Tuesday, October 30, 2012

Syukur


*peringatan: post ini tertunda 3 ari dari tarikh asal: 28/10/2012, akibat
masalah yang x dapat dielakkan. Trimas*


Assalammualaikum wbt,

Salam AidilAdha buat umat Islam di seluruh dunia = )
meng-update blog sambil tengok tok kat dapuq potong daging korban
nak panggang cicah ayaq asam..gulp!2x
alhamdulillah..rasa raya kali ni sangat meriah coz dapat sambut dengan
family + tok + saudara mara belah mak di kedah. Bukan x pernah sambut
raya haji kat kedah..just sebelum ni cuma aku, tok & saudara mara sini je..
mak abah x balik tapi kali ni semua ada = )
solat sunat raya haji kali ni pun best! hati tetiba sebak time solat tahiyyatul masjid
sebelum start solat sunat raya..mata dah berkaca2, tapi control x bagi air mata jatuh
kang pelik plak orang tengok..hihi. Alhamdulillah, cuaca pun ok walaupun
malam raya tu guruh + kilat, tapi x hujan. masjid pun lengkap dengan aircond.
sapa sangka, masjid di tengah2 sawah bendang ada aircond, cantik plak tu.
jalan terus sket jumpa umah Datuk K. eh!
terima kasih kat makcik yg solat kat belakang aku coz tolong betulkan telekung aku yg
ter-tuck in bersama kain sembahyang ^^
aktiviti ziarah-menziarah masih diteruskan. umah tok ni macam pulau dekat
tengah sawah bendang..
so, umah2 kat kawasan tok ni semuanya saudara mara, sepupu, 2 pupu, kupu2..
kenyang tok sah habaq..sampai nak makan sebijik kuih samprit pun x mampu, aigoo..



"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)




tetibe rindu kat miza..seorang yang alim, bertudung labuh, lembut tapi tegas, manis orangnya..
sentiasa mengingatkan & mengajak ke arah kebaikan..disebabkan kitorang ni praktikal kat
company yang sama, cuma, kami bertiga di branch kedah, miza plak kat branch melaka
maka..boleh ar kami ber-chatting2 guna IM  (instant message) *wink3
mana ayat yang penuh dengan hikmah tu, miza punya ayat..ayat yang 'tah-apa-pa' tu
kami bertiga punya..eh.
terima kasih sahabat ^^

x lupa wat cik Mira Edora yang bersedih kerana x dapat menjalankan aktiviti tahunan bersama
merangkap aktiviti wajib iaitu melihat lembu dikorbankan..x pe, next year inshaAllah ^^

No comments:

Post a Comment

pandangan korang