Tuesday, March 13, 2012

Menyerap aura Sultan Muhammad Al Fateh

Assalammualaikum wbt,
sudah agak lama aku x meng-update blog..
sarang labah-labah nampaknya sudah memonopoli blog ku ini..
nak tulih blog tapi mood x da..
nak study pun, mood & semangat ada..tetibe..* bunyi cengkerik* panggilan hidden chronicles
menarik aku bermain bersama rakan2 fb ku yakni rakan2 sekelas..
1 kelas diserang virus hidden chronicles yang osem sambil leh menajamkan mata..
tanpa perlu menggunakan jurusan byakugan pun..
hampa tau dak apakah virus itu??? game..ye game~~


haish...di usia ku ini Sultan Muhammad Al Fateh yang muda belia dah pun berjaya
menawan kota konstantinople..bersama bala tenteranya..
Rasulullah SAW pernah bersabda : " Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam,
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera"(HR Imam Ahmad)

filem tentang Sultan Muhammad Al Fateh
tahun 2012
*wink2

selepas 800 tahun, baru kejayaan ini tercipta..
Baginda baru je berusia 21 tahun..amek cermin cermin diri balik..
umur 19 tahun naik takhta, umur 21 tahun berjaya tawan kota konstantinople yang
terkenal dengan kecanggihan dan kekebalan tenteranya..* ternganga*

pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,
'Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu
walau sekali,sila duduk!'
tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah
meninggalkan solat fardhu.Baginda bertanya lagi,
'Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib,
sila duduk!' sebahagian tenteranya duduk.
Kemudian baginda bertanya lagi,
'Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud
walaupun satu malam,sila duduk!'
kali ini semua duduk kecuali Sultan Muhammad Al Fateh sendiri. Baginda tidak
pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat  rawatib dan solat tahajjud sejak baligh.
Baginda sebaik baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
*ternganga & dikuasai dengan rasa kagum yang amat sangat*

aduish..malu semalu malunya!!
sejak baligh x pernah tinggal...tahajjud! MashaAllah!
aku,kamu,awak,anda,hang,mung,ente,hampa???
ye,aku tau nak bangun solat tahajjud di malam hari dikala mimpi baru nak
masuk part kemuncak, tetibe alarm henset berlagu riang..
dan dan setan2 pun datang himpit badan x bagi bangun, beberapa ekoq dok gayut kat mata~~
memang mencabar..

kalo korang 'memonteng' dengan niat mengantuk walaupun alarm dah berlagu riang
sambil mulut & dalam hati beristigfar namun mata terpejam rapat..
sah esok pagi hidup akan dirasakan x semangat, x kena, x best langsung ar pendek kata..
ke..aku je yang rasa?? erk..

tapi aku cuba tuk bangun, kalo dah niat insyaAllah akan terbangun dengan sendiri..
semangat nak tahajjud kena bina awal2 dan kekalkan sampai tiba waktunya..
kalo x, kemungkinan besaq..wassalam..

haa..bertambah lagi 1 nama dalam list idola hidupku..
nama2 super saiya tahap tertinggi semua ni..
kena serap aura sebanyak yang mungkin = )
supaya dapat hasilkan kuasa kamehameha yang power!

*** aku terkenal sebagai super saiya bab makan  je..hik3

sumber Sultan Muhammad Al Fateh : http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1794-sultan-muhammad-al-fateh.html



No comments:

Post a Comment

pandangan korang