Thursday, July 25, 2013

Ramadan's random #2

Assalammualaikum wbt,
Salam 15 Ramadan. ohhh, amal baru seciput~
layan "bring islam back" - Soldier of Allah

entah tetibe telinga ni gatal nak dengar radio lepas subuh tadi. tangan terus menekan
setiap frekuensi radio yang ada kat negara terchenta ni. heh. kot2 ar terdengar lagu
raya ke..ye la, sebelum ni pun, baru puasa seminggu dah sakan putar lagu raya kat radio.
tapi, x terserempak pun dengan mana2 lagu raya kat radio setakat ni ataupun, aku je
yang terdengar lagi coz dah lama x dengar radio. layan IKIM.fm ar pagi2 ni..
terkaku sebentar coz deeejay IKIM.fm pagi2 buta ni dah tanya soalan yang leh buat
orang tersedak kot. "agak2 kat masjid mana kita nak berterawih malam ni?" ohoi~
sedangkan kat radio2 lain sibuk mainkan iklan2 raya, ada yang siap bertanya juadah
apa nak dibeli untuk berbuka?~ norm, norma, normal di Malaysia.
standard ar bro! *pengsan~

Ibadah vs Adat

terbaca bahagian Wawancara dalam surat khabar minggu lepas. wawancara bersama
Mufti Kelantan. beliau menyatakan bahawa, puasa tu memang ibadah tetapi Rasulullah SAW
menyebut ada berapa ramai orang berpuasa tetapi hanya dapat lapar dan dahaga.
maknanya...bila berpuasa, dia x makan dan x minum , hanya lapar dan dahaga je dapat,
pahala..harap maaf, x dapat. beliau nyatakan lagi, bukan saja x makan, x minum x boleh
ada hubungan kelamin suami isteri tetapi satu pakej keseluruhan sebagai satu pakej:
  1. x mengumpat
  2. x berbohong
  3. sifat2 keji x dilakukan
  4. banyakkan sifat2 yang baik
sehingga dikatakan buat yang sunat pahalanya macam yang fardhu, buat yang fardhu
pahalanya.of coz ar berlipat3x kali ganda, agak2 tinggi dari everest. eh. oleh itu, dengan
amalkan satu pakej ni, In Shaa Allah, puasa bukan lagi adat tapi ibadah.*kenyit mata

nak mulut bau seharum kasturi?

kata beliau lagi..
dalam hadis ada menyatakan bau mulut orang yang berpuasa ni seharum kasturi. 
nak mulut wangi? nahh..banyakkan baca Al-Quran. kalam Allah itu wanginya. 
berapa juzuk dah baca?? *sambil bilang kat jari. banyakkan berzikir dan
selawat ke atas nabi. *mulut dok kumat kamit nyanyi lagu ape ntah. dan,
pergi terawih. itu yang dikatakan wangi secara simbolik. oooo..*berpeluh2~
tetapi kalo mulut terus mengumpat, mulut busuk sebenarnya. bulan Ramadan kena
tahan semua tu. itu barangkali falsafah di bulan Ramadan. 

sat je rasanya dah 1/3 Ramadan dah pergi.. dan dah masuk pertengahan Ramadan dah
haishh, amal x banyak lagi, kadang2 malas..apa nak jadi pun x tau~*hantuk kepala
syaitan kena ikat tapi 'malas' plak masuk ganti tempat syaitan..
ahh..kena lawan. fight! lagi 15 ari je tinggal..rugi kalo x amek kesempatan untuk
buat amal, kot2 tahun depan x jumpa dah Ramadan, x ke rugi yob??
lawan nafsu, lawan perasaan malas, ayuh beramal! yosh!!!

p/s: entry kali ni merujuk pe yang dikatakan oleh mufti Kelantan dan diolah semula
sesuka suki ati tuan blog tapi isi dia masih sama. semoga, sama2 kita dapat manfaat
In shaa Allah.

wassalam.Aman.

Monday, July 15, 2013

Ramadan's random#1

Assalammualikum wbt,
salam 6 Ramadan. Sat nya dah 6 ari berpuasa~~

"Hai, orang orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al Baqarah,2:183)

sambil layan 'A gift of life' oleh Talib al Habib
Alhamdulillah, setelah 4 tahum x berpeluang menyambut Ramadan pertama
bersama family, akhirnya..tahun ni diizinkan yuhhuuu~ tetibe rindu plak nak
berpuasa di kampus balik hehe..teringat sahur dulu hanya air kosong + biskut/roti
rajin ar sangat nak p masak nasi buat nasi goreng.heh~ jauh bezanya kalo x makan
sebab berpuasa dengan x makan tapi x puasa. even sahur air kosong ngan roti je
tapi boleh je jalan keliling kampus naik turun tangga. tapi, kalo x makan
tapi x puasa, cth, busy ngan projek memang muka dah macam
zombi + perut masuk angin~ lemau
hikmah berpuasa. Senyum.

"Dan bagi orang yang berpuasa ada 2 macam kegembiraan: Pertama ketika dia
berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan tuhannya"
(Sahih Muslim 1117)

kadang2 tu ada gak orang yang x berapa nak paham kenapa perlu berpuasa?
especially, non muslim ar kan. bagi aku, ada simple analogy yang make sense
untuk buat orang fikir dan paham. cth, laptop. once in a while, mesti nak kena
format. kenapa? performance dah slow sebab kita asyik sumbat macam2 benda,
dah install macam2 software sampai nak loading windows pun leh siap tumbuk
belacan dulu. eh. so, sama macam perut kita. selama 11 bulan sumbat macam2
makanan tolak kayu dan batu je, kena ar 'format' balik dengan berpuasa.
kajian dalam bidang perubatan pun membuktikan yang hampir semua penyakit
kritikal datangnya dari perut; yakni datang dari sumber makanan yang dimakan.
perhh, ayat ku..*angkat kening sebelah. ada paham??

"Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi"
(Sahih Muslim 1118)

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang melalui Ramadan, in shaa Allah sampai
ke ari last Ramadan. Bulan untuk buat bergunung2 amalan, untuk bekalan ke
'dunia' sana. ermm, banyak dah ke buat amal?? *garu kepala
well, misi Ramadan kali ni ada goals untuk dicapai.

  1. hafal surah Al-mulk. dah hafal sampai ayat 15.
  2. hafal surah2 lazim.
  3. amalan baca Al- Ma'thurat setiap ari

sedih pun ada bila tengok goals aku. nak hafal balik surah2 yang pernah dihafal
haih~ tu ar akibatnya kalo hafal hanya untuk dibaca depan ustazah n ustaz je
dan lulus bab hafalan. niat tu kalo dah salah, ini ar akibatnya.* tutup muka malu~
kena korek balik memori yang terselit kat celah2 lipatan cerebrum dan cerebellum.
baca Al- Ma'thurat plak adalah amalan yang pernah aku amalkan setiap ari dulu
pastu terhenti akibat buku Al- Ma'thurat kecik comel aku tetibe hilang. dan kini
dah ditemui semula. hehe. so, apa lagi? jadikan amalan setiap ari semula. Yosh!
Al- Ma'thurat adalah buku yang mengadungi zikir2 yang diamalkan
Nabi Muhammad SAW. elok sangat diamalkan setiap ari. ayuh, lawan nafsu malas tu.
ingat, Allah tengok Usaha bukan Natijah. Senyum lebar.

p/s: doakan untuk saudara seislam yang menderita, terkurung dan sedang 'berperang'
macam kat mesir sana nun, myanmar, palestin dan negara2 islam yang lain. semoga
Allah berikan keberkatan dan kasih sayang-Nya ke atas kita semua. In shaa Allah

Wassalam. Aman.

Tuesday, July 2, 2013

Big Time Momento

Assalammualaikum wbt,

tepat pukul 12 tengah malam semalam, tamat lah perkhidmatan aku sebagai pekerja
yang 'sangat' berdedikasi terhadap kedai rm2. Cik Ayien Swift pun turut meletak
jawatan demi meneruskan cita2 untuk menyambung pelajaran minggu depan. kini
tinggal Cik Nurul Vogue dan Cik Midah rock-jiwang-tangkap-leleh serta 2 ahli baru.
gumbira, sedih, rasa nak melompat kegembiraan, tetibe rasa berat hati nak resigned..
pehh, berbaur perasaan ni ececehh~~ banyak kenangan gila-gila xpernah dibuat orang..
lebih kurang 3 bulan 7 hari aku keje, tapi gaya kitorang ber-4 dah macam
bertahun-tahun kenal. Alhamdulillah, sekepala, sehati,sejiwa.

Skuad Pasar Malam versi gelabah eh?
ari tu, bertiga je bekerja, bersama Cik Ayien Swift dan Cik Nurul Vogue.
So, Cik Ayien Swift  ari tu x balik rehat, dan kebetulan ada pasar malam setiap
hari selasa. Aku temankan Cik Ayien Swift p pasar dan Cik Nurul Vogue jaga
kedai yang x  ada pelanggan sangat kalo weekdays.
nak dijadikan cerita, tetibe bos dan supervisor leh plak mencemar duli ke kedai.
Cik Nurul Vogue time tu dah nak putus urat kepala pikir nak bagi alasan pe kat bos.
aku dan Cik Ayien Swift plak dah kelam kabut beli satay sambil brainstorming
pasal alasan. Tulah bos agaknya, on the way balik leh plak sekor anjing hitam ni
ala2 nak ligan kitorang, fuh! tapi bos lagi menakutkan kot. tapi, Alhamdulillah, bos
tetap senyum macam x da pe2 kesalahan kitorang lakukan. hee~
tapi dalam hati dia sapa tau ek? layan~

Jalan Jalan Cari Makan
ber-5: Aku, Cik Nurul Vogue, Cik Ayien Swift, Cik Midah rock-jiwang-tangkap-leleh
dan Cik Aten gigi-putih. p melantak dengan sopan di Sabak Awor sempena pemergian
Cik Aten gigi-putih ke politeknik. memang betul2 melantak 5 lauk seafood + nasi.
p naik kete Cik Nurul Vogue, ala2 nak sesat gak, kecoh 1 kete. tapi best, big time!!

Lepak-Macam-Kedai-Sendiri
makan2 ala2 jamuan kat kedai tu aktiviti normal. siap buat fruit cocktail, makan asam
epal cicah sambal kicap..sudut tepi meja cashier tu penuh dengan makanan je, peace~

Bersenam Waktu Malam
main bola ala2 training bola jaring kat depan kedai. nasib baik time tu pelanggan x
da..so, leh relax main baling2 bola. kalo bos dan supervisor nampak memang masak~

Operasi Mee Bandung
Alhamdulillah, dapat gak masing2 lunaskan kempunan nak makan mee bandung.
first time sebenarnya aku makan mee bandung. hee~ real mee bandung ok!

Jadi Kaunselor x bertauliah
entah mandat mana tah aku dapat tetibe jadi kaunselor x bertauliah kat mereka
ber-3. masalah family, masalah study, Alhamdulillah, mana yang aku dapat bantu,
aku bantu. masalah cinta cintun pun dorang refer kat aku. aku yang x pernah
ada pengalaman dalam love matter pun perah otak kalo dorg mintak advice.
Dr love kah aku?? wahahaha..

banyak lagi aktiviti yang memang x leh diterima akal. macam2 karenah pelanggan,
dah kebal dengan bau badan orang Bangladesh, mulut penuh sireh orang Myanmar.
tapi x cukup nafas gak kalo dorang datang~huh, peluh besaq!!!
siap leh hafal pakcik ni dah 3 kali datang kedai, makcik ni seminggu turut2 beli belah
kat kedai. pelanggan pun dah kenal, kalo p mana2 ada yang tegur: 'tak keje ke ari ni?'
ada gak yang pandang macam nak tembus kalo terjumpa kat luar. nak je kata,
saya-bukan-alien-harap-maklum-terima-kasih.
Alhamdulillah, sesungguhnya aku gumbira ditemukan sahabat2 yang superb macam ni.
aku yakin, persahabatan ni terbina kerana Allah. sebab tu, dalam masa yang singkat je
dah rapat macam dah 10 tahun kenal. senyum~


Monday, June 24, 2013

A.B.A.H

Assalammualaikum wbt,

it's pretty late to talk about Father's day, ayte??
tapi izinkan hamba berbicara barang sebentar pasal ayahanda hamba.
Abah, ayah, abi, walid, bapak, papa, puppy?? kalo ada mummy mesti ada puppy kan? hein?
tu baru panggilan orang Malaysia untuk seorang bapa, belum lagi masuk benua lain
tahun ni up sket dari tahun sebelumnya. kalo sebelum ni just mesej kat abah wish
selamat hari bapa..tapi tahun ni ditakdirkan berada dirumah serta dah bergaji hasil
keje part time, dapat lah hamba membeli sebiji kek cappucino mocha. Abah x suka
sangat kek berkrim, so, beli kek span lembut yang rasanya memang walauwehhh~
A.B.A.H, memang banyak benda buat abah kadang2 mengeluarkan aura hitam + bunuh dia
  • aura hitam siap ada kilat sabung  menyabung
tetiba teringat time nak form 3, x nak ikut balik kampung abah coz cikgu math wat
tusyen kat umah dia time cuti pertengahan tahun..
abah marah, of course, last2 abah balik sorang, mak teman dok kat umah. Ayat abah
yang buat aku meremang seluruh badan : 'kalo kau x dapat A matematik, siap."
rasa nak hentak kepala kuat2 kat dinding pastu packing baju ikut abah balik kampung.
hasilnya, Alhamdulillah, semua subjek aku sumbang A untuk abah except for BI..
B stands for BI~heh

setakat penangan kena marah, kena cubit pipi kuat2 dengan mak x sehebat penangan
kena marah ngan abah. Abah x pernah pukul sekali pun anak2 beliau. tapi kalo sekali
beliau marah, memang rasa umah diselubungi awan hitam, kelam gelap gulita.
taubat x buat abah marah dah huhu


  • Nescafe 'kaw' Abah
memang x dapat dinafikan ke-kaw-an nescafe abah. sampai orang yang migrain pun
leh ketagih  nak pekena nescafe abah. peh! kalo bukak kedai, mau laku..
teringat plak, kejadian minggu lepas, dimana aku terlajak tido time lepas solat zuhur
nak tunggu waktu asar masuk. almaklum ar, rehat time keje, pukul 4 pm - 5.30 pm.
lepas solat zuhur tu adalah senggang 10-15 minit nak ke waktu asar. punya sedap tido 
terlajak sampai kul 5.21pm. bersilat gak aku bangun, terus solat. x sempat makan 
nasi, tengok2 dah ada secawan nescafe panas atas meja makan. dah keluar umah, 
abah tanya "dah minum? nape lambat?", aku senyum muka sekupang sambil angguk.
minum nescafe abah sama kenyang ngan makan nasi. Peace~

itulah abah saya, banyak benda nak cerita dan describe, tapi mau berjela2 entry
leh buat buku nanti. hein? dah 60++ umur beliau tapi still cool dengan status 
masih-tidak-bercucu haha..semoga along bertemu jodoh  secepat mungkin, supaya
mak x bising dengan lecture tentang membina masjid kat aku~~eh, ada kaitan ke?
semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur. Amin :D

Friday, May 3, 2013

TLC, bukan prejudis

Assalammualaikum wbt.


  • Gadis biasa

x pandai bergaya seperti gadis gadis seusia yang lain. lebih gemar ber-t shirt lengan
panjang dan tudung yang di pin ke bawah; makcik style, kalo rajin buat
butterfly style. layan semua genre muzik terutama Indie. lagu retro pun boleh.
perangai gila-gila dan x feminin langsung. sumpah. suka sneakers daripada high heel,
G-shock daripada Bonia, hitam daripada pink,  Blue Toms daripada Girl Toms.etc.
namun tetap bersederhana.
Fakta yang mengejutkan semua makhluk; suka tengkorak.


  • Gadis TLC

Bergaya dan manis dengan cara tersendiri. ber-t shirt muslimah dan bertudung
labuh sampai ke pangkal lengan. Ustazah style. layan nasyid dan kekadang amek
tau juga pasal perkembangan muzik semasa. penampilan yang feminin,
perangai boleh jadi gila-gila juga kekadang. penampilan yang sederhana dan sopan.

Gadis biasa + Gadis TLC = Ukhuwah Fillah Abadan Abada

Rasulullah bersabda: 'Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara'

ini adalah description aku terhadap Gadis TLC. apa itu TLC?? anda bercakap tentang
gadis yang suka makan tuna TLC ke?? eh, relax..bukan tuna, TLC = Tudung Labuh Club
istilah yang pernah aku tercuri dengar time kat U dulu. istilah yang dirujuk kepada
mereka yang bertudung labuh. bunyi macam prejudis je kan? biasa ar, ramai yang
beranggapan mereka yang bertudung labuh ni hanya berkawan dengan orang yang
bertudung labuh juga. x main ar kawan dengan budak2 bertudung bidang 45,
tshirt lengan pendek, seluar ketat dan sebagainya. TLC ni pandang rendah kat budak2
biasa dan x alim seperti mereka dan bla..bla..bla.. Anda bersikap prejudis tahu??
aku dulu pun terfikir benda yang sama. takut dan malu nak berkawan dengan TLC
coz ilmu agama x setinggi mereka. tapi, bila mula bergaul dengan mereka, baru tau
mereka pun manusia biasa, yang berlawak jenaka dengan kawan2, otak boleh
tahan gila-gila juga, bertepuk tampar, bercubit-cubitan buat aku rasa x da langsung
rasa terasing dengan mereka. even, masa kat matrik dulu pun salah seorang dari
mereka yang approach aku dulu, iaitu Cik Temah.
kat matrik ar ukhuwah terbina. setiap minggu berbulatan gembira,
study kalam Allah dengan tafsir Al-Quran, saling bertanyakan soalan kepada
kak naqibah, wat kem sendiri, makan ramai2 keliling talam, makan bersuap,
bersolat malam berjemaah, huish, kalo nak list kan semua mau boleh buat
part 1 sampai part 5 entry ni. eh.

 Seorang Muslimbersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”

nak dekat exam, study group berjemaah. mereka x lokek langsung pasal ilmu dan saling
tolong menolong.mungkin ada yang claim mereka pernah terkena dengan budak2 TLC
yang sombong dan pandang rendah kat mereka. tapi, percayalah, hanya segelintir je
macam tu. kena ingat, sebaik-baik mereka, mereka adalah manusia yang x sempurna
dan kekadang tercalit juga perasaan riak.  sepanjang pengalaman aku bergaul dengan
TLC, Alhamdulillah, aku ditemukan dengan mereka yang sangat baik, suka senyum
dan suka tolong menolong, tetiba teringat kat Cik Miza Kembar. boleh jadi mereka
lebih up-to-date tentang hal semasa dari kita yang biasa ni. eh, salah seorang
kawan baik aku pun TLC yang minat dan selalu update lagu jepun. so-what?

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10)

jadi, janganlah bersikap prejudis dengan mereka (TLC) ni. mereka pun manusia biasa
yang x terlepas dari kesilapan. kena kenal dan bergaul dulu dengan mereka; tak kenal
maka tak cinta ye dak.. maaf kalo ada yang tersinggung.
*mungkin Gadis biasa boleh transform menjadi Gadis TLC. senyum

Aman.
Wassalam.

Sadisnya sombong

Assalammualaikum wbt,

salam jumaat (^^). ari ni off day, dan inilah masanya untuk lepak di umah 
yang tercinta. ewah. 1 mei aritu x cuti, tapi semangat makin memuncak selepas 
bos bagitau gaji triple. walaawehh~ trimas boss!! 
ok, motif post ari adalah pasal sombong, rasa diri better dari orang lain. mungkin.
mungkin sekarang ni aku kerja part time kat kedai rm2, so, weekend or time gaji 
masuk je adalah satu kemestian kedai tu untuk penuh. terfikir gak, alang2 gaji dah 
masuk beriban-riban p ar tesco ke, giant ke, nobita dan sebagainya yang lebih 
banyak pilihan barang kan. tapi kedai rm 2 juga jadi pilihan. motif?? sebab murah. 
yang menjadi masalah besaq bagi kitorang adalah, bau. lebih lebih lagi bila 
pelanggannya adalah orang Bangladesh, Nepal, Myanmar,Vietnam. bau badan mereka 
memang lain dari lain dan sepesen. setiap kali mereka kat kaunter nak bayar, 
memang x bernafas ar kitorang kat situ.ada juga bau minyak kelapa
macam lumur satu badan. paling sadis, ada yang siap makan sieh lagi. adoiyyy. 
Alhamdulillah, aku x kena lagi pelanggan yang makan sireh. boleh muntah dibuatnya. 
kalo ari ahad memang mereka ni datang kedai pakai smart2 ala ala hero
hindustan err hero Bangladesh mungkin, tapi bau tetap ada. pernah pakcik ni mengadu
kat kitorang pasal bau para pendatang asing ni. mungkin pemakanan mereka rasanya.
disebabkan faktor ni, yang kadang kadang diri ni memandang rendah kat mereka, rasa
menyampah. tapi timbul juga rasa kesian dan simpati. ye la, diorang ni datang ke sini
untuk cari rezeki untuk keluarga kat negara asal mereka. kesedaran masih ada dalam 
diri, cuba bersangka baik dan layan mereka sama dengan pelanggan local.  
tetiba teringat kata kata ustazah time skolah dulu, jangan bersangka buruk dengan 
orang lain, mungkin iman dan kedudukan orang itu di sisi Allah lebih baik dan tinggi.
*nod. terbaca kat surat khabar tentang sombong atau rasa diri lagi baik dari orang lain...

Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (Riwayat Muslim)

ok, terus insaf lepas baca hadis Rasulullah SAW. sadisnya sikap sombong sampai
x masuk syurga balasannya. biar busuk macam mana sekali pun, mereka adalh pelanggan,
'Customer is always right'.macam x masuk je pepatah Inggeris ni. eh.
supaya Allah kuatkan semangat dan bersangka baik dengan semua makhluk Allah.

Aman.
Wassalam

Wednesday, May 1, 2013

Kira-kira masa depan

Assalammualaikum wbt,

akhirnya, menaip juga aku kat blog yang dah berkurun x dibuka ni.
ye, aku baru je abis degree tapi x convo lagi. hew2~ dan sementara nak
dapat keje tetap, aku keje part time kat kedai 2 ringgit dekat dengan umah.
ye, budak2 pun dah cop aku n geng kedai yang lain sebagai 'kakak kedai 2 ringgit'
whatever ar adik2 sekalian oii. asalkan ada income masyukk tiap2 bulan, Alhamdulillah.
so, sementara tunggu pelanggan cuci mata pilih barang, aku n salah sorang ahli kedai
2 ringit; Cik Nurul pun berbincang tentang masa depan yang bakal ditempuhi. Beliau pun
baru abis degree dan sedang tunggu tawaran keje. dan hasilnya, terhasil ar kira-kira atau
camne nak spend duit gaji. al maklum ar, Cik Nurul ni amek perancangan bandar, so,
perancangan dia pun mesti diatur iya. eh.

contoh gaji RM2000:

  1. 20% dari gaji mesti disimpan dan diasingkan(untuk simpanan masa depan) = RM400
  2. duit bayar bulanan kereta (pilih kemungkinan bajet yg tertinggi) = RM700 *bajet nak beli kereta besar sket. ehem. angkat kening 'The Rock'
  3. sumbang kat mak n abah setiap bulan = RM100
  4. umah sewa + bil elektrik+ bil air + broadband +duit minyak = RM300
  5. keperluan hidup (makanan, minuman, etc) = RM100
  6. nafsu (lepaking,shopping,jalan2) = RM100 
  7. duit simpanan sendiri/emergency = RM100 
  8. Baki = RM200 (=.=!)
menurut Cik Nurul, beliau ni jenis kalo tengok kawan2 beliau beli handbag baru ke 
kasut baru ke, mula ar beliau nak beli juga. hmm, masalah besau ni. disebabkan ni juga, 
kategori nafsu di hasilkan. hoho Biasa ar, ni merupakan masalah terbesau bagi kaum 
wanita tapi tidak bagi aku. wahahaha. gelak keji nampak..
kalo ampa nak beli handbag ka, mascara ke, blusher ka..bukan aku kisah pun coz
aku x minat. Cik Nurul pakai jam tangan wanita Bonia, aku pakai jam tangan G-Shock.
haa..nampak x perbezaan yang ketara di situ?? 
so, nafsu aku disitu dapat dielakkan dan dicatu. eh. Cik Nurul pun tengah pening kepala 
camne nak simpan duit tuk kahwin. al maklum ar, orang dah berpunya.ehem2. 
tapak dah ada, tinggal nak bina masjid je. wahh. ang pun kena pikiaq pasai ni wahai 
Cik Penulis..eh? buat2 busy layan enset. walau apa pun, yang penting disini, 
walau sebesar mana pun gaji, kalo x pandai nak menyimpan, x da makna juga. 
so, kena pandai rancangdan spend duit untuk keperluan hidup bukan untuk 
kemahuan hidup. ok? senyum kambing

**moga dimurahkan rezeki untuk dapatkan pekerjaan dan dimudahkan urusan. =D

Aman.
Wassalam