuh sakit..
diagnose result still x kuar lagi..
doa2 semuanya ok, insyaAllah = )


'Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.' [2:286]


Monday, March 19, 2012

x fokus di jalan raya,memang bawa padah!

Assalammualaikum wbt..
tengah dok pikir pe aku nak goreng ayat nak emel kat dr pakar pediatrik ni =_=!
ayat mesti meggambarkan ayat seorang mahasiswa..cheewaah = )

* sila abaikan..

****
salam hormat. one of my classmates got into an accident this morning. 
kejadian berlaku dalam pukul 11 ++ pagi, baru abis lab..
kereta yang dipandu beliau dilanggar dari belakang oleh seorang mamat
yakni student gak time berhenti tepi jalan..
menurut mangsa iaitu kak A, beliau sudah pun memberi signal untuk berhenti
tetiba motor yang ditunggang mamat tersebut merempuh kuat 
bahagian belakang kereta kak A, sehingga menyebabkan bonet belakang kereta beliau
remuk dengan teruk skali. 
menurut kak A lagi, mamat tersebut dikatakan sedang rancak berbual dengan rakannya.
mamat tersebut mengalami patah kedua dua belah tangan dan dihantar ke hospital.
walaupun patah kedua dua belah tangan, mamat tersebut masih mampu senyum = )
end of news..

****

aku saksi selepas kejadian, on the way nak balik umah dengan tumpang kereta cik Adah
bersama cik Iino & cik Ana Dragon..
tetibe nampak ramai2 orang kat tepi jalan, siap ada ambulans & ada orang terbaring 
kat atas jalan..
aku pun menonjolkan ar kepala dari tingkap nak auto focus pe yang berlaku
skali macam pernah ku lihat kereta ini, eh2?? kak A punya kereta ar!!
rupa rupanya, ramai gak budak klas aku dah ada kat tempat kejadian..
kak A cuma terkejut, dan ayah dia akan datang since umah dia kat2 situ je..

time kat lab kak A dok sebelah aku, siap bersembang + gelak2 lagi..
tup2x, abis lab, dia accident plak..Alhamdulillah x cedera pe2, just mamat tu yang kesian
dah ar parents mamat tu kat perlis..semoga cepat sembuh bro. = )

semuanya adalah kuasa Allah..
kalo Allah kata nak jadi, jadi ar
kun fayakun..
kalo ketika ini, hari ini, kita sihat walafiat,
ia x menjamin kita kekal sihat sampai bila2..
so, kena sentiasa beringat dan berdoa dijauhkan dari segala bencana = )

moral of the story: berhati2 di jalan raya. Jangan bersembang & sewaktu dengannya
jika tidak anda yang susah!!
anda juga akan kelihatan sangat x cool bersembang ketika menunggang motor di jalan raya 
peace out!


Sunday, March 18, 2012

Daulat taming sari hang tuah

Assalammualaikum wbt..
kesengalan dikaki masih terasa akibat berjalan sakan semalam..
that was unplanned plan~~
asal nak jalan2 ikut plan A, tetibe 'gps' leh tertukar route ikut plan B plak..hehehe
niat kuar semalam nak p beli tiket balik cuti sem bulan 4 ni
pastu p cari hadiah tuk class gathering hujung bulan ni
let pictures talk where we were wandering yesterday~~

O yeah!!
tiket dia bagi 1 je tuk 4 orang cis..
ingat dapat sorang satu leh simpan wat kenangan
promosi cuti skola, adult = RM10
kalo harga asal RM20!!
ada hikmah 'gps' tertukar route = P

ready for take off!!!

dari ketinggian 80 meter..


macam raksasa steps on those cars..erk??
hikmat pijakan sneakers!! hamek ko!
*sneakers yg dah berusia 3 tahun

bangunan menara taming sari
dalam ni ada kaunter beli tiket & before beratur
naik taming sari, anda akan diambil gambar
berlatar belakangkan menara taming sari
so,depends kalo anda nak beli ke x nak gambar tu..
tapi sah2 anda nak beli coz dorang akan paparkan
gambar anda yang cute itu di luang legar =.=!
1.gambar saiz 8R kot 
1. gambar yang sama just size kecik siap berframe
altogether = RM50





muzium samudera yang warna coklat tu


penumpang yang sangat riang ria gembira..
rasa macam trip skola
bila makin naik ke atas, semua pakat 
'WHOAAA..'
sedangkan para ibu bapa yang ramai naik..heehe

**********
Subhanallah!!!
mulut ni x leh berhenti memuji keindahan alam ciptaan Allah = )
sangat cantik tengok dari atas..
7 minutes kat atas, leh tengok macam2 panorama melaka..

'Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan'
[nuh: 19]

'Supaya kamu melalui jalan yang luas padanya'
[nuh:20]

gambar yang suci murni tanpa extra lines tu hasil kamera hp cik Ana Dragon & cik Iino..
kalaulah aku ada DSLR..*gaya merenung masa depan
tapi sepanjang hari dari naik bus nak p menara taming sari sampai ar naik bus balik
asyik terserempak je dengan manusia2 yang membawa dslr..
even budak skola pun ada dslr T-T
x pe2 *sambil mengurut dada* sabaq2..
before grad aku kena memiliki dslr..baru syiokk..amek gamba time grad nanti
InsyaAllah = )

impian bakal menjadi kenyataan
Yosh!!



Tuesday, March 13, 2012

Menyerap aura Sultan Muhammad Al Fateh

Assalammualaikum wbt,
sudah agak lama aku x meng-update blog..
sarang labah-labah nampaknya sudah memonopoli blog ku ini..
nak tulih blog tapi mood x da..
nak study pun, mood & semangat ada..tetibe..* bunyi cengkerik* panggilan hidden chronicles
menarik aku bermain bersama rakan2 fb ku yakni rakan2 sekelas..
1 kelas diserang virus hidden chronicles yang osem sambil leh menajamkan mata..
tanpa perlu menggunakan jurusan byakugan pun..
hampa tau dak apakah virus itu??? game..ye game~~


haish...di usia ku ini Sultan Muhammad Al Fateh yang muda belia dah pun berjaya
menawan kota konstantinople..bersama bala tenteranya..
Rasulullah SAW pernah bersabda : " Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam,
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera"(HR Imam Ahmad)

filem tentang Sultan Muhammad Al Fateh
tahun 2012
*wink2

selepas 800 tahun, baru kejayaan ini tercipta..
Baginda baru je berusia 21 tahun..amek cermin cermin diri balik..
umur 19 tahun naik takhta, umur 21 tahun berjaya tawan kota konstantinople yang
terkenal dengan kecanggihan dan kekebalan tenteranya..* ternganga*

pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,
'Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu
walau sekali,sila duduk!'
tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah
meninggalkan solat fardhu.Baginda bertanya lagi,
'Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib,
sila duduk!' sebahagian tenteranya duduk.
Kemudian baginda bertanya lagi,
'Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud
walaupun satu malam,sila duduk!'
kali ini semua duduk kecuali Sultan Muhammad Al Fateh sendiri. Baginda tidak
pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat  rawatib dan solat tahajjud sejak baligh.
Baginda sebaik baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
*ternganga & dikuasai dengan rasa kagum yang amat sangat*

aduish..malu semalu malunya!!
sejak baligh x pernah tinggal...tahajjud! MashaAllah!
aku,kamu,awak,anda,hang,mung,ente,hampa???
ye,aku tau nak bangun solat tahajjud di malam hari dikala mimpi baru nak
masuk part kemuncak, tetibe alarm henset berlagu riang..
dan dan setan2 pun datang himpit badan x bagi bangun, beberapa ekoq dok gayut kat mata~~
memang mencabar..

kalo korang 'memonteng' dengan niat mengantuk walaupun alarm dah berlagu riang
sambil mulut & dalam hati beristigfar namun mata terpejam rapat..
sah esok pagi hidup akan dirasakan x semangat, x kena, x best langsung ar pendek kata..
ke..aku je yang rasa?? erk..

tapi aku cuba tuk bangun, kalo dah niat insyaAllah akan terbangun dengan sendiri..
semangat nak tahajjud kena bina awal2 dan kekalkan sampai tiba waktunya..
kalo x, kemungkinan besaq..wassalam..

haa..bertambah lagi 1 nama dalam list idola hidupku..
nama2 super saiya tahap tertinggi semua ni..
kena serap aura sebanyak yang mungkin = )
supaya dapat hasilkan kuasa kamehameha yang power!

*** aku terkenal sebagai super saiya bab makan  je..hik3

sumber Sultan Muhammad Al Fateh : http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1794-sultan-muhammad-al-fateh.html



Thursday, March 1, 2012

the pursuit of happyness

Assalammualaikum wbt..


'if you gotta dream, you gotta protect it'





salah 1 dialog yang sangat aspiring dalam movie 'The Pursuit of Happyness' = )
tengok movie ni time klas keusahawanan..
lecturer yang sangat3x sporting..sampai siap bagi air kotak sorang satu
see..makanan & minuman pun digalakkan bawa time lecture
silap2 kenduri nasi minyak pun leh..hee
ye ar, dia pun paham, kitorang ada banyak core subject yang tough & membunuh~~
since klas ni bukan core subject..hanya 2 kredit je
so,klas dia memang relax..suka100X


movie yang sangat best,aspiring,touching,heart wrenching..
based on true story..
nak tau lebih lanjut, sila ar download ke watch online ke..


point disini--> 
jangan cepat berputus asa sebelum mencuba..
sesiapa yang berputus asa maknanya dia berputus asa dengan rahmat Allah..
Allah akan menguji iman setiap hambaNya yang beriman dengan dugaan & cabaran..
itu tandanya Allah sayang pada hambaNya = )


Wassalam..

Sunday, February 19, 2012

adaptasi komik ke anime bila lagi??

Assalammualaikum wbt..

counting hours to enter the new sem...tomorrow~~
alahai..cepatnya nak masuk klas balik~~
hidup akan kembali busy..macam robot pun ada gak
keep doing the same things over and over again
tapi klas sem ni memang pelik & banyak masa free..yes!
but got one big project to be completed within this sem~~hailorh
nama pun student..

aku x tau nak wat apa dah..boring?? yup! boring gler~~
dah naik cemuih dok terperap kat umah layan citer, anime..
nak layan komik..x da yang baru..novel2 yang baru beli last 3 weeks
dah lama khatam..nak beli baru kena tunggu minggu depan : (
haa..talks about novel,skang ni kan musim adaptasi novel ke drama & movie kan??
ombak rindu ar, bicara hati ar, gemersik kalbu ar..bla..bla..bla..




baru stunt!!

tapi 1 pun aku x tengok..
malas..nasib baik aku dah khatam all these novels..hehhe
tapi, skang ni aku berharap sangat nak tengok adaptasi komik ke anime
macam jepun, hampir semua anime adaptasi manga..sampai bila nak layan anime jepun je
komik Malaysia pun ok pe..lagi best, klakar dan yang penting BERSIH!! = )
teringin nak tengok zint punya komik jadi anime..
Under 18(1-4), Hero, Under Age..semua karya zint ar..

book 1
no fear

book 2
fear no more


book3
fearless

book 4
end of fear


under age..
flashback time skola rendah dlu
(aku cilok idea cover ni time design tuk t-shirt praktikum matrik
aku dlu..)

first aku baca Under 18 time aku form 4..
pinjam kawan aku punya --> cik mira edora
sejak ari tu aku terus ikut citer ni..best!! lawak jangan cakap..
rasanya ramai dah baca..bila baca komik ni memang mengimbau kenangan time skola dlu
aku dlu pun PRS gak..pembimbing rakan sebaya..pembimbing ar sangat kan..hek3x
kisah camner dorang ni nak tubuhkan kelab PRS atau kelab kaunseling
penuh dengan onak duri cubaan..
camner 2 orang samseng leh masuk kelab kaunseling & solvekan problem orang lain..
huish!! memang best tahap gaban..x leh berhenti gelak!!
plus, citer die bukan kosong, bukan sia2 abiskan rm6.50 beli..tapi..
berbaloi..disebalik citer die yang lawak, banyak pengajaran yang leh di amek..

nobody is perfect..
dont judge the book by its cover..
friendship value..
old skool time yang soursaltsweet..

aku dah banyak kali khatam..sampaikan rumate tahun 1 dlu pun pelik asal aku gelak sensorang~~
ermm..senyum + gelak sensorang makruh ek??

haa..yang ni plak koleksi aku
ni baru separuh..heheh

nak gak tunjuk~~
dikala keboringan..ni ar hasilnya
1 of my reasons, kenapa aku 
suka beli & layan komik..
coz,aku leh lukis plak pas tu
= )

kalo ar impian aku ni direalisaikan lagi 5,6 tahun lagi..
alamatnya akan berlaku ar hikayat ibu & anak berebut tv nak tengok anime..hehehe
ok2..enough~~

point disini..adaptasi novel ke drama & movie ni menunjukkan karya anak watan(cetts! ayat skema..hee)
dipandang tinggi bukan sekadar picisan biasa..(ewahh..)
good job, anyway..
hope, giliran komik karya2 tempatan plak diadaptasi.. = )


p/s: rasanya first time aku post pasal komik kan??



kisah chenta bicara hati sem baru

Assalammualaikum wbt..


idea dan semangat nak update blog memang mencurah2 macam ayaq terjun
tapi bila dah tulis sampai separuh..tetiba mood x da~~
last2..save as draft je..
selepas berhari2 x sambung draft tu, aku delete je..kan sonang~~
lagi 2 hari nak masuk sem baru..


the beginning~~


dah terserlah ketensionan nya : (
woes~




Alhamdulillah..exam ari tu semua lulus. majority got 900++/1000..syukur!!
so, bahang sem baru dah semakin terasa!
tengok gelagat junior2 yang balik ke asrama lepas sebulan lebih bercuti memang wat 
aku tergelak sakan..even masuk dalam tandas pun aku dok tahan gelak lagi..(oopss..x senonoh toi!!)
lebih2 lagi junior2 tahun 1..
nak anta sorang je, tapi sampai 2 kereta escort~~
ada tu siap ada perjumpaan dengan bakal mertua lagi
sang lelaki tu punya ar sopan macam lelaki melayu terakhir depan family sang pompuan
siap bakal adik ipar bercium tangan dengan bakal abang ipar~~hailorh2
tu yang aku ketawa x cukup nafas tu..
1 lagi scene ala2 scene citer Sembilu tue..
scene tarik tali pujuk memujuk~~


alamak!! panahan mata abang awie 
memang x leh tahan~~


sang lelaki naik motor sambil kejar sang pompuan yang tengah jalan kaki sambil pegang helmet
tapi muka sang pompuan tu memang com habih ar! (com = monyok+marah)
( bro, kalo bro bawak motor awie lagi masyuukk feeling tu)
aku time tu on the way nak p beli nasi kat pak cik kerang pun tertarik ngan scene tu
sang laki tu saing ar ngan motor kat sebelah sang pompuan yang sedang berjalan 
dengan lajunya dengan harapan dapat pujuk ar balik kekasih ati~~adoiii..leh angina pectoris aku
memang obvious gler scene cinta Sembilu tu sampai pak cik kerang pun perasan
'pe hal ada yang merajuk plak tu??'--> pak cik kerang
aku ngan cik iino gelak je ar..sambil senduk nasi dalam polestrin..


hailorh~~~
aku bukan pakar cinta..aku sendiri pun x penah masuk alam percintaan ni..Alhamdulillah!
mintak jauh dari segala dugaan & cobaan cintan cintun ni selagi belum sampai masanya yang sepatutnya
isnin depan dah start klas..
akaun x terima tetamu terhormat lagi~~ nasib baik ongkos masih mampu menampung keperluan
so, i will be surrounded by woebegone people for 2 weeks.. hehehe
so, lastly, hope semua dapat mulakan sem baru dengan sebaik mungkin! semoga kejayaan 
dapat digenggam..study2 gak solat jangan lupa..Usaha+Doa+Tawakal = InsyaAllah berjaya = )




 at the end~~


InsyaAllah..Yoshaaa!!!