Assalammualaikum wbt,
salam jumaat (^^). ari ni off day, dan inilah masanya untuk lepak di umah
yang tercinta. ewah. 1 mei aritu x cuti, tapi semangat makin memuncak selepas
bos bagitau gaji triple. walaawehh~ trimas boss!!
ok, motif post ari adalah pasal sombong, rasa diri better dari orang lain. mungkin.
mungkin sekarang ni aku kerja part time kat kedai rm2, so, weekend or time gaji
masuk je adalah satu kemestian kedai tu untuk penuh. terfikir gak, alang2 gaji dah
masuk beriban-riban p ar tesco ke, giant ke, nobita dan sebagainya yang lebih
banyak pilihan barang kan. tapi kedai rm 2 juga jadi pilihan. motif?? sebab murah.
yang menjadi masalah besaq bagi kitorang adalah, bau. lebih lebih lagi bila
pelanggannya adalah orang Bangladesh, Nepal, Myanmar,Vietnam. bau badan mereka
memang lain dari lain dan sepesen. setiap kali mereka kat kaunter nak bayar,
memang x bernafas ar kitorang kat situ.ada juga bau minyak kelapa
macam lumur satu badan. paling sadis, ada yang siap makan sieh lagi. adoiyyy.
Alhamdulillah, aku x kena lagi pelanggan yang makan sireh. boleh muntah dibuatnya.
kalo ari ahad memang mereka ni datang kedai pakai smart2 ala ala hero
hindustan err hero Bangladesh mungkin, tapi bau tetap ada. pernah pakcik ni mengadu
kat kitorang pasal bau para pendatang asing ni. mungkin pemakanan mereka rasanya.
disebabkan faktor ni, yang kadang kadang diri ni memandang rendah kat mereka, rasa
menyampah. tapi timbul juga rasa kesian dan simpati. ye la, diorang ni datang ke sini
untuk cari rezeki untuk keluarga kat negara asal mereka. kesedaran masih ada dalam
diri, cuba bersangka baik dan layan mereka sama dengan pelanggan local.
tetiba teringat kata kata ustazah time skolah dulu, jangan bersangka buruk dengan
orang lain, mungkin iman dan kedudukan orang itu di sisi Allah lebih baik dan tinggi.
*nod. terbaca kat surat khabar tentang sombong atau rasa diri lagi baik dari orang lain...
Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (Riwayat Muslim)
ok, terus insaf lepas baca hadis Rasulullah SAW. sadisnya sikap sombong sampai
x masuk syurga balasannya. biar busuk macam mana sekali pun, mereka adalh pelanggan,
'Customer is always right'.macam x masuk je pepatah Inggeris ni. eh.
supaya Allah kuatkan semangat dan bersangka baik dengan semua makhluk Allah.
Aman.
Wassalam
No comments:
Post a Comment
pandangan korang