Sunday, February 3, 2013

Meet my Mr. Macho

Assalammualaikum wbt,

hey,hey,hey..meet my Mr.Macho ^^
tepat kul 8.25 PM, 31/1/13..Mr.Macho selamat jadi milik ku *wink2
Alhamdulillah, satu daripada impian aku dah jadi kenyataan *senyum sampai telinga


walauweyhhhh~



testing2 depan umah




testing2 dengan rumput depan umah hew2


arnab gebusss jiran sebelah umah



langit agak mendung, guruh + kilat bila malam
tapi hujan pun~

now, looking forward to achieve next dreamsss...yosh!!
and of course, working hard on it *tunjuk muscle lengan yang tidak kelihatan~hampeh

Wassalam
Aman.Tanpa.Perang

Wednesday, January 30, 2013

Tachycardia

Assalammualaikum wbt,

1. Time sarapan kat kafe, dalam perjalanan ke meja makan, 
tetibe leh wat aksi gimnastik + akrobatik sambil pegang sepinggan mee
bertahan dalam kedudukan seperti gamba dibawah slama beberapa saat dan
berdiri balik dengan agak macho disitu..ahaks!
Alhamdulillah, x jatuh, dan x da sapa pun yang perasan..fuh~
kecuali pakcik2 yang dok kat tempat kejadian =.=!!
(dalam ati cakap, pakcik2 tolong abaikan saya. trimas)


2. Tempat kejadian masih di kafe, tapi time lunch plak.
hampir nak tergelincir sambil pegang dulang makanan~ 
Alhamdulillah, x da apa2 yang berlaku ^^


3. Time lunch gak, tengah sodap2 den makan, tetibe, leh plak sudu den terobang, 
terlepas dari tangan dan jatuh ke lantai~~ dengan pantasnya p amek sudu baru 


 Cik Iino kata nak dapat rezeki kot. Wallahualam. akibat stretching kaki yang agak
dahsyat, dan tanpa melakukan sebarang warming up pagi tadi, muscle kat peha dan
tepi tapak kaki mula memberikan kesan sampingannya.
Subhanallah, dugaan betul. hehe selepas mengalami waktu2 yang agak 'genting' tu,
jantung ni berada dalam keadaan tachycardia. dup dap. eh silap, lub dup
mulut ni x berhenti henti bersyukur dan berzikir. haa..baru tau nak zikir. baru Allah
bagi musibah sket. Astaghfirullah hal azim *sambil urut peha yang sengal

Aman Tanpa Perang
Wassalam


Tuesday, January 29, 2013

Warkah Terakhir

Assalammualaikum wbt,

rasa dah lama x update blog kesayangan hamba ini. ari ni aku nak kongsi 1 cerita
atau lebih tepat pengisian dari seorang insan yang sudah pun meninggalkan alam fana ni.
rasanya, dah ramai tau dan baca kisah arwah di internet or surat khabar kot..
anyway, arwah Siti Hajar ni junior universiti aku, baru tahun satu. aku x berpeluang
pun jumpa arwah di kampus. ye ar, aku kuar, dia baru masuk~
sebelum ni dok update perkembangan arwah dari mula tau dia kemalangan sampai arwah dikebumikan dari seorang sahabat di universiti. pada satu ketika seakan-akan
arwah ada harapan tuk sihat, tapi kembali sakit. sesungguhnya, mati itu pasti.
aku yakin, kisah arwah yang diceritakan olh ibunya dapat memberi 1001 emosi dan
pengisian kepada sang pembaca. ehem2, agak skema penggunaan bahasa di sini. eh

[kisah arwah Siti Hajar Ahmad Sabir]
*Kredit kepada Nadia Mujahidah (sahabat universiti)

Semoga, sama2 kita ambil teladan dan iktibar dari kisah arwah Siti Hajar yang
in shaa Allah dapat sedarkan diri yang masih leka dihanyutkan arus dunia sederas
jatuhan air Niagara Falls.eh. semoga kita juga dapat pengakhiran yang baik seperti
arwah Siti Hajar
slamat menghayati kisahnya ^^

Mati Itu Pasti.
x mengenal tua atau muda.
sudah bersediakah kita??! *garu kepala~

Saturday, January 5, 2013

Sayonara 2012, Iraashai 2013

Assalammualaikum wbt,


Sayonara 2012!! eh, ko ni dok planet mana baru  nak sayonara kat 2012??
mesti ar dok kat bumi, x  kan ve..nus kot?? eh. nak wat camne..nak update blog,
line internet plak lambat tahap gaban. banyak benda yang tertunda untuk diceritakan.
tahun 2012,banyak perkara yang berlaku, sweet, sour , salt, tasteless pun ada~
2012, akhirnya, merasa macam mana jadi 'Almighty' final year student. yeahhh!
2012, menjejakkan kaki ke alam berpraktikal. ohh, luasnya dunia ini rupanya~
2012, berakhirnya zaman bujang. erk?? eh, lambat lagi. *sila abaikan
2012, 2 kali p perlis coz senior2 company kahwin. hew2x
dan banyak lagi ; )

Kak Nurul's Wedding lupa nak amek gamba~
Kak Syarifah's Wedding:

pembalut yang disangka pembalut hadiah ~

rupa rupanya 'wall paper' dinding umah 
Cetts!

taarraaaa~ 
lagi senang, balut je, x yah mengerah keringat
guna cellotape *wink
(bersilat gak ar nak balut hadiah ni =.=!)

ehem2 *senyum kambing sket. eheh~

siap sudah ^^


first aid?? 
memang 'first aid' heeh
terpaksa guna gunting comey first aid, 
coz gunting x da

pelan. kalo x sesat =.=!

Ahah!
bukan ke umah pengantin ok..
jalan2 ke padang besaq. uhuuu ^^
sket lagi je
sawadikapp..

bulan penutup tahun 2012, ghojenya p makan nasi minyak je hehe
Alhamdulillah, alam berpraktikal pun sangat warna warni. ececeh~
berbaki lagi sebulan lebih untuk berpraktikal *sengih sampai telinga
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hidup melangkah ke tahun yang baru
Alhamdulillah, azam tahun 2012 pun boleh dianggap tercapai =D
banyak lagi cabaran di masa hadapan yang harus ditempuhi dengan gagah dan macho.yosh!
moga dipermudah oleh Nya. Amin

*moga umat Islam semakin kuat menempuh pelbagai cabaran dan ujian ^^
jangan lupa berdoa buat saudara seislam di Syria, Palestin, Myanmar
dan banyak lagi yang ditindas.
Aman Tanpa Perang


Friday, December 21, 2012

Rindu serindu rindunya

Assalammualaikum wbt,

nampaknya, entry kali ni live dari ofis wahahah
tajuk panas tahap mantel bumi.eh
kalo sibuk, sibuk sangat sampai nak p tandas pun pikir banyak kali
kalo free, free sangat sampai leh update blog. walla~
rindu nak berusrah sebenarnya. Jeles tengok Kak Temah (kawan matrik)
update gambo beliau berusrah berlatar belakangkan Menara Berkembar KLCC
pada waktu malam. Cis! nak je nyanyi kuat2 lagu Spoon, rindu serindunya. eh
rindu zaman aktif berusrah time matrik. time U, kadang2 je join coz
banyak wat kat luar kampus. gua x da kenderaan, dan kawan usrah yang ada keta x
ramai. so, berpisah sebentar ngan usrah. nanges. skang plak, sedang berpraktikal,
masih x berpeluang join usrah lagi. In shaa Allah, lepas ni ada rezeki dan peluang
nak join balik usrah. Moga Allah teguhkan hati dan iman yang x sekuat mana ni.


******
berita panas dari ofis:
1) minggu depan ada meeting berkenaan sistem yang di testing oleh gua sepanjang
minggu lepas sampai lerr minggu ni. Baru je siap testing pagi tadi. ohoi!

2) bulan 1 nanti plak, ada live meeting ngan branch kat German berkenaan sistem
yang sama.coz sistem ni akan di release kan di sana bulan depan.

3) HR dah anta emel pasal final report. oh my~

nombor 2 tu memang wat gua seram sejuk. kena wat senaman lidah mulai skang
supaya x da sebarang kecederaan yang x diingini nanti. pengsan~

Sunday, December 9, 2012

hope and dream

Assalammualaikum wbt,

dah lewat2 malam baru semangat nak study project documentation datang~haish
isnin minggu depan ada briefing dengan team mates pasal projek ni
dan meeting 'face-to-face' ngan manager. OTK~
tapi, end up korek2 gamba konvo akak dulu
gamba family time tu memang x cukup korum. ya! gua x wujud dalam gamba tu T_T
ketika mereka bergembira berkonvo, gua bermuram durja x dapat join coz ada lab test
go through my family faces..especially abah and mak..
how proud they were at that time
everyone can tell how proud they were by looking at the pic
i want they smile proudly at my convocation
how proud they are having a daughter like me
because they never had a chance to study at university back then
and their dreams are fulfilled by their kids
Alhamdulillah!
Ya Allah, please let my parents and family be with me on my convo day
next year..
please let me make them proud
akak already fulfilled their dreams
now..my turn. Yosh!
one more thing, DSLR =3


penaik semangat!
haruslah bajet duit elaun
kalo x..
harapan tinggal harapan~~
nanges..





**OTK = Oh Tuhan Ku

p/s: jeles+gembira tengok kawan2 post gamba konvo mereka~


Saturday, December 8, 2012

aku, dia dan pemadam?


Assalammualaikum wbt,

huh. minggu ni sangat sibuk. kerja yang semakin bertambah, dengan mock interview
untuk high performance session dan in shaa Allah akan di assign dengan projek baru. ooyeah~
disebabkan terpilih jadi candidate untuk mock interview session, gua berpeluang
menambah kenalan dalam kalangan manager2 di company. klass ko!
sampai x sempat nak menjawab soalan Cik Nanato di blognya yang ditujukan
kepada gua [Here]
so, ni jawapan yang anda cari Cik Nanato..ehem2~
berkenaan pemadam yang diberikan oleh gua kepada Cik Nanato pada tahun 2009
lebih kurang 3 tahun dah rupanya gua meninggalkan alam matrikulasi~
walaupun gua seakan akan hilang ingatan tentang pemadam tersebut
adakah kerana Cik Nanato ketika itu x mempunyai pemadam
dan gua ada pemadam lebih yang x digunakan lalu memberikan
kepada Cik Nanato? rasanya begitulah kejadiannya..hmmm~
walaupun begitu..tiada agenda  tertentu atas pemberian pemadam itu
cuma pertolongan dari seorang sahabat kepada sahabat yang memerlukan
walaupun hanya seketul pemadam yang pada pandangan kasarnya
tidak layak dijadikan hadiah..
tetapi trimas kerana menganggap ia sebagai hadiah atau satu  benda yang sangat anda
sayangi. wink2. sila gunakan pemadam tu ketika anda study ecg, dan sebagainya
besaq pahala gua dapat. wah.
gomenasai..gua x dapat recall balik kejadian pasal pemadam tu
trimas kerana masih ingat dan simpan pemadam tersebut selama 3 tahun
sila gunakan hingga ke ketulan pemadam yang terakhir.eh.
dan kalo boleh gua nak tau, kenapa Cik Nanato berikan itik kuning yang bila dipicit
kuarkan bunyi, dan butang poket seluar anda? unik betul hadiah2 kami~
gua masih simpan dan jadi antara barang berharga 'sentimental'. walllaa~
tiada gambar si itik kuning dan butang tersebut disini.
harap jawapan ini dapat menjawab segala persoalan Cik Nanato = )
Aman.

Friends till jannah =3


p/s: x tau napa, tapi lebih selesa bahasakan diri sebagai 'gua' untuk entry ni.