Saturday, January 18, 2014

Part 5: Mari selongkar...sunnah Rasulullah

Assalammualaikum wbt,
selamat bercuti panjang minggu ni dengan girangnya. hehe. ditambah pula
hari isnin depan 20 januari cuti ganti bagi ulangtahun keputeraan Sultan Kedah
Heaven.
mari teruskan sunnah Rasulullah yang seterusnya. yukk!

                                                   *****

Adab Adab Terhadap Makanan: Larangan Mencela Makanan


"Nabi Muhammad S.A.W Tidak Pernah Mencela Makanan, Apabila Baginda Suka, Baginda Makan Makanan Itu Dan Apabila Baginda Tidak Suka Baginda Meninggalkannya."
(H.R. BUKHARI & MUSLIM)

Penerangan Hadis

Imam Al-Nawawi berkata :
Inilah adab terhadap makanan yang dianjurkan oleh Islam. Antara perkataan yang sering diucapkan terhadap makanan  yang tidak disukai seperti ‘masin, tawar,masam dan sebagainya’. Sekiranya kita tidak suka makanan tersebut adalah lebih baik kita meninggalkan makanan tersebut dan tidak mencela makanan  itu. Tetapi hadis ini tidak termasuk dengan keadaan dimana Rasulullah tidak memakan dhab.

Ibnu Hajar pula berkata :

Hadis membawa maksud makanan yang mubah(harus), adapun jika makanan yang haram maka baginda akan mencela dan melarang untuk makan makanan tersebut.


Menjilat Sisa Makanan Dijari Sebelum Dicuci Dan Dibersihkan

"Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W Pernah Bersabda “Apabila Salah Seorang Dari Kamu Selesai Makan, Maka Janganlah Kamu Membasuh Tangan Sebelum Kamu Jilat Jari-Jari Sendiri Atau Menyuruh Orang Lain(Daripada Kalangan Orang Kamu Cintai Dan Tidak Merasa Jijik Dengan Kamu)Untuk Menjilat Jari Tersebut."
(H.R.BUKHARI,MUSLIM & IBNU MAJAH)

"Daripada Ka’ab Bin Mas’ud, Rasulullah S.A.W Makan Menggunakan Tiga Jari, Lalu Baginda Menjilat Jari-Jarinya Sebelum Membersihkannya."
 (H.R.MUSLIM & ABU DAWUD)

Penerangan Hadis:

Al-Hafiz Ibnu Hajar Rahimahullah menyebutkan dalam kitab Fathul Baari
“Hadis ini membantah orang-orang yang tidak suka menjilat jari dengan alasan dikatakan perbuatan ini jijik.tetapi maksud jijik yang sebenar ialah selepas kita jilat jari-jari tersebut kemudian sambung semula makan dengan jari yang telah terkena air liur tadi. dengan perbuatan ini sudah tentu akan meyebabkan orang lain berasa jijik”

Ibnu ‘utsaimin juga menjelaskan dalam kitab Syarah Riyadhus Salihin

“ Dalam hadis ini terkandung beberapa kebaikkan berdasarkan kajian ahli-ahli perubatan iaitu ketika makan, dihujung-hujung jari akan mengeluarkan zat-zat yang sangat membantu dalam proses pencernaan makanan. ini bermakna, dengan menjilat jari-jari selepas makan,kita akan memperolehi dua faedah. pertama, faedah syar’i iaitu kerana mengikuti sunah rasulullah s.a.w. kedua, faedah daripada aspek kesihatan iaitu dengan adanya zat-zat pada jari yang dapat membantu proses pencernaan”

Wassalam.Aman. 
p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas.

Wednesday, January 15, 2014

Part 4: Mari selongkar...sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum wbt,

mohon masih berkemampuan nak mencerna dan meng-otak(brain)
sunnah Rasulullah yang seterusnya. ohoiii~

                                                      *****

Makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW

Makan Timun Bersama Tamar

“Daripada Abdullah Bin Jaafar (R.A), Meriwayatkan Bahawa: Rasulullah s.a.w 
Pernah Makan Timun Bersama Tamar” H.R. Muslim.

Menurut Abu Isa al-Tirmizi: Ianya hadith hasan lagi sahih lagi gharib. Ketahuilah
bahawa makan timun dengan buah kurma masak itu samalah seperti makan roti
dengan timun, dengan makan timun dengan kurma masak, ianya dapat menghilangkan
dahaga, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya
tidak mudah busuk dan rosak. Sifat timun yang tawar akan menjadi enak apabila
dimakan bersama tamar yang manis.

Dan mengapakah Nabi memakannya sekali bersama timun dan kurma?
Ia adalah disebabkan kedua-duanya bersifat saling berlawanan, timun itu bersifat
sejuk dingin, manakala kurma itu bersifat panas dan kering oleh sebab itu timbangan
suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas.
Oleh itu jika ingin memakan benda sejuk seperti timun hendaklah memakan sesuatu
benda yang panas seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya kerana ianya dapat
menyeimbangkan kembali suhu badan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith,
Nabi memakannya bersama untuk tujuan tersebut.


Makan Tembikai Kasturi Dengan Tamar Yang Baru Masak

Daripada Anas bin Malik (r.a), meriwayatkan bahawa:
”aku melihat Rasulullah s.a.w mencampurkan tembikai kasturi dengan 
tamar yang baru masak”.

Adapun sebahagian Ulama’ berselisih pendapat berkenaan tembikai kasturi, ada
yang menyatakan bahawa tembikai biasa. Adapun tembikai biasa bersifat manis,
maka tembikai kasturi sedikit tawar, maka baginda akan memakannya dengan tamar
bagi menambahkan kemanisan pada makanan tersebut.

Kesimpulannya, mencampurkan makanan mengikut kesesuaian adalah daripada
sunah Rasulullah s.a.w. Mencampuri makanan bagi tujuan kesihatan, dan
menambahkan kelazatan adalah tidak dilarang, namun, sekiranya percampuran itu
akan menghasilkan mudarat pada tubuh badan dan akal fikiran, adalah haram.
Mencampurkan makanan yang haram walaupun sedikit juga haram, seperti
memasak dengan mencampurkan arak(wine), walaupun tidak memabukkan,
tetapi jelas bahawa arak itu adalah haram, maka ia tetap haram. Wallahualam.

Wassalam.Aman.

p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas
**masih pesanan yang sama~nyaaann~

Tuesday, January 14, 2014

Part 3:Mari selongkar...sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum wbt,

jom teruskan selongkar sunnah sunnah Rasulullah SAW dan cuba amalkan
dalam kehidupan seharian. InshaAllah, lama2 jadi habits ye dak? hehe

                                                       *****

Kesukaan Rasulullah Bersiwak


1.    Dari Ibnu ‘Umar r.a., dia berkata maksudnya:

“ Tidaklah Rasulullah s.a.w. tidur melainkan siwak ada di samping beliau. Manakala bangun tidur, beliau terus bersiwak ”.
 ( HR. Ahmad & Al- Bukhari )

2.      Dari Abu Hurairah s.a.w., dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“ Andaikata tidak memberatkan ummatku, pasti akuk akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak pada setiap kali hendak mengerjakan solat ”.
( HR Al-Bukhari & Muslim )

3.      Dari ‘Aisyah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“ Siwak itu pembersih mulut dan mendatangkan redha Allah ”
 ( HR Al-Bukhari & Ahmad & An-Nasa-i)        
         
Keterangan :
Al-“allamah ash-Shan’ani menyebutkan dalam Subulus Salaam bahawa
dalam kitab al-Badrul Muniir menyatakan : Ada lebih dari seratus hadith yang menyebutkan
tentang siwak. Namun, sungguh menghairankan, Sunnah Nabi s.a.w. yang banyak tersebut
dilalaikan oleh kebanyakkan orang.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghidupkan sunah-sunnah Rasulullah s.a.w. yang
mana Rasulullah s.a.w. amat menjaga kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi.


Cara Duduk Rasulullah s.a.w


Dari Qailah binti Makhramah, dia menceritakan bahawa dia melihat Rasulullah
di dalam masjid. Rasulullah sedang duduk merapatkan kedua-dua paha beliau ke
perut beliau. Lalu Qailah berkata,

” Apabila aku melihat Rasulullah  duduk dengan begitu khusyuk, aku menjadi gementar.”
(HR. At-Tirmidzi. Hadis hasan)

Penjelasan:

Ulama-ulama berselisih pendapat mengenai cara duduk nabi Muhammad saw.
Diantara cara duduk nabi keadaan begini di ketahui ramai  di mana punggong akan
berada di lantai sedangkan lutut diangkat serta di dakap ke dada. Keadaan duduk
sebegini adalah perkara yang agak janggal didalam masyarakat melayu kerana
menganggap duduk sebegini yang diistilahkan seperti duduk orang kalah judi.
Perkara ini berbeza dengan amalan nabi SAW ketika di masjid menurut hadith diatas.
Duduk seperti ini biasa dilakukan oleh nabi SAW ketika berada di masjid
dan majlis-majlis keraian.

Wassalam.Aman.

p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni.Trimas.

Part 2: Mari selongkar...sunnah Rasulullah SAW

Assalamualaikum wbt,

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1435.
Part 2 sunnah Rasulullah. moga dapat diamalkan bersama. Peace yo.

                                                                   *******

Cara Rasulullah Makan

Ka’b bin Malik meriwayatkan :   

“ selepas selesai makan, Nabi s.a.w. menjilati jari-jari beliau sebanyak tiga kali.”
 ( Riwayat Tirmidzi )

 Menurut Abu Iza, para perawi, selain Muhammad bin Basysyar, menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menjilat ketiga jari beliau.
 

Anas bin Malik r.a :

“ Selepas selesai makan, Rasulullah s.a.w. menjilat ketiga jari-jari beliau.” 
 ( Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad )


Abu Juhaifah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

 “Saya tidak makan sambil bersandar”
 (Riwayat Tirmidzi, Bukhari,Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi)

Ka’ab bin Malik r.a meriwayatkan :

 “Rasulullah s.a.w makan dengan menggunakan ketiga jari beliau. Selepas selesai makan, beliau menjilat ketiganya.”
 ( Riwayat Tirmidzi, Muslim Abu Dawud dan Ahmad )

 Anas bin Malik r.a meriwayatkan :

“Rasulullah s.a.w pernah diberi kurma. Saya melihat beliau makan sambil duduk dengan betis ditegakkan kerana lapar”.
 ( Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad )


Wassalam.Aman.

p/s: kredit buat tuan punya blog yang aku copy info ni. Trimas

Monday, January 13, 2014

Part 1:Mari selongkar..sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum wbt,
ketika dalam proses 'pembersihan' isi laptop, akibat banyak sangat benda2 yang x
perlu..terjumpa semula nota mengenai sunnah dan perilaku Rasulullah SAW.
aku copy nota ni dari sebuah blog dolu2 tapi dah lupa blog apa =.=!
sebenarnya ada siap ngan hadis dalam tulisan jawi, malangnya, notepad x leh
recognize tulisan2 tersebut dan yang tinggal hanya tanda soal (?) banyak2~ohhh
maka, ada baiknya aku kongsikan untuk tatapan bersama. semoga leh diamalkan.
senyum.


Cara Berjalan RASULULLAH S.A.W.

Nabi s.a.w. kita berjalan sangat aktif dan laju sampai para sahabat kena gigih kejar baginda.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa:

"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada Rasulullah s.a.w. Cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari itu sendiri memancar di mukanya. Dan aku tidak pernah seorang yang terlalu lasak berjalan selain baginda s.a.w. seolah-olah bumi bergulung untuknya. Jika pada satu masa baginda di sini, sebentar lagi akan kelihatan baginda di sana. Walaupun ada ketika baginda berjalan secara biasa, namun kami yang mengikuti baginda terpaksa melangkah dengan susah-payah (terpaksa berjalan dengan lebih lasak untuk bersamanya)"
Baginda s.a.w. berjalan seolah-olah menuruni tempat tinggi. Sangat lasak dan energetic.

Daripada riwayat Ibrahim ibn Muhammad:
"Ali r.a. menerangkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. berjalan, baginda akan menjatuhkan langkahnya dengan mantap dan bertenaga."


  • Rasulullah berjalan sangat laju seperti menuruni tempat tinggi dan penuh bertenaga dan setiap langkah baginda ada arah tujunya. Apabila berjalan, Nabi s.a.w. akan membiarkan para sahabatnya mendahului baginda s.a.w.


Seperti yang diriwayatkan oleh Hind bin Halah:
"...Apabila baginda (s.a.w.) berjalan di kalangan sahabat-sahabat, baginda s.a.w. tidak akan mendahului mereka."


  • Nabi s.a.w. tidak berjalan di hadapan sahabat-sahabatnya disebabkan sifat tawaduk yang dimiliki baginda. Berjalan di hadapan orang lain adalah amalan orang angkuh dan ujub sebagai tanda kemuliaan, taraf dan maruah mereka
  • Nabi s.a.w. juga lebih gemar berjalan di belakang untuk memudahkan baginda membantu sahabat yang memerlukan pertolongan seperti keciciran barang.
  •  'Allamah Baijuri mengatakan malaikat-malaikat sentiasa berjalan di belakang Rasulullah s.a.w., oleh itu baginda akan membiarkan sahabat berjalan di hadapan.
  • Nabi s.a.w. seorang pembimbing yang pengasih. Apabila berada di belakang, baginda dapat melihat kesalahan dan kekurangan yang dilakukan oleh sahabat lalu membetulkannya.

Wassalam.Aman.

p/s: kredit buat blog yang aku copy info ni. Trimas.

Sunday, January 5, 2014

Azam jangka masa panjang

Assalammualaikum wbt,

masih x terlambat harapnya nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. hoyeah2~
azam saya tahun ni adalah untuk melaksanakan azam2 yang lepas. eh.
puas rasanya dapat keluar jalan2, ronda2, sembang2, lepak2 bersama Cik Iino.
nama je tempat keja 1 kawasan, tapi nak berjumpa macam dok beribu2 batu~
makan+sembang+lepak kat Secret Recipe pastu p sambung lepak kat kedai buku
hampir 2 jam dok bertapa kat kedai buku..kami memang begitu. kalo dah masuk
kedai buku, mau berjam2, rasa macam nak je bawa tilam bantal skali. ohoi.
menemani Cik Iino mencari buku sirah para nabi dan belek2 buku2 yang best
dah reserve beberapa buah buku untuk dibeli pabila masuknya gaji bulan ni hehe
antaranya kisah para ilmuwan Islam. mohon, masih ada stok hujung bulan ni..
terjumpa bebrapa buah buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al Ayubi,
tetibe, teringat kembali semangat dan impian untuk jejakkan kaki ke tempat2
sejarah kegemilangan Islam. Cordoba, konstantinopel(Istanbul)..etc..
sebenarnya aku agak takut nak suarakan hasrat hatiku ni kepada rakan2 yang lain
ececeh~~ sungguh. last2 aku pendamkan je dan berkira2 nak p sana bermusafir sorg2.
macam cool je kan bunyinya..eheh~ memandangkan kami sedang merangka2
perjalanan ke korea mahupun jepun. tapi, rupanya aku x keseorangan..Cik Iino pun
mempunyai impian yang sama sepertiku. wahh, hati berbunga2 seperti musim bunga ^^
beliau kata, seperti allahyarham Ammar yang belajar sejarah Islam di Turki.
so, beliau kata instead of p korea dan jepun, baik p tempat2 sejarah Islam..
at least dapat belajar benda2 baru. oh yeah! so, gps kena reset balik ni. tukar route.
moga dipermudahkan. mohon! sungguh, hati dah masuk musim seribu bunga ni olalala~
leh ke dikategorikan sebagai azam ni? rasanya azam jangka masa panjang hehe
mohon Allah permudahkan. Amin ^^

Azam tahun ni apakah? sila rujuk perenggan di atas. Trimas.

semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum2 ni terutama buat saudara seIslam
di seluruh dunia. nak jejak ke Palestin pun impian yang moga jadi kenyataan.Amin.

Wassalam.Aman.


Sunday, December 22, 2013

Armenian Street Art

Assalammualaikum wbt,

tsskk..rasa macam dah berkurun lamanya x singgah my so-called blog ni kan..
apatah lagi nak update..hampehh~ rasanya aku pernah kata nak update pasal
percutian di sebuah pulau..tapi dah hampir 10 bulan yg lalu, aku pun rasa
malas nak korek balik memori pasal tu..maka, tolong abaikan hehe..
maka, izinkan hamba update pasal ronda2 di Armenian Street Art di Penang..
maka, benarlah apa yg dikatakan orang ramai tentang jalan di Penang.
sempit dan sesak. bumper-to-bumper ar, side mirror-to-side mirror pun ada~
setiap kali nak selisih keta, kena ketap gigi sebab seriau huhu
nasib baik keta Cik Farah canggih sikit berbanding kami yang lain.
ada GPS lagi..kalo x jenuh nak cari jalan, sebab jalan adalah sehala.
GPS tu pun terpaksa update jalan banyak kali. sabo je ar~

The 'Baby' Hulk
tp kaler kuning




x tau plak Bruce Lee jadi duta kedai sewa basikal



baru perasan ada 2 ekor kucing 
ditendang oleh uncle Bruce Lee


kena amek giliran nak amek gamba budak ni
~haih



meet the Minions

rasa ala2 nostalgik gitu bila tengok kedai ni









lukisan yg x siap barangkali..
ke salah tempat nak berseni..heh


masjid. nama x ingat plak~
short term memory




mereka2 yg menyewa basikal


nak amek gamba semua lukisan ni bukan mudah..ada je manusia nak bergamba 
sekali ngan lukisan tu~ penat tunggu orang x da, terus amek..
ada yg termasuk tangan ar, kaki orang ar..crop aje..kan sonang~oyeahh
no entrance fee..free ok. sebab tu aku p bersama teman2 teratak persinggahan. 
We Like!
nickname untuk umah sewa haha. aku, Cik Nadh, Cik Aisyah dan warga teratak
lain Cik Farah. alang2 nak p berfoya2 di Gurney Plaza, jom ronda2 sekali kan. ye dak?
nak pusing cari semua lukisan dinding ni ada baiknya kalo p wat exercise tambah stamina dulu.
kenapakah?? oohh, sebab tempat dia besaq cek oii..lukisan merata2..
maka,ramai yang menyewa basikal. tapi, kami semua memilih untuk berjalan kaki..
save budget. 
kat situ pn ada muzium batik, kecik je & kena bayar RM5 nak masuk. 
penat uncle n aunty tu pujuk ngan ayat manis bergula-leh-kena-diabetes kami 
untuk masuk, siap bagi  diskaun RM2 lagi. malangnya, kami menolak kerana nak 
kejar masa, sebab dah janji ngan kawan Cik Nadh jumpa di Gurney Plaza waktu lunch. 
maafkan kami. lagipun Cik Nadh, Cik Aisyah dan Cik Farah kata mereka ni buta 
seni terutama seni batik~ ok, no comment. haha
bayangkan meronda kat situ dari pukul 10 lebih sampai 12 lebih, cuaca panas terik,
terasa macam tourist saanngaatt kannn~ tapi, worth it!

Cik Farah belanja. selaku yg paling senior antara semua
beliau belanja kami masker untuk kekal awet muda
dan segarkan kembali kulit wajah
selepas seharian berjalan
ececeh~

x abis khatam lagi p melancong dalam Malaysia..
ini dinamakan sebagai Cuti-cuti Malaysia..ewaahh~

Wassalam.Aman.