Wednesday, August 12, 2015

Dunia baru

Assalammualaikum wbt,

Blog ni semakin hari semakin terbiar usang
maapkan tuan mu wahai blog..wuaaaa~
Aku ni makin hari makin malas nak update blog
banyak cerita nak kongsi, tapi disebabkan aku ni bukan
jenis suka tulis/menaip..maka..cerita hanya tinggal cerita~
Sekarang ni aku lebih aktif update tumblr
upload gambar > taip kapsyen sepatah dua > post. Siap!
haaa..picture is worth a thousand words, giteww
Dan... baru aku perasan link tumblr aku kat  blog ni x update*hentuk pala kat tilam
camne nak promosikan tumblr sendiri ni =.=!
akan ku update link tumbr nanti ye
broadband kasi adik pinjam sat, wifi kat tempat client ni x leh masuk tumblr
hampehh~
Rasanya tumblr lagi suits ngan aku..sebab aku suka amek gambar
dan hanya dengan gambar, semua cerita boleh keluar *senyum

Till then.
Wassalam.
Aman.

Wednesday, August 5, 2015

Masih ada..

Assalammualaikum wbt,

Dekat setahun dah eh aku x meng-update blog ni..sila nanges T_T
Secara tiba tiba mood blogging ni hilang bawa diri ke mana ntah, nak buat gena~
Dalam tempoh masa ni, banyak gak perubahan dalam hidup
Tapi penting fizikal maintain ok..hilang ar sekilo dua..muahaha
Camne aku boleh terjebak tulis blog lagi ni?
Sebab tetiba teringat aku ada blog..rajinkan jari jemari log in blogspot
dann..masih ada yang sudi membaca blog hidup-segan-mati-tak mahu aku ni
aahh..terharu baq hang *mata berkaca kaca*
tak pasti ar kalau orang tu betul2 baca blog ni ataupun secara tak
sengaja terbaca dan lalu segera menekan icon pangkah di atas laman web..
tapi serius, aku terharu..
Pernah terfikir nak tutup account blog ni tapi rasa sayang ececeh
Tapi kalau nak log in account pun malas, apatah lagi nak tutup account
Kalau dah malas tu memang tak boleh buat apa dah~haishhh
Aku tak janji nak update blog ni selalu, tapi once in a blue moon i will..
Banyak cerita tapi belum tentu aku rajin nak update..
pokoknya rajin ke tak rajin..memang tak da ubat penyakit ni
Lagi 10 hari syawal bakal melabuhkan tirainya..
Tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin uolls!

Till we meet again

Wassalam.
Aman.

Friday, November 28, 2014

Naik bas tu best tau?

Assalammualaikum wbt,

"kenapa keje jauh sangat?"
"kenapa x keje dekat dengan rumah?"
"Suka keje tempat jauh eh?"

kenapa? why? wae?
Soalan wajib yang pasti ditanya oleh orang sekeliling, sampaikan interviewer pun
tanya soalan yang sama =.=! Rasanya sudah cukup syarat kenapa aku perlu rakam
jawapan kepada soalan ini dan putarkan kepada mereka yang bertanya. ahaks!
Keluarga di selatan, keje di utara. Pelik sangatkah? Mungkin agak pelik bila
orangnya adalah perempuan. Perempuan selalunya cari keje dekat dengan keluarga..
tapi aku x. I'm not a typical girl. Ehem. Aku x kisah kalo dok jauh dari keluarga.
Pernah masa intership kat utara gak, 6 bulan praktikal, 6 bulan x jumpa keluarga.
Bukan kurang kasih sayang..alahaiii.. Melimpah limpah ruah aihh kasih sayang
sampai x tau nak simpan celah mana dah hehe. Aku jenis susah nak feeling homesick.
Jenis x manja. Aku lebih suka travel, nak rasa hidup berdikari. Dari sekolah lagi
teringin sangat2 nak masuk asrama. Macam cool je kan dok asrama. Haha.
Tengok kakak dok mrsm macam best je, balik rumah cerita macam2, dan pastinya
cerita seram yang jadi pilihan aku. Dasar kanak2 overdose kisah seram eheh~ Namun,
disebabkan kisah sedih x cukup makan kat asrama kakak yang berjaya menangkap
perhatian mak, maka, mak larang aku dari masuk mrsm dan sewaktu dengannya.
Katanya, biarlah x dok mrsm pun, asalkan ada depan mata mak dan cukup makan.
Terharu, tapi masa tu masa rebel kan, x rasa terharu langsung sebab frust menonggeng
dengan keputusan mak. Dasar kanak2 kuat rebel! Ok, tersasar sudah ke kisah silam
kanak2 rebina aku~ Mungkin dari kecik aku dah terbiasa travel. Almaklum ar,
kampung abah di selatan nun, mak pula di utara nun, kami tinggal di Shah Alam.
Elok2 tengah2 antara Johor dan Kedah. Kadang2 abah x cuti masa Aidilfitri,
kami adik beradik dan mak balik ke Kedah dengan bas, kalo nak jimat sket naik
KTM. So, bila sekarang ni, family dah pindah ke Johor nak travel naik bas
sorang2 bukan masalah bagi aku.
Tapi bila orang dengar dok kat Johor tapi keje kat Kedah, muka pelik bin ajaib tu
tetap ada. Aku x tau nak explain macam mana. Senyum je kadang2. Kakak pun keja
jauh dari rumah. Kami adik beradik x kisah dok jauh dari keluarga, sebab walaupun
jauh di mata dekat dihati..gituuu.. telefon kan adoo, kerap telefon mak abah, tanya
khabar. Terasa macam budak sekolah telefon mak abah cerita aktiviti ni aktiviti tu
hihi. Ni baru travel dalam negara. Impian aku nak p keje/travel kat obesi nun. haha.
Lagi jenuh ar aku nak jawab soalan cepu jongkong emas ni~
Aku x ingat surah apa dalam Al Quran tapi Allah ada berfirman menyuruh kita berjalan
ke serata dunia, saling mengenali satu sama lain dan mengambil pengajaran setiap
apa yang berlaku. Al Mulk mungkin? x ingat, short term memory~ohoii
Maka, jangan takut nak travel, jangan takut nak naik bas, sebab ada kawan takut
nak naik bas dan mak ayah dia x harap dia nak bas~ Beranikan diri, walaupun
takut gak nak p tempat orang.huhu.. P tengok tempat orang, cara dan budaya mereka.
Kadang 1 negara, tapi lain2 budaya, ye dak? Banyak benda boleh belajar,
grab sebanyak mungkin pengalaman. Tengah2 muda belia sihat segar bugar ni,
p ar travel. *Peace* X kisah ar anda jantina apa sekali pun..travel2..al maklum ar,
sekarang ni transgender dah semakin mendapat pengiktirafan. Pffttt!

p/s: kadang2 terasa penat gak dok jauh ni. Nak balik tu punya lama.
kalo drive 8 jam ++ weyh. haha. Rezeki dimana2. Allah knows best.

Wassalam.
Aman.

Wednesday, November 19, 2014

Tak boleh nak di-otakkan

Assalammualaikum wbt,

Lost~
keja menimbun tanpa rehat. Penat~
sudahnya, update blog. apakah? kui3x

sejak akhir2 ni banyak pula rancangan2 realiti tv kembali
memenuhi siaran tv. 3 minggu lepas p 'melancong' ke Bachok, klate
umah kak fiza (housemate). Umah dia ada Astro maka, kak fiza ni pun
salah seorang rakyat Malaysia yang layan Akademi Fantasia(AF).
Sungguh ku x sangka masih wujud lagi AF ni~ ingatkan dah lama dilupuskan.
Al maklum ar, x pernah ada piring putih/kelabu terpacak atas bumbung umah hihi
Pastu, ter-come across rancangan realiti tv juga, tapi para remaja pesertanya
kat tv9; Pop Crew. Baru2 ni tengah2 boring x tau nak buat apa ahad malam lepas,
tonton 1 lagi rancangan realiti tv yang dah lama x da, tapi muncul kembali dengan
kehadiran para 'lejen' katanya untuk mendidik bakat2 baru yang ada bakat tapi kosong.
Jangan ditanya kosong benda apa, aku pun x paham~eheh. Mentor Legend.
Beberapa hari yang lepas, ternampak iklan Bintang Kecil RTM.
Kanak2 kecik comey beradu atas pentas berbekalkan suara yang mantop. gituu..
What the heck?!!~~
Seriously, aku memang x boleh nak meng-otakkan semua benda ni!
Semua peringkat usia disediakan medan beradu suara.
Dari kanak2 belum akil baligh eheh, ke pakcik makcik err, pangkat tokwan pun ada
Bintang Emas Kilauan Emas. *rasa nak hantuk kepala kuat2 kat bantal. Ehh
Hampir terlupa pula pasal rancangan realiti lawak. Raja Lawak, Maharaja Lawak,
Liga Lawak Superstar, Puteri, Maharani, Khadam..sila nanges T_T
Cukup2 ar, banyak sangat dah lambakan rancangan realiti tv ni yang 'melahirkan'
lambakan artis segera yang tenggelam x timbul2 lepas selesai rancangan realiti
tersebut. Tolong ar wujudkan sebuah rancangan yang menjana minda,yang
mampu menyambungkan kembali neuron2 otak untuk kembali berfikir dan
berfikir di luar kotak sekaligus mengeluarkan idea2 yang bernas lagi bijaksana
bijaksini! Ahah!
Sungguh, walaupun x layan rancangan2 realiti tu, tapi tetap terasa penat,
menyampah, walaupun hanya menonton iklannya di tv~
Kadang2 terfikir, kita disini pecah kepala nak nyanyi lagu apa, nak buat
lawak apa, layan rancangan tv apa, etc..mereka yang dilanda musibah,
peperangan, penindasan, etc..apa khabar mereka? apa hiburan yang ada untuk mereka
tonton? T_T

Semoga Allah melindungi Masjid Al-Aqsa dari kaki2 kotor Zionis
dan semoga saudara Islam diseluruh dunia kekal kuat dan bersabar..

p/s: luahan perasaan semata mata, mohon tiada yang terasa :D

Wassalam.
Aman.

Tuesday, November 4, 2014

Hoihhhh~

Hoih, lamanya x update

Hoih, banyak idea tapi 1 pun x jalan

Hoih, malasnya nak update

Hoih, sila nanges T_T

Pernah rasa nak deactivate je blog ni, tapi rasa sayang plak kot2 idea
datang menjelma dengan harapan dapat kongsikan benda2 baik dengan
orang diluar sana.
Ada ke pembaca blog ni? Kalo ada, sila say yeah!! krik..krik..krik..
ehehehe =.=!!
Mohon didatangkan sifat kerajinan yang membuak2 dan idea yang mencurah2
moga2 dapat dikongsikan kebaikan dan manfaat bersama. Mohon!


p.s: Harapnya x terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah. 

Aman.
Wassalam.

Saturday, August 30, 2014

Suasana yang tidak epik lagi

Assalammualaikum wbt,

Sayonara Syawal, Ahlan wa sahlan Zulkaedah

Tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh!
mengimbau kembali kenangan menyanyi lagu patriotik
di sekolah dahulu kala..Masuk bulan 8 je, sekolah akan bagi lirik lagu2 patriotik
untuk dihafal. Tiap2 perhimpunan pagi kena nyanyi sampai bergegar 1 sekolah
dengan semangat patriotik~eheh
Pastu, setiap sorang akan dapat mini jalur gemilang siap dengan pelekat kat tapak
tiang tu. Ada yang lekat kat handle basikal, tempat duduk basikal, kereta abah hihi
Jalan raya pun penuh dengan kenderaan yang mengibarkan jalur gemilang. Semangat!
Tapi tu semua zaman aku sekolah dulu..x da ar lama sangat aku tinggalkan alam
persekolahan. X sampai 10 tahun lagi, tapi dah x dapat alami keadaan dan perasaan tu.
Sejak kebelakangan ni, sangat jarang nak tengok kenderaan yang mengibarkan jalur
gemilang. Ada ar 1,2 berbanding dulu. Kalo dulu, rumah2 pun pakat pacak tiang kayu
kibarkan jalur gemilang kat bumbung. Tv pun berebut2 nak tayangkan filem Sarjan
Hassan, Bukit Kepong dan sebagainya. Mungkin tahun ni, negara alami 2 tragedi yang
menyayat hati, maka semua sambutan perayaan dan merdeka diadakan secara
sederhana. Aku x pasti kalo sekolah masih lagi distribute bendera kecik comel tu
kepada para pelajar dan guru. Aktiviti nyanyi lagu patriotik tiap pagi tu mungkin
masih diadakan kot. Tapi, perasaan merdeka dulu dan sekarang sangat lain..x terasa
sangat bahang kehangatannya. eh. Baru2 ni pun rakan2 yang bekerja kat KL, dapat
jemputan untuk menjayakan 'Selfie' merdeka yang terbesar untuk masuk Guinness
World Records. What the heck?? huh. Terkesima. Terpempan. Speechless.
X da benda lain yang lebih bermanfaat ke nak di buat~ omaiiii
Semangat merdeka tu makin kurang dirasai. Sejak habis persekolahan, semangat tu
makin kurang disemai. Really miss those memories. Nyanyi 3-5 lagu patriotik setiap
perhimpunan pagi sambil kibar bendera kecik, pertandingan hias kelas sempena
merdeka, sekolah dan jalan raya penuh dengan jalur gemilang. Epik! Maka,
akhirnya, diri sendiri perlu menyemaikan semangat tu walau di mana pun berada.
x gitu? Dimana kita berpijak, disitu langit dijunjung.

Selamat Hari Medeka Malaysia ke- 57.
Semoga Merdeka bukan sahaja dari penjajahan yang fizikal
malah merdeka dari penjajahan mental dan rohani. Senyum

Wassalam. Aman.
Palestin pun dah 'merdeka' dari israel melalui gencatan senjata.
Moga mereka mencapai kemerdekaan yang sepenuhnya. InshaAllah.

Wednesday, August 13, 2014

Seni itu ada nilai

Assalammualaikum wbt,
Salam Syawal ke 17

eh, dah 17 hari dah Syawal. Bermaksud dah setengah bulan dah ropanya~
cepat sangat deh berlalu masa. Semalam selamat sampai dari rumahku sorgaku.
Rasa x puas bercuti di rumah, semenjak dah bekerja ni. Semalam dalam bas
macam2 penumpang ada; Timur Tengah, Myanmar..1 Malaysia lagi
(melayu, cina, india)
Dah petang2 tu, driver bas pasang filem P.Ramlee; Seniman Bujang Lapok.
Tertarik aku pada seorang pakcik berbangsa cina yang sebelum filem dipasang
gaya macam nak tido tersengguk2, tapi bila filem dah main, dia bangun menghayati
filem Seniman Bujang Lapok. Apa yang peliknya?? Err..bukan pelik tapi ada rasa
terharu..gitu.. Ok. Aku sangat jarang tengok bangsa lain layan filem melayu terutama
orang muda. Mungkin juga filem P.Ramlee tu sama zaman dengan pakcik berbangsa
cina tu. Aku lebih banyak perhatikan pakcik tu haha. Gelak bukan main pakcik
tu weyhh..Aku sendiri pun pada asalnya nak menikmati panorama luar sambil layan
lagu pun x leh tahan dari tonton balik filem tu. Walaupun dah tau jalan cerita, dah tau
setiap scene,dah hafal semua dialog, punnn masih nak tonton sambil gelak pada
scene lawak yg sama sambil makan biskut mazola dan tat nenas mak bekalkan. Eh.
Sungguhlah, hampir semua filem P.Ramlee x ditelan zaman, x lapuk dek hujan.
Berpujangga sat. X jemu wa cakap sama lu. Pakcik back seat pun gelak sakan
tonton filem tu. Filem berkualiti, penuh dengan pengajaran..x mcm filem sekarang,
x leh tonton banyak kali, jemu dah. Heroin wajib ada! Eh. Cintan cintun, adegan
romantikus bagai. Kadang2 tu sampai rasa dah x da idea lain ke depa ni~
Lagipun gua bukan kaki wayang, maka, x update-to-date sangat dengan filem
terbaru. Setakat tengok iklan kat tv tu je ar hihi
Aku yakin ramai je para pengarah filem/drama yang bijak dan mampu
menghasilkan filem/drama yang bermutu tinggi malah mungkin boleh
menandingi hasil karyawan ulung negara Allahyarham P.Ramlee. Senyum.

Wassalam.Aman.

p/s: Itu cuma luahan hati ambo yang  xtau gapo2 pasal seni filem dan sebagainya.
Buta seni kah? Atau buta kayu kah bak kata Pendekar Mustar. Eh.