Thursday, July 12, 2012

aura superpower Ramadhan

Asslammualaikum wbt,

okeh, seperti biasa dikala tahap skala keboringan dah capai tahap ketidak-terhinggaan (infinity)
blogwalking jadi aktiviti utama..setiap ceruk dunia punya blog aku korek
semestinya blog rakyat Malaysia yang jadi pilihan terutama kat perantauan
haih, jeles gua tengok dorang main salji bagai~~
InsyaAllah diizinkan Allah, sampai aku kat sana 1 ari nanti = )
hidup aku ni memang hampir 24 jam ngadap laptop je~~
tengok tv kat internet, dengar radio pun kat internet
skang ni tengah busy cari tempat nak wat praktikal, asal jumpa je tempat
yang jika mengikut firasat macam best je LI (latihan industri) kat sini terus anta resume..hehe
roger2 kawan2 U lain pun skang ni busy berpraktikal..aku bulan september nanti~~
baru pas bercalling2 dengan mak, mak kata mintak je banyak2, ada rezeki ada ar nanti
haish, ni baru nak mintal praktikal, kalo nak mintak ghoje camne ar plak ye??
*tangan dibahu mata keatas* eh.
okeh, abaikan soal permasalahan pencarian tempat praktikal..

[kredit:source]

pejam-celik-pejam-celik lagi 8 ari lagi nak Ramadhan dah
yeah! x saba rasanya.. = )
kalo tahun lepas full Ramadhan kat umah terchenta, tapi tahun ni Ramadhan
bertapa kat sini ngadap projek ..berkemungkinan besaq lagi 2 ari nak raya baru leh balik~~
x da can nak wat kuih raya kat umah.ahah!
ok gak dok sini, x payah ngadap iklan2 raya yang berlambak2 kat tv
sesungguhnya aku rasa sangat lah menyampah dengan iklan sebegitu ghupe.
umah terchenta aku skang ni memang sedang bergema dengan bacaan Al-Quran
sempena pertandingan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. ada yang x tau?? ish3x
setiap kali nak puasa, sebulan sebelum puasa akan ada pertandingan ni setiap tahun
dan Malaysia jadi tuan rumah. mungkin ia disiarkan kat tv1, so x ramai yang tau.eh.
kalo tv3 siar ramai kot tau..tau je ar, tengok belum tentu lagi. Zapp! panah tepat ke jantung.
time mak kol tadi pun berlatar belakangkan bacaan Al-quran pertandingan tilawah tu
hoii..rindu ar plak waktu2 sebegitu di umah = (
aura Ramadhan dah semakin dirasai, ati jadi gumbira secara tiba2. sungguh x tipu.
lebih kurang lagi seminggu nak Ramadhan, semoga diizinkan Allah bertemu Ramadhan.
bulan untuk umat Islam. kautlah sebanyak mana pahala yang ditawarkan di Sale Ramadhan = )

Hadith tentang Ramadhan :

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."    


Source: [read more here]

 Ahlan Ya Ramadhan!!

No comments:

Post a Comment

pandangan korang