Friday, July 4, 2014

Ramadan's Random2014#3

Assalammualaikum wbt,
Salam Ramadhan ke-6

"Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh 
keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, 
nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."    
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bila bahu bersentuhan bahu
Bila lengan bersentuhan lengan ketika qiam
Ada rasa kemanisan
Ada rasa kasih sayang
Ada rasa keseronokan
Bila nak duduk tahayatul akhir, masing2 akan duduk dengan berhati2,
takut terduduk atas orang lain. Ada yang terpaksa duduk seperti duduk
antara 2 sujud sebab saf agak padat.
Ada rasa bertolak ansur
Ada rasa saling dihormati
Muda hormati yang tua, tua hormati yang muda
Tak kenal pun boleh senyum macam dah kenal 10 tahun
salam siap boleh laga2 pipi
Ada rasa tali persaudaraan yang kuat, bukan pada darah, daging tapi agama
Bukan selalu nak solat berjemaah terutama orang perempuan
Kalo solat jemaah pun sesama sahabat
Tapi kali ni, lebih terasa sikit kemanisannya
Masjid Hopping(solat isya' dan tarawih kat masjid  berbeza setiap malam),
maka, dapat ar berterawih dengan jemaah lain setiap malam..
Itulah kelebihan bulan Ramadhan =)

Wassalam.Aman.

p/s: Doakan GAZA T_T


Wednesday, July 2, 2014

Ramadan's Random2014#2

Assalammualaikum wbt,
Salam Ramadan ke-4.

'Abu Sa`id Al-Khudri (May Allah be pleased with him) reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said,Anyone who fasts for one day for Allah's sake, Allah will keep his face away from the Hellfire for (a distance covered by a journey of) seventy years.' (Al-Bukhari and Muslim)

Sementara tunggu abah mai jemput kat stesen bas, aku cuci mata dengan
gelagat warga muar di tengah2 bandar raya. Pukul 7 pagi. Meriah. Macam
dah tengah hari. Kereta penuh kat jalan. Maklum ar sehari sebelum puasa,
pasar borong penuh kalah tesco buat sale. Persedian menyambut Ramadan.
Kedai2 makan penuh orang bersarapan. Sate pun dah berasap pagi2. Kat sini,
sarapan sate tu normal. Warga asing pun ramai. Naik basikal ramai2. Nostalgia rasa.
Dah lama x naik basikal dengan kawan2. Kalo dulu, basikal still jadi pengngkutan
yang popular, sekarang x lagi. Warga asing je naik basikal, warga tempatan, kalo
naik basikal orang ingat x mampu nak beli motor, malu. pftt. Sekarang tengok
budak2 sekolah pun semua naik motor, susah nak jumpa naik basikal. I miss that time!
Naik basikal p sekolah ramai2, p tusyen malam balik kena kacau dengan pakcik
berlakon jadi 'pocong', jatuh basikal, tayar pancit, gigih p sekolah dikala hujan lebat
dengan basikal, kawan eksiden dengan kereta dan basikal dia jadi tugu statistik
eksiden depan sekolah, kalo nak cerita kat sini boleh terbit 1 buku ni hehe.
Rasa nak tumpang Doraemon masuk terowong masa patah balik ke zaman
kanak2 rebina dulu. I wish.
Disebabkan naik bas, maka inche Nikon x dibawa bersama, kalo x dah banyak
gambar aku snap. Dah ar bandar Muar tu bangunan lama2, ada orang naik basikal
lagi..pehh..nostalgic! Alhamdulillah, dapat sambut Ramadan dengan keluarga,
masih bernyawa di Ramadan kali ini, moga kuat untuk menghadapi segala cabaran
disebabkan para setan tengah 'rehat', ini kalilah nak buat amalan banyak2 tanpa gangguan
yang maha dahsyat. eh.

Wassalam.Aman.

Ramadan's Random2014#1

Assalammualaikum wbt,
Salam Ramadan ke-4

'Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said:When Ramadan enters, the gates of Paradise are opened, the gates of Hellfire are closed and the devils are chained.' (Al-Bukhari and Muslim)

Sat je rasa dah ramadan ke 4 hari ni. Selamat kembali ke pangkuan ofis
terchenta *batuk kecil. 4 hari pulang ke pangkuan keluarga menyambut
ramadan bersama..sungguh x puas, rasa nak apply cuti tambah~ Kali ni balik
ke Muar naik bas bersama kakak, malas katanya nak drive. Naik di Sungai Petani,
bas asalnya pukul 10.30pm, alih2 bas yang sepatutnya rosak dan ditukarkan ke
bas ganti kul 11pm. Tunggu punya tunggu, nasib x tumbuh janggut je lagi, dekat2
pukul 1 pagi baru bas sampai.adess, sabo je ar~ Dugaan sungguh. Ketika nak naik
bas pun ada dugaan lagi. Brother kaunter bas yang kata nak adjust seat untuk kami
pula menghilangkan diri tanpa jejak. Nasib ada seat kosong kat belakang driver, alhamdulillah.
Kemudian bermula lah perjalanan yang melegakan~
Teringat ketika kakak p tanya kat driver bas pasal seat kami, kemudian aku lalu
dari tepi bas dengan hasrat nak join sekaki perbincangan tersebut. Sekilas pakcik tu
pandang kat aku, terus dia pandang kakak sambil muka teruja tanya
kami 'kembar eh'? aku dengan jahatnya, angguk. hehe. masa nak balik SP pun,
pakcik driver bas dengan muka teruja dan menakjubkan tengok kat kami sambil
interviu belajar lagi ke? dua dua rabun? sambil tangan menggayakan cermin mata
di muka. OK. Soalan kedua obvious sangat kot pakcik..haiih~ ni sah ingat kami
kembar ni. Kalo nampak seorang makhluk Allah tu pandang kami dengan teruja
dan menakjubkan, x lain x bukan ialah ingat kami ni kembar. Sungguh ar, fenomena
kembar ni adalah 1 fenomena yang sangat jarang n menakjubkan di Malaysia.
Syok jugak kadang2 tu bila orang tanya kembar, p angguk mengiayakan *senyum keji.
Random sangat eh rasa post kali ni hee..

p/s: Kami bukan kembar, beza 4 tahun. Harap maklum.

Wassalam.Aman.

Monday, June 23, 2014

Part 7:Mari selongkar...sunnah Rasulullah

Assalammualaikum wbt,
Maaf, part 7 ni tergendala agak lama =.=!
baru perasan dah lama part ni terperap dalam draft.
Moga, sama2 kita dapat mengamalkan sunnah Rasulullah. Senyum.

                                                ***

Sunnah Memberi Salam

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda :
 “Manusia yang terdekat dengan Allah S.W.T ialah mereka yang memulakan memberi salam.” (Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w pernah ditanya apakah amakan yang terbaik dalam Islam.
Baginda bersabda :
“Memberi makan kepada yang lapar dan memberi salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak kamu kenali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Imran Ibn Hussain meriwayatkan dari hadith yang disusun oleh Abu Daud
dan At Tirmidzi:
Pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu mengucapkan kepadanya ‘Assalaamu’alaikum’. Salamnya dijawab dan ia pun duduk, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sepuluh’. Sebentar kemudian, datang pula lelaki lain kepadanya lalu mengucapkan, ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaah’. Rasulullah SAW menjawab salamnya itu sementara ia duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Dua puluh’. Akhirnya, datang seorang lelaki sambil mengucapkan ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh’, lalu Rasullullah SAW menjawab salamnya, maka ia pun duduk. Rasulullah SAW bersabda: ‘Tiga puluh kebajikan (pahala). (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan
salam, dan diberkati Allah SWT.Senyum.Aman.

p/s: Kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas.

Dikesempatan ini (sementara rajin mengupdate blog) elok lah
rasanya saya mengucapkan Ahlan wasahlan ya Ramadan!
Semoga dapat menjalani ibadah puasa minggu depan dengan bersungguh2 
& kutip pahala yang berganda2..InshaAllah.

Monday, March 31, 2014

Malas, sila pi jauh jauh!

Assalammualaikum wbt,

Pernahkah anda rasa malas nak hadirkan diri ke kelas? kelas masa study dulu ke,
kelas masakan ke, kelas jahitan ke dan sewaktu dengannya.
op kos pernah! Tipu ar sapa yang kata x pernah timbul hatta sekelumit
perasaan malas nak ke kelas walaupun anda dicop sebagai pelajar paling
skema tahap gaban.eh.
Alhamdulillah, dah hampir 4 bulan aku join kelas tajwid dan hampir 3 bulan ke kelas
bahasa arab. Kedua dua kelas ni bukan ar asing bagi aku sebab dulu dah belajar
ketika sekolah rendah.err,lama juga tinggal. Bahasa arab tu semestinya sudah
banyak aku lupa hehe. Tapi tajwid x pernah lupa sebab selalu dok mengaji Al Quran
cuma bila tanya nama hukum err..lupa.*sambil garu kepala haha.
Makanya, sekarang ni adalah sesi ulangkaji. Kadangkala rasa malas sangat menebal,
mata ni rasa berat je nak buka, badan tetiba jadi lesu. Nampak tak permainan
syaitan di situ? haih~ Tapi aku dah jumpa penawarnya. Bila baca je hadith ni,
rasa malas tu terus lari laju laju menghilangkan diri. Agak hiperbola di sini.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

"Tidaklah suatu kaum itu berkumpul dalam sebuah rumah Allah di mana mereka membaca Kitab Allah dan belajar bersama antara mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan menyebutkan namanya di hadapanpara makhluk yang ada disisiNya"(Sahih Bukhari)

Hilang tak perasaan malas tu bila nak buka baca Al Quran?
Hilang tak perasaan malas tu bila nak ke masjid untuk bertadarus?
Hilang tak perasaan malas tu bila nak ke kelas tajwid+mengaji?
Hilang kannnn..dah kata dah. *Senyum sambil buat tanda 'peace'

Nama anda akan disebut Allah di hadapan para makhluk di hadapanNya.walauweh.
Ala2, nama anda disebut oleh bos dihadapan Ceo dan barisan tertinggi syarikat
untuk direkemen naik pangkat. op kos bangga kan? hihi

Satu lagi ayat yang menaikkan semangat nak menguasai pelbagai ilmu ni adalah
ayat dari tokoh Islam terkemuka yang menguasai pelbagai cabang ilmu, Ibnu Sina;
"waktu muda adalah waktu yang sangat singkat untuk menguasai            pelbagai cabang ilmu"
No wonder Ibnu Sina dapat menguasai pelbagai ilmu dalam usia yang muda.
Maka, gunakan waktu muda ni untuk belajar sebanyak mana ilmu dan amalkan.
InshaAllah.

Wassalam.Aman. 

MH370 Mesir529

Assalammualaikum wbt,

-MH370 Mesir529-

Mohon diberi kekuatan kepada semua keluarga mangsa dan krew kapal terbang MH370
serta keluarga mangsa 529 ahli Ikhwanul Muslimin atas ketidakadilan yang menimpa
mereka. Musibah pertama, MH370 yang mengejutkan dunia terutama rakyat Malaysia
dan rakyat China. Hilang pada 8 mac lalu dan sampai ke saat ini masih x tau apa yang
berlaku sebenarnya ke atas MH370. Sesungguhnya, daripadaNya kita datang kepadaNya
kita kembali. Semoga pencarian kotak hitam dipermudahkan prosesnya. Yakin setiap
yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Hilang sesuatu yang kita sayang, pasti Allah
akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. InshaAllah. Senyum. Musibah kedua,
Mesir 529 orang ahli Ikhwanul Muslimin yang menyokong Dr Morsi dihukum mati
oleh so-called kerajaan Mesir. Dengar berita terbaru 2 orang lagi dihukum mati gak.
Allah..Allah.
Musibah kedua ni lebih meruntun hati aku, terkejut. baru je lepas PM umumkan
MH370 berakhir di Lautan Hindi, pastu buka fb, terbaca plak berita tentang
Mesir ni..speechless. Aku yakin mereka berada si pihak yang benar. Wajah2 mereka
yang dihukum mati tu langsung x sedih malah tersenyum gembira macam baru terlepas
hukuman mati. Mantap! Aku cuba letakkan diri aku kat tempat mereka, mau terjelepuk
kat lantai macam kain buruk kot kalo dijatuhi hukuman mati. Pengsan~
Dan hari ni, update terbaru tentang perhimpunan membantah hukuman mati di Mesir,
ada yang pecah kepala, terburai perut sampai terkeluar usus..syahid. Terasa diri
sangat useless. Sungguh. Dah lama terpikir tentang keadaan umat Islam di seluruh
dunia yang tertindas, ethnic cleansing, macam2 lagi, tapi x da apa yang aku mampu
tolong. Doa. yup, doa je yang mampu aku lakukan. Sesungguhnya, doa itu senjata
umat Islam. Aku tau aku x seberani mereka lagi untuk berjuang di tengah2 peperangan
dan bersedia untuk mati, tapi aku berharap 1 hari nanti aku mampu jadi seperti mereka
dan syahid di jalanNya. InshaAllah.

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) 
pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup 
(secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki
~Surah Ali 'Imran ayat 169
Wassalam. Aman.
 

Saturday, January 18, 2014

Part 6: Mari selongkar...sunnah Rasulullah

Assalammualaikum wbt,

saya yakin ramai yang diluar sana nun tau akan sunnah Rasulullah yang 1 ni.
Solat Dhuha. untuk murah rezeki. senyum sampai telinga.

                                                  *****

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku."
 [al-zariyat: 56]
Allah S.W.T. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya.
Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah
Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai
tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.
Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia,
Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga
pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar
penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang
dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada
saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira
jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat
di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan
sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w.
menjelaskan:
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas
sinarnya."
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat
tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang.
[Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi]
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat
itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga
sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah
Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan
perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini
hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah
hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

Kelebihan
Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t..
Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.
Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri.
Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan
amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat
dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.
Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
"Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah.
Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan
tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar
adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."

 [HR : Muslim]
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan
lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru,
dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah,
simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini adalah :
1)      Sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna.
Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.

2)      Sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat
(baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga
lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.

3)      Pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya
dalam bentuk yang konsisten.

Hal ini diterangkan oleh Aishah:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya.
Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka." 

[HR : Muslim]
Bilangan rakaat
Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja
dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat
sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat
(dilakukan secara dua kali salam).
Ini bersandarkan hadis Aishah menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak
empat rakaat.
Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud:
"Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani." 
[HR: Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih]
Ada riwayat lain menyatakan solat Dhuha berjumlah enam rakaat (tiga kali salam)
seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. [HR: Imam al-Tabarani]
Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak."
[HR : al-Tirmizi]
Ayuh, marilah sama-sama kita tunaikan solat sunat Dhuha  yang sangat di tuntut dalam agama kita ini, mudah-mudahan amal yang buat berterusan ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya.


Wassalam.Aman.
p/s: Kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas