Sunday, November 4, 2012

Rantaian Makanan

Assalammualaikum wbt,


dolu2 time skola rendah darjah 4, pabila subjek sains mula diperkenalkan
pertama kali kepada kanak2 rebina..di situ ar buat pertama kali aku
mempunyai subjek feveret-forever. *wink2. antara tajuk popular dulu adalah
rantaian makanan. kena hafal rantaian haiwan dan tumbuhan. haiwan mana
yang memegang jawatan pemangsa dengan mangsa. setiap kali exam kena
lukis rantaian makanan.bajetsoalan bocor konon, padahal tiap2 tahun
jenis soalan yang sama kuar..
oohh, masih segar diingatanku rupanya~~






secara fitrahnya, yang kuat akan makan yang lemah..yang kuat akan mendominasi 
yang lemah. [boleh rujuk figure di atas]. begitu ar kitarannya sampai dunia kiamat.
begitu juga dengan kehidupan manusia, yang berkuasa akan sentiasa menindas mereka
yang lemah. sila tumpukan kepada 2 species haiwan; tikus dan kucing. memang sudah 
nasib sang tikus akan dijadikan hidangan yang lazat buat sang kucing. lebih2 lagi ketika 
ini sawah bendang dalam fasa penanaman padi, tikus memang banyak + nyamuk, 
maka ligat ar para kucing membina lemak. eh. 
begitu juga nasib yang menimpa 'tikus peliharaan' aku yang dah berusia 3 tahun ++.
tikus yang sangat berjasa siang dan malam menemani aku menyiapkan assignment saban
hari tanpa penat lelah. klik sana, klik sini..tapi sudah fitrah rantaian makanan, tikus adalah
mangsa, manakala kucing adalah pemangsa.  


terkorban dek ditokak kucing~~
sayonara~~

usaha bantuan kecemasan dilakukan dengan dibantu oleh dr. akak, namun malangnya
gagal bernyala & berfungsi kembali. akhirnya redha, terpaksa beli baru..
akhirnya, ada gak barang yang nak dibeli time PC Fair.hehe
si kucing-> oren@nyeh telah pun dihukum dengan menjentik telinganya, tapi terus
usap balik kepala dia..cepat2 pujuk balik  =D. sabo je lahh

*****
gud luck buat adik lelakiku yang akan menduduki SPM sok..^^
buat yang terbaik..semoga diberi ketenangan oleh Allah ketika menjawab
soalan. InshaAllah = )




Tuesday, October 30, 2012

chocoletto de amor

Assalammualaikum wbt,

tup tap tu tap
dah 2 bulan berada di alam berpraktikal..terasa kerdilnya diri ini jika dibandingkan
dengan senior2 kat sini..nama pun intern student ^^
banyak ilmu dan pengalaman baru 'ditangkap', genggam kuat2, simpan dalam otak
memang murah rezeki aku kat sini..asyik dapat souvenir 'made in oversea' hehehe
time training 2 minggu kat metrology, dapat kacang dari Osaka, Jepun

Osaka mari..
ermm, halls tu beli kat koperasi company. eh.

Peach jelly dari Taiwan..
dok ada lagi dalam laci meja..
x 'sampai ati' nak makan~~
dari manager ^^

choc + gummy bears + cewing gum + kalendar 2013
dari Villach, German
dari teammate(senior) ^^

Choc Lindt
dari teammate (senior) ^^
x sure dari mana~~


memang meriah laci meja aku..penuh ngan souvenirs..nak makan, ada yang x halal~~
last2..simpan wat kenangan ^^
tapi sangat tersentuh (ececeh ayat~~) ada teammate yang sangat concern dengan
halal & haram walaupun mereka bukan orang Islam..siap search kat internet ingredients
makanan2 tu..then, kalo ada gelatin ke pe2 yang haram, dorang akan bagitau..
waaa..trimas teammates sekalian = )


sok ada diskusi 
(@.@)


Syukur


*peringatan: post ini tertunda 3 ari dari tarikh asal: 28/10/2012, akibat
masalah yang x dapat dielakkan. Trimas*


Assalammualaikum wbt,

Salam AidilAdha buat umat Islam di seluruh dunia = )
meng-update blog sambil tengok tok kat dapuq potong daging korban
nak panggang cicah ayaq asam..gulp!2x
alhamdulillah..rasa raya kali ni sangat meriah coz dapat sambut dengan
family + tok + saudara mara belah mak di kedah. Bukan x pernah sambut
raya haji kat kedah..just sebelum ni cuma aku, tok & saudara mara sini je..
mak abah x balik tapi kali ni semua ada = )
solat sunat raya haji kali ni pun best! hati tetiba sebak time solat tahiyyatul masjid
sebelum start solat sunat raya..mata dah berkaca2, tapi control x bagi air mata jatuh
kang pelik plak orang tengok..hihi. Alhamdulillah, cuaca pun ok walaupun
malam raya tu guruh + kilat, tapi x hujan. masjid pun lengkap dengan aircond.
sapa sangka, masjid di tengah2 sawah bendang ada aircond, cantik plak tu.
jalan terus sket jumpa umah Datuk K. eh!
terima kasih kat makcik yg solat kat belakang aku coz tolong betulkan telekung aku yg
ter-tuck in bersama kain sembahyang ^^
aktiviti ziarah-menziarah masih diteruskan. umah tok ni macam pulau dekat
tengah sawah bendang..
so, umah2 kat kawasan tok ni semuanya saudara mara, sepupu, 2 pupu, kupu2..
kenyang tok sah habaq..sampai nak makan sebijik kuih samprit pun x mampu, aigoo..



"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)




tetibe rindu kat miza..seorang yang alim, bertudung labuh, lembut tapi tegas, manis orangnya..
sentiasa mengingatkan & mengajak ke arah kebaikan..disebabkan kitorang ni praktikal kat
company yang sama, cuma, kami bertiga di branch kedah, miza plak kat branch melaka
maka..boleh ar kami ber-chatting2 guna IM  (instant message) *wink3
mana ayat yang penuh dengan hikmah tu, miza punya ayat..ayat yang 'tah-apa-pa' tu
kami bertiga punya..eh.
terima kasih sahabat ^^

x lupa wat cik Mira Edora yang bersedih kerana x dapat menjalankan aktiviti tahunan bersama
merangkap aktiviti wajib iaitu melihat lembu dikorbankan..x pe, next year inshaAllah ^^

Saturday, September 29, 2012

recharge

Assalammualaikum wbt,


ooohhhh..it's such very refreshing and peaceful evening..
back to my lovely hometown, no type-on-keyboard sounds
no freeze-to-death in office, no sound of people arguing on some matters
it's time to recharge..henshinn!!!
while listening to indie songs..smooth and relax
play around with my anak2 kucing..meow3x = 3
rasa macam nak ari2 ari sabtu & ahad je..hehehe
ditambah dengan jalur lebar(broadband) yang sangat ngam
& serasi di umah tok ku ini..
reconnected to World Wide Web
sumpah laju!! eh.

if only if i have a DSLR
i will capture the great scenery of my hometown
chekit, chekit, chekit!
no matter what..
i will get my own DSLR by the end of my internship
before my convocation ceremony = )
yoshh!! i will babeh..


these pictures were captured by my 2.0 megapixels 'DSLR'~~








Yosh..
till then..
Wassalam.. = 3

Thursday, September 27, 2012

großer Tag

Assalammualaikum wbt,
ooohhhooiiiii
hampir sebulan rupanya aku x 'membersihkan' serta 'memeriahkan'
blog kesayangan hamba ini~~ haish ~~
hampir sebulan gak aku berpraktikal di sebuah company German
di utara tanah air
Alhamdulillah, hingga ke ari ni, semuanya dipermudahkan Allah = )
terasa sangat ar zero dalam dunia pekerjaan ni bila berada
di tengah2 'zon perang' semua pakat tekun lagi istiqamah
menyiapkan kerja..aku plak dok ternganga kat meja sendiri
x tau nak wat pe time pertama kali jejak ofis
namun, aku x keseorangan hanyut dalam ke-blur-an
Cik sumiju & Cik Iino ada bersama *wink
Alhamdulillah , ada kawan x ar rasa alien sangat
sesungguhnya, situasi pejabat @ alam pekerjaan yang dipaparkan
dalam drama2 swasta adalah tidak tepat..eh.
kalo nak dikaji tahap ke-tensionan ketika berpraktikal antara rakan2
kelas yang lain..
kitorang paling sempoi + syok sendiri kot = )
first week masuk, ada Innovation Week..
p jalan2 kat booth, makan free, dengar talk selama seminggu
pada masa yang sama kawan2 lain ada yang dah post perkara sedih2
kat tempat praktikal masing2 akibat 'kurang kasih sayang' di tempat mereka.
semalam pun ada Health & Safety seminar..dapat goodies + free first aid kit
pendek kata dah macam2 goodies bag kitorang kumpul ~~nyaaan~~
muka kitorang pun leh dijadikan 'Candid Face of The Year' coz muka kitorang
antara paling banyak ditangkap oleh photographer *well
minggu 2 & 3, aku dihantar training kat Metrology deparment..
bekerja bersama senior engineer yang mantop & kind hearted
kena pakai baju naik 'angkasa lepas'
analyse defect on wafer..bukan wafer Apollo ke kinder bueno ke
ini adalah wafer bersaiz 8 inci yang didalamnya ada cip2 yang extremely
kecik yang digunakan oleh kerajaan Malaysia di dalam IC anda. wahhh..bangga2
defect ni disebabkan habuk atau particle2 yang ada kat baju or benda2 lain
sebab tu kena pakai baju angkasa lepas + macam2 prosedur 'sterile'
kalo nak masuk kat tempat buat wafer(FAB).
Fuhh..ponat den menerangkannya haa..
so, bulan pertama ni leh dianggap honey moon..
ada lagi 5 bulan..
InsyaAllah, kalo performance great akan diserap masuk kerja kat sini
ada chance dihantar training kat German & Austria * wink2
Insyaallah..Aminn

Wednesday, August 8, 2012

kak, saya hisap rokok boleh?

Assalammualaikum wbt,

pejam-celik-pejam-celik tinggal lagi 11 hari sebelum Ramadhan berakhir.
sesungguhnya masa berlalu dengan sangat pantas sepantas shinkansen series E2.eh.
al maklum ar, final year student ni memang sibuk tahap PM, time ni ar berpeluh2
siapkan final project, confirm tempat praktikal..bla..bla..sumpah, memang busy!
sampai wat keje sambil dengar lagu raya kat radio pun x rasa pe2~~
pagi tadi pun baru temankan Cik Sumiju selesaikan tempat praktikal beliau. kehulur
kehilir akhirnya siap gak. Alhamdulillah. haa, klimaks citer ari ni bermula disini..jeng3x
selaku pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, kami harus tunggu
'drebar terhormat' kami datang jemput dengan 'limo' yakni bus. so, lebih kurang
40 minit sebelum bus datang, lepak sambil baca surat khabar. akhirnya, kuar gak
aku dari tempurung hehe.*sigh
kat bus stop tu kami berdua dan 2 budak lelaki--> pekerja alam sekitar.
tetibe, salah sorang budak lelaki tu panggil kami berdua..

budak lelaki : kak?
kami: *krik2x..bunyi cengkerik* time tu bising bunyi kete, so kami x response
budak lelaki: kak? *kuat lagi
kami: *angkat kening sebelah 'the rock'..nape?
budak lelaki: kak, saya mintak izin nak hisap rokok ye? *sengih mintak flying kick
Cik sumiju: *senyum dan angguk (x tau nak response pe)
aku : haii, x posa ke? * jelingan maut
budak lelaki: x posa kak..
aku: nape??!!
budak lelaki: *terus diam dan hisap rokok

dush..amek ko ngan aku. direct aku tanya. Cik Sumiju dah tepuk tangan aku, kang
takut budak lelaki amek tindakan drastik ke.huh. Assalammualaikum cik abang,
ni bulan posa kot, nak bersopan santun pun tengok ar tempat gak. dah tau buat
salah yakni dosa, leh plak x malu mintak izin~~nak kata x sihat, muda belia lagi kot..
keje pun x berat  mana setakat siram pokok, sapu daun2 kering. Allahuakbar.
kalo nak dibandingkan dengan saudara seislam kita di palestin, syria..Mashaallah
mereka masih mampu berposa walaupun hakikatnya hanya berbuka dengan buah tamar
dan air kosong je..malu~~
Nabi Muhammad SAW serta para sahabat juga tetap berposa walaupun berjuang
di medan perang..

Dari Abi Sa’id , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Tiada seorang yang puasa sehari , ketika sedang berperang di jalan Allah melainkan Allah akan menjauhkan dirinya dari api neraka pada hari itu sejak 70 tahun perjalanan .” ( HR Bukhari dan Muslim )

sebulan je dalam setahun berposa, Allah pun dah janjikan banyak ganjaran2 yang x da
di bulan lain. inilah masanya kita kaut sebanyak mana pahala. umur muda bukan jaminan
untuk hidup lama di dunia. petanda akhir zaman gak dimana mati diusia muda bukan
satu yang pelik. peringatan untuk diri sendiri gak.


Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW sabdanya : “ Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa lalu .”   ( HR Bukhari Muslim )


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” 


p/s :
1) semoga Allah membuka hati 2 budak lelaki tadi untuk berubah = )
2) 8 hari lagi nak balik umah..hati berbunga2 riang
3) Presentation final project lepas raya = (
*alamatnya, tangan kanan suap ketupat palas cicah rendang,
 tangan kiri buat final project.heh


Sunday, August 5, 2012

tetap jaguh dunia

Assalammualaikum wbt,

nampaknya harapan segelintir rakyat Malaysia nak makan aiskrim x menjadi
kenyataan dek kekalahan DLCW (Datuk Lee Chon Wei) di Olimpik tadi.
sejujurnya, mula2 aku x tau pe kaitan DLCW dengan aiskrim? Al maklum ar,
surat khabar bukanlah rakan karibku ketika ini. kalo dulu time ada kuliah, leh ar
p koperasi beli surat khabar, x pun pinjam kawan punya. tapi skang ni, kuliah
telah pun berakhir, duk terperap kat umah wat final project, just kuar setiap
petang p beli makanan nak bukak posa je. hehe.
berdebar2 jantung ni tengok badminton men's single tadi. menonton live streaming
channel dari china. walaupun x paham pe pengulas tu merepek tapi tetap semangat
nak tengok sampai abis. fuh. nak wat camner, rezeki x memihak kepada Malaysia.
sebak tengok DLCW yang sangat kecewa dengan kekalahan kali kedua di olimpik.
mungkin rezeki Malaysia menggengam emas olimpik kat pelapis2 badminton
yang lain.ahah. DLCW pun dah nak bersara.

*sebak*



melihat post2 kat fb, sumer pakat menyatakan rasa kagum kepada DLCW walaupun
hanya mampu menggenggam pingat perak. aku pun antaranya..hew3x (first fb post
untuk tahun ni). Alhamdulillah, rakyat Malaysia sangat menghargai kejayaan DLCW di
olimpik. bukan mudah dan x sumer orang layak bertanding di olimpik apatah lagi untuk
menyumbangkan pingat untuk negara. walaupun hanya pingat perak, ini cukup
membuktikan kejayaan atlet Malaysia untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan jaguh2 dunia yang lain.
(huh, berpeluh2, dah lama x tulih karangan 'skor A' sejak form 5 dulu)
jadi bagi mereka yang sebak kerana x dapat makan aiskrim free tu, haruslah renung
kembali, pe pengorbanan dan kejayaan yang anda lakukan untuk negara?
aiskrim boleh dibeli, tapi pingat olimpik bukanlah satu yang mudah untuk dikecapi
*wallaaa
tahniah wat DLCW. anda telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. = )

*******
wat Muslim di Malaysia dan serata dunia, selamat berpuasa serta jangan lupa
mendoakan kesejahteraan saudara kita di Palestin, Myanmar, Syria dan mereka
yang ditindas. Allah adalah sebaik2 pelindung. La tahzan, innallah ha maana.

Amaran: entry kali ni bersifat patriotik disamping menggunakan ayat2 karangan 'Skor A'.